Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Membedah Filem P Ramlee

Aku antara peminat filem P Ramlee. Sejak dari kecil aku memang suka menonton filem-filem beliau.

Pada mulanya mungkin dipengaruhi oleh suka tiru apa orang yang lebih dewasa suka buat, orang suka P Ramlee kita pun sukalah.

Lagipun pada masa aku kecil, filem P Ramlee ada slot tayangan setiap minggu dikaca televisyen.

Tapi bila dah besar pun aku masih minat menonton filem lakonan dan arahan P Ramlee. Walaupun sekarang aku menonton tidak sekerap dahulu. Tapi banyak filem P Ramlee yang melekat dalam minda aku.

Filem-filem P Ramlee sangat dekat dihati rakyat Malaysia. Karyanya ada nilai dan mudah diterima oleh setiap orang.

P Ramlee sangat bijak menyelitkan perihal kehidupan masyarakat kita di dalam filem beliau, secara terus dan tersirat. Banyak juga masej yang disampaikan secara selingan di dalam filem. dan masej itu sangat kena dengan kehidupan kita.

Skrip perbualan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, diantara Aloyah dengan Marjina.

"Marjina. Ada kau beli barang-barang aku pesan tadi." Kata Aloyah, selepas Marjina pulang daripada pasar.

"Dapat mak encik."

"Tapi hari ini semua harga barang-barang naik harga." Balas Marjina.

"Ntahlah, Apa mau jadi dengan dunia ini aku pun tak tahu, kadang-kadang naik, kadang turun" Balas Aloyah, sebelum Baba Kassim terpekit memangil Marjina

Nah, zaman 60-an pun orang kita sudah berbicara soal harga barang naik. Sama bukan dengan apa yang kita lalui hari ini? hehehe

Dalam filem Seniman Bujang Lapok pula, pergaduhan suami isteri, dari bilik sebelah pasal hantaran kahwin tinggi, sampai si suami terpaksa berhutang ceti. Selepas kahwin hidup merana angkara hutang, mana nak sara keluarga separuh lagi kena bayar hutang.

Memang kena sangat apa yang kita lihat pada hari ini. Perkara yang sama, dalam situasi dan nilai yang berbeza.

P Ramlee sudah lama bercerita dan memberi nasihat tentang perkara ini.

Ya, inilah realiti kehidupan yang beliau bawa di dalam filem arahannya yang diselindungkan dalam lawak-lawak untuk kita gelak, sebenarnya kita gelak pada siapa?

Jelas P Ramlee pada masa itu sangat kritis terhadap perbezaan diantara golongan atasan dan golongan bawahan, orang miskin dan orang kaya. Banyak filem beliau berkisar pertembungan dan perbezaan ini.

Dengan terang P Ramlee taruk nama Haji Bakhil pada watak orang kaya dalam filem Labu Labi. Sindiran yang jelas namum berkias dengan watak penuh kelucuan.

Membedah Filem P Ramlee

“Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan.”

-Daniyal Kadir, Penulis Membedah P.Ramlee.

Kepada peminat filem P Ramlee, jangan lupa untuk dapatkan buku tulisan tajam daripada Daniyal Kadir " Membedah P Ramlee", harganya cuma RM25.00

Klik Sini >>> untuk Beli Buku Membedah P Ramlee.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail