blogger lelaki logo

Susu Kambing Makanan Sunnah

1 Komen
Kita semua sudah tahu, susu kambing adalah salah satu jenis makanan sunnah Rasulullah S.A.W yang sering diamalkan oleh baginda.

Ada banyak senaria makanan sunnah yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad, selain susu kambing seperti kurma, madu, habatus sauda', minyak zaitun, buah tin dan kismis.

Suka untuk saya bercerita pasal khasiat susu kambing kerana ia kaya dengan vitamin, mineral, protein dan lemak sangat penting dalam pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter yang memberikan tenaga kepada otak.

Ia juga antara minuman terbaik kerana menjadi makanan sunnah Rasulullah S.A.W, baginda suka minum terus susu secara segar sebaik sahaja ia lepas diperah.

Sekarang ramai diantara kita lebih gemar untuk memilih susu lembu. Bukan tak bagus cuma khasiat susu kambing segar mengandungi 2 kali ganda nutrisi berbanding susu lembu. bayi yang diberi minum susu ini akan memiliki sistem imunisasi yang kuat, lebih cerdas dan pintar.

Ia juga sangat sesuai untuk diminum oleh semua orang, tak kira peringkat umur dan jantina. kerana ia menpunyai partikel lemak yang lebih kecil, jadi kebaikkan susu kambing adalah ia lebih cepat dan mudah dihadam berbanding susu lembu.

Jadi dengan amalan permakanan makanan sunnah, selain daripada kita meneruskan amalan Rasulullah S.A.W kita juga mendapat manfaat yang sangat besar dari segi gaya permakanan kita. Tubuh lebih sihat dan juga otak yang lebih cerdas.

Susu Kambing Makanan Sunnah

Susu Kambing Khalish sebagai Makanan Sunnah

Jika ada mereka yang sedang mencari produk susu kambing, aku boleh cadangkan susu kambing Khalish. Kerana susu keluaran Khalish ini telah dipasteur.

Susu kambing segar yang dipasteur adalah dimana susu yang sudah dirawat, telah menjalani proses pemanasan pada suhu tertentu. Ianya penting agar susu segar yang telah diperah bebas daripada bakteria sebelum dijual kepada pengguna.

Khalish menawarkan dua variasi perisa iaitu susu kambing asli dan juga susu kambing dengan koko & kurma.

Khalish Susu Kambing ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 tahun keatas, ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusukan anak, pasangan yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat, para pelajar, orang dewasa dan warga emas.


Khasiat Khalish Susu Kambing

Sebenarnya kalau hendak diceritakan pasal khasiat susu kambing ini ada banyak, selain ia menjadi makanan sunnah nabi. Secara ringkasnya khasiatnya adalah seperti berikut:
  • Bagus dalam membantu dan menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh kita.
  • sangat baik untuk meningkatkan daya kepekaan, daya tumpuan dan ingatan.
  • Ia juga mampu mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah kita.
  • Susu ini sangat mudah dicerna serta tidak akan menyebabkan alahan.
  • Bagus untuk melancarkan sistem penghadaman dan sesuai untuk mereka yang ada masalah usus.
  • Mampu merawat penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma, migrain, penyakit kulit, insomia, sengugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout.
  • ia juga baik untuk menguatkan jisim tubuh yang lebih sihat, untuk tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf.
  • Serta ia mampu memulihkan tenaga batin dan untuk kelihatan awet muda. Susu kambing untuk kesuburan.

Khasiat susu kambing untuk anak-anak

Seperti yang saya nyatakan diatas, susu kambing mengandungi gizi yang hampir sama dengan susu ibu. Amatlah digalakkan kita beri minum susu kambing untuk bayi, sangat besar manfaatnya antara khasiatnya adalah :-
  • Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak
  • Mencegah penyakit demam kuning
  • Mengatasi penyakit batuk dan asma
  • Menghilangkan kahak dan lelah anak.
  • Menghindarkan masalah sembelit
  • Membantu sistem penghadaman
  • Meningkatkan selera makan
  • Tulang anak lebih kuat.Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
  • Membekalkan nutrien yang cukup kepada tubuh
  • Mempunyai rasa yang enak dan tidak berbau hamis.
  • Bersifat less allergenik sesuai untuk anak yang alah protein susu lembu.


Anda boleh melayari laman web rasmi Khalish untuk info lebih lanjut : Susu Kambing

Pada pendapat saya, sangat penting kita sebagai ibubapa sudah mulakan memberikan anak-anak kita untuk meminum susu kambing. Selain daripada bagus untuk kesihatan dan minda mereka, secara tak langsung kita juga telah mendidik anak-anak kita untuk mengamalkan makanan sunnah.

1 Komen untuk "Susu Kambing Makanan Sunnah"

avatar

belum pernah cuba lagi

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.