blogger lelaki logo

Jubah Kanak-Kanak Dan Kurta Kanak-Kanak

2 Komen
Comel pula aku tengok kanak-kanak pakai jubah dan kurta. masa aku kecil dulu tak merasa pakai pakaian macam ni. Dapat pakai baju melayu pun dah kira cukup meriah dah rasa suasana hari raya.

Jubah jika dahulu lebih disukai oleh orang dewasa dan tidak begitu menjadi trend, namum kini fesyen memakai jubah sudah diterima ramai, malah kanak-kanak pun sudah pandai bergaya dengan bermacam fesyen jubah kanak-kanak.

Kini ibu bapa tidak perlu pening lagi mencari jubah kanak kanak kerana sudah banyak pilihan koleksi yang ditawarkan dipasaran.

Kalau anda memang sedang mencari jubah kanak-kanak atau kurta kanak-kanak. Anda boleh cuba cari dekat Darwish Rich Design. Ada banyak pilihan jubah dan kurta yang mereka tawarkan untuk kanak-kanak

Kepada yang berminat hendak membeli jubah, ada 3 pilihan iaitu Jubah Basic, Jubah Adam dan Jubah Rizqi.

Manakala bagi yang suka gaya kurta, ada banyak pilihan iaitu Kurta iman, Kurta Polo, Kurta Pelikat, Kurta Wildan dan Kurta Premium. Ada variasi khas Kurta dan Jubah Palestine.

Satu lagi menarik di Darwish Rich Design, anda akan pening kepala pilih sebab mereka ada jual jubah dan kurta bagi kanak-kanak dan juga untuk newborn.

Jubah Kanak-Kanak Kurta Kanak-Kanak

Koleksi Jubah Kanak-Kanak Dan Kurta Darwish Rich Design

Seperti yang saya war-warkan diatas tadi, Darwish Rich Design memang ada banyak koleksi kurta dan jubah kanak-kanak lelaki murah. Semuanya cantik-cantik untuk dipakai oleh anak-anak kita.

Jubah Kanak-Kanak Lelaki 2016

Untuk koleksi jubah kanak-kanak, mereka ada menawarkan 3 pilihan design yang utama, iaitu Jubah Basic, Jubah Adam dan Jubah Rizqi. Anda pastinya akan tertarik dengan design serta variasi warna yang dtawarkan.



1. Jubah Basic


Jubah Kanak-Kanak lelaki

Design jubah ini adalah 'plain' dengan variasi pilihan warna seperti Hitam, Denim Blue, Ungu, Royal Blue dan Putih.

Diperbuat daripada kain 100% cotton yang diimport daripada Jepun. Sangat selesa untuk dipakai kerana ia menyerap peluh, tidak panas dan mudah diuruskan.

Jahitan kemas pada leher serta butang yang lawa. Ia untuk keselesaan si pemakai, tidak terasa tercekik dileher.

Kami Premium Jubah Basic dibuat dengan: -

  • 100% kapas
  • Leher kolar bulat




2. Jubah Adam


Jubah Kanak-Kanak lelaki

Design jubah ini lebih menarik, kerana ia menggabungkan dua tona warna yang sedap mata memandang. Antara variasi design yang menarik adlaah Black/Red, Blue/Gray, Gold/Cream, Mintgreen/Choc, Purple/LightBlue, Red/Brown, White/Grey and Yellow/Black.


Juga menggunakan material 100% cotton daripada Jepun yang halus, ringan dan berkualiti.

Kami Premium Jubah Adam dibuat dengan: -




  • 100% kapas
  • Leher kolar bulat
  • Berlengan boleh diubah, poket di dada



3. Jubah Rizqi


Jubah Kanak-Kanak lelaki

Design jubah ini terdapat gabungan warna yang menarik. Pada sebelah kiri dan kanan jubah ditampal dengan warna yang berbeza. Pada bahagian bahu kiri dan kanan juga dilapik dengan tona warna yang berbeza.

Material kain juga menggunakan 100% cotton daripada Jepun. Kainnya sangat berkualiti serta tidak berbulu apabila selepas dibasuh.

Ada banyak variasi pilihan untuk design jubah seperti warna Hitam, Merah, Hijau, Kelabu, Maroon, Oren, Ungu, Royal Blue/Grey dan Turquoise

Kami Premium Jubah Rizqi dibuat dengan: -

  • 100% kapas
  • Leher kolar bulat
  • Berlengan boleh diubah, poket di dada
  • Sesuai untuk semua majlis rasmi dan tidak rasmi



Kurta Kanak-Kanak Lelaki 2016

Koleksi kurta kanak-kanak pula ada 5 variasi pilihan, iaitu Kurta Iman, Kurta Pelikat, Kurta Polo, Kurta Wildan dan Kurta Premium.



1. Kurta Iman


Kurta Kanak-Kanak lelaki


Design kurta ini adalah jenis 'plain' dengan variasi warna seperti Kelabu, Mint Green, Oren, Ungu, Merah, Royak Blue dan Kuning.

Seperti biasa kurta bajunya labuh hingga paras lutut. Panjang lengan pula hingga paras siku. Jadi memang sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan suka bermain.

Kurta kami dibuat dengan: -




  • 100% kapas
  • Leher bulat
  • Seluar dengan pinggang getah



2. Kurta Polo


Kurta Kanak-Kanak lelaki


Kurta ini adalah jenis berlengan pendek. Sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak berusia 4 tahun keatas.

Terdapat variasi pilihan seperti Pink Peach, Royal Blue, Turquoise, white, Orange, Navy Blue dan Lavender.

Kurta kami dibuat dengan: -

  • 100% kapas
  • Leher V-cut




3. Kurta Wildan


Kurta Kanak-Kanak lelaki


Kurta Wildan pula nampak lebih bergaya untuk dipadankan pada kanak-kanak. Dengan variasi pilihan warna seperi Hitam, Ungu, Royal Blue dan Putih.

Designnya nampak ketara pada bahagian poket serta tampalan corak pada kiri dan kanan lengan.

Kurta kami dibuat dengan: -

  • 100% kapas
  • Leher bulat
  • Seluar dengan pinggang getah



4. Kurta Premium


Kurta Kanak-Kanak lelaki


Design kurta ini lebih nampak santai, jenis berlengan pendek. Dengan leher berbentuk 'V'.

Ada 10 variasi pilihan untuk dipilih iaitu Apple Green, Biru, Hitam/Kelabu, Cream/Gold, Dark Kahki/Brown, Emerald Green/White, Gold/Cream, Grey/Cream, Maroon/White, Mint Green/White, Orange/Black, Pink, Purple/White, Royal Blue/ White, Turquoise/Gray dan lain-lain.

Kurta Premium kami didatangkan dengan: -

  • 100% kapas
  • Leher V-cut


2 Komen untuk "Jubah Kanak-Kanak Dan Kurta Kanak-Kanak"

avatar

alamak..bkn tgk bju.kita tgk budak tu,.,cute..hahahaa

avatar

fuhh...

memang smart la. leh usha kejap nih.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.