blogger lelaki logo

Proton Perdana Baru 2016

3 Komen
Proton Edar telah melancarkan model terbaru bagi Proton Perdana 2016. Sudah semestinya Perdana akan diberikan wajah baru.

Aku yakin pasti ramai yang akan tertanya-tanya, adakah model terkini Proton Perdana 2016 ini adalah versi salin kulit Honda Accord sebelum ini.

Namum dalam beberapa siri spyshot sebelum ini, ada yang menyatakan Perdana baru ini lebih besar berbanding model Honda Accord tersebut. Dengan panjangnya 150mm lebih daripada Acoord.

Adakah Perdana keluaran terbaru ini akan masih dikenang sebagai Honda celup, jom kita baca info selanjutnya.

Proton Perdana Baru 2016


Sedikit info pasal model ini. 

Proton Perdana mula dilancarkan pada tahun 1995, ketika itu Proton menjalankan kerjasama dengan Mitsubishi Motors. Model Perdana pada ketika itu adalah berdasarkan model Mitsubishi Eterna.

Pada tahun 1998, Perdana V6 pula dilancarkan, dengan beberapa penambahbaikkan terutamanya pada keupayan enjin, 24-valve Mitsubishi 6A12 2.0L V6 engine yang lebih berkuasa daripada enjin model keluaran sebelumnya.

Dan sehinggalah pada tahun 2013, Proton mengumumkan aka mengeluarkan model replacement untuk Perdana. Ianya adalah model re-badge daripada model Honda Accord 2011. Namum keluaran untuk model ini adalah terhad dan hanya digunakan untuk jabatan kerajaan sahaja.

Enjin Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana baru, akan ditampilkan dengan dua variasi iaitu enjin Honda 2.0L - R20A iVTEC (154 hp/189 Nm) dan 2.4 Liter - K24Z iVTEC (177 hp/222Nm) dipadkan dengan transmisi automatik 5-speed.

Mungkin akan berikan komen negatif berkenaan penggunaan enjin Honda, namum siri penambahbaikkan kepada Perdana baru dijangka akan dibuat pada hujung tahun nanti. Apabila enjin baru yang diambil daripada model enjin Petronas E01 iaitu NE01 2.0 liter 4-stroke. Enjin baru ini dikatakan direka dengan pancitan bahan api secara terus (GDi) dan pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo (TGDi).

Proton Perdana Baru 2016 spec

Proton Perdana Baru 2016 spec


Saiz Dan Keluasan Perdana Baru 2016

Perdana 2016 ini berukuran panjang 5,020 mm, lebarnya 1,845 m dengan ketinggian 1,475 mm. Tangki Perdana baru ini pula hadir dengan kapasiti 70 liter.

Untuk spesifikasi Perdana 2.4L Premium, akan di lengkapkan dnegan lampu utama projektor xenon, manakala untuk model 2.0L dengan projektor halogen, turut dimuatkan adalah lampu nyalaan siang LED.

Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana Baru 2016


Hiasan Dalaman Perdana 2016

Pada bahagian kabin Perdana 2016 ini, tidak ada banyak perbezaan dengan apa yang dibina pada Honda Accord.

Proton Perdana Baru 2016



Model Perdana terbaru ini juga ditawarkan dengan 6 pilihan variasi warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.

Bagi yang berminat hendak memiliki Proton Perdana 2016 ini, tempahan sudah dibuka sejak 16 Februari, dengan harganya adalah

  • Perdana 2.0L = RM113,888
  • Perdana 2.4L = RM138,888


Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana Baru 2016

Kredit Gambar : Paultan.Org.

Baca Juga :

3 Komen untuk "Proton Perdana Baru 2016"

avatar

pergh.. akihirnya keluar juga yan perdana..

Lama sangat rasanya proton perdana tidak mengeluarkan model terbaru..

Harap - harap proton perdana mendapat sambutan yang mengalakan dipasaran ...

avatar

ehem copy paste barang blog orang x bg credit apa pun ke?

avatar

Vios dh berpa kali keluar baru tp enjin masih sama smua senyap

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.