blogger lelaki logo

iPhone SE Sudah Menerima 3.4juta Pre-Order Daripada China

3 Komen
Baru sahaja dilancarkan sudah 3.4 juta pre-order bagi model iPhones SE  sudah diterima dari China. Model iPhone 4 inci ini telah memulakan pre-order sejak 24 mac lalu bagi pengguna di negara-negara seperti Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, UK, US Virgin Kepulauan dan Amerika Syarikat.

iPhone SE Berharga RM1949 Di Malaysia, iPad Pro 9.7 Bermula RM2699.

Menurut sumber CNBC, Appel banyak menerima pre-order bagi iPhone SE untuk variasi Gold berbanding variasi Silver, dan Space Gray. Selepas Gold, piliha kedua terbanyak adalah untuk varian Rose Gold.

Apple mensasarkan jualan bagi model iPhone SE terbaru ini adalah untuk negara seperti China, Brazil dan India.

Namum ramai yang menjangkakan jualan bagi model ini tidak diletakkan harapan yang tinggi. Aku secara peribadi rasa model ini akan menjadi seperti model iPhone 5c sebelum ini, iPhone versi bajet yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Mungkin ini strategi Apple untuk menarik minat pengguna baru iPhone agar beralih daripada Android ke iOS, dengan tawaran harga yang murah.

iPhone SE akan dijual pada harga £ 359 ( kira-kira RM1600 ) untuk model 16GB, manakala £ 439 ( kira-kira RM2000 ) untuk model 64GB. Hmmm...macam tak berapa murah je harganya. Model ini akan diperluaskan ke negara-negara lain bermula April ini.

iPhone SE

Spesifikasi iPhone SE


OS :  iOS 9.3

Chipset : Apple A9

CPU : Dual-core 1.84 GHz Twister

GPU : PowerVR GT7600 (six-core graphics)

Memori

Card slot No

Internal : 16/64 GB, 2 GB RAM

Camera

Primary : 12 MP, f/2.2, 29mm, phase detection autofocus, dual-LED (dual tone) flash

Features : 1/3" sensor size, 1.22 µm pixel size, geo-tagging, simultaneous 4K video and 8MP image recording, touch focus, face/smile detection, HDR (photo/panorama)

Video : [email protected], [email protected]/60fps, [email protected], [email protected]

Secondary : 1.2 MP, f/2.4, 31mm, [email protected], face detection, HDR, FaceTime over Wi-Fi or Cellular

Display

Type : LED-backlit IPS LCD, capacitive touchscreen, 16M colors

Size : 4.0 inches (~60.8% screen-to-body ratio)

Resolution : 640 x 1136 pixels (~326 ppi pixel density)

Multitouch : Yes

Bateri

Non-removable Li-Po 1642 mAh battery

Stand-by : Up to 240 h (2G) / Up to 240 h (3G)

Talk time : Up to 14 h (3G)

Music play : Up to 50 h

Pilihan Warna

Space Gray, Silver, Gold, Rose Gold

3 Komen untuk "iPhone SE Sudah Menerima 3.4juta Pre-Order Daripada China"

avatar

so far saya pun puas hati dgn iphone brbanding samsung. tapi lain citarasa lain minatnya

avatar

Wow, banyak sampai2x berjuta2x pre order. penangan Apple.

avatar

tu termasuk pre oda utk aku la tu.. hehehe.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.