blogger lelaki logo

Samsung Memperkenalkan Chip Penyimpanan 256GB Untuk Smartphones

3 Komen
Samsung tak lama lagi akan memperkenalkan keupayaan penyimpanan (storage) sama seperti PC untuk smartphones dengan chip memori 256GB.

Mereka akan mengeluarkan chip memori 256GB untuk peranti mudah alih secara besar-besaran. Chip tertanam ini adalah berdasarkan Universal Flash Storage (UFS) 2.0 standard dengan kelajuan 2 kali ganda daripada SATA pada desktop PC.

Chip memori ini juga mampu menyokong untuk memainkan video 4K Ultra HV pada smartphone berskrin besar ketika multitasking. Pengguna boleh menonton video 4K ketika split-screen mode dan pada masa yang sama boleh melayari internet, melihat gambar atau memuat turun fail besar di backgorund.

Samsung Memperkenalkan Chip Penyimpanan 256GB Untuk Smartphones


Chip ini juga mampu memindahkan data dengan kelajuan sehingga 850MB/s serta write speed paling rendah adalah pada 260MB/s. Dengan kelajuan ini ia 3 kali ganda daripada kelajuan kad microSD, menurut Samsung.

Dengan sokongan USB 3.0, kita dapat memindahkan file movie full HD bersaiz 5GB ke smartphone lebih kurang dalam masa 12 saat sahaja.

Dengan kapasiti 256GB UFS Chip, pengguna dapat mengisi kandungan lebih banyak, 47 buah filem HD pun boleh sumbat.

Pada Februari 2015, Samsung sudah memperkenalkan chip memori 128GB UFS untuk smartphone. Tak lama lagi kita akan bawa keupayaan PC hanya di dalam poket kita sahaja.

Jika anda sendag mencari smartphone murah, anda boleh baca review pada review Neffos C5 'Live Fun'.

3 Komen untuk "Samsung Memperkenalkan Chip Penyimpanan 256GB Untuk Smartphones"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.