blogger lelaki logo

10 Produk Lazada Yang Aku Nak Beli

1 Komen
Lazada, rasanya aku tidak perlu perkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Laman membeli belah online yang popular dikalangan kaki shopping online di Malaysia.
Apatah lagi kini Lazada sudah masuk 4 tahun beroperasi, terus unggul menjadi laman jualan online terkemuka di rantau ini. Ada banyak pilihan produk yang boleh kita beli dari Lazada, dari barangan elektronik sehinggalah barangan dalaman rumah dan untuk seisi keluarga.

Kadang-kala aku sendiri pun rambang mata duk melayari laman web Lazada. Sambil-sambil 'window shopping' boleh cair juga aku dibuatnya. Tanpa sedar dah tertekan butang 'check out'.

Sekarang ini, Lazada sedang membuat promosi hebat bersemperna dengan ulang tahun ke-4 mereka. Birthday Sale ini akan berlangsung dari 15 Mac - 18 Mac dengan tawaran hebat diskaun sehingga 90%.

Sebut pasal birthday atau orang kampung macam aku sebut hari lahir, memang tak lama lagi anak sulung aku akan menyambut hari lahir, dalam sebulan lebih je lagi. Bila sudah jadi seorang bapa, dapat melihat anak gembira itu sudah cukup untuk buatkan kita rasa bahagia.

10 Produk Terbaik Lazada Untuk Harijadi

Alisya Nadhirah, anak aku ini baru berusia 3 tahun. Sesaja aku gi usha laman Lazada, manalah tahu kalau ada hadiah yang sesuai untuk dia. Jom baca idea-idea hadiah untuk Alisya.

1. Cute Cartoon Baby Toy Rattles Soft Comfort Plush Toy Animals

Cute Cartoon Baby Toy Rattles Soft Comfort Plush Toy Animals
Biasalah budak perempuan, memang suka main dengan anak patung. Sekarang memang dia dah ada teddy bear, dah busuk aku tengok teddy bear tiap-tiap hari Alisya kerjakan. Aku yakin, kalau dapat hadiah anak patung yang baru ini, tak tidur malam aku rasa dia main dengan anak patung.


2. Teaching Math Number Wood Board

Teaching Math Number Wood Board

Kanak-kanak yang sedang membesar meman suka bermain permainan. Tapi lagi bagus jika Alisya bermain permainan yang boleh mendidik dia, sambil bermain dia boleh belajar. Dah lama aku ajar dia belajar mengira. Setakat ini dia boleh la kira sampai 1,2,3,5,7,.....Sepuluhhhh. Besar harapan seorang bapa nak lihat anak pandai matematik, biar dia dari sejak kecil suka pada nombor.


3. Water Drawing Painting Writing Mat Board and Magic Pen Doodle Toy Gift 

Water Drawing Painting Writing Mat Board and Magic Pen Doodle Toy Gift
Bagi yang sduah bergelar ibubapa, pasti tahu. Budak-budak ini suka menconteng. Anak aku pun sama juga, sejak dia kenal pensil habis buku dia conteng, tak cukup buku, sampai ke lantai mozek dan dinding sekali dia conteng. Nak marah, tu anak kita...sabor ajelah. Sebab itu aku rasa hadiah ini memang bagus untuk anak aku, supaya dinding rumah aku tak ada lagi karya seni anak aku.

4. Sworld Kids Children Kitchen Pretend Play Cook Cooking Cabinet Stove Cookware Toy 

Sworld Kids Children Kitchen Pretend Play Cook Cooking Cabinet Stove Cookware Toy
Main masak-masak, memang kegemaran Alisya. Akulah yang selalu kena rasa masakan fantasi anak aku ni. Layankan ajelah budak-budak main kan. Tapi aku sangat yakin, kalau dia dapat pemainan macam ni, memang senyum lebar dia. Tak adalah nak kacau ummi dia dekat dapur selalu.


Dah 4 barang aku usha untuk Alisya je ni, bagilah dekat orang lain pulak kak long oi. Sementara Alisya kian membesar, beberapa minggu selepas hari lahir Alisya, insyallah aku akan menyambut ahli baru, adik kepada Alisya. Rasanya tak salah kalau aku usha juga barangan untuk dia.


5. Philips Avent Classic Plus Essentials Gift Set

Philips Avent Classic Plus Essentials Gift Set
Bayi baru lahir, apalah sangat benda yang kita bagi dia boleh rasa gembira. Aku 100% yakin walaupun dia tak boleh bercakap lagi, tapi dia akan suka kalau dapat hadiah botol susu ni. Hadiah yang sunnguh bermakna buat si comel yang baru hendak mengenal dunia.


6. LEGO Town Plan B000WLW3WU/ship from USA / Flyingcoco

LEGO Town Plan B000WLW3WU/ship from USA / Flyingcoco

Aku tak pasti anak aku yang bakall lahir ini, lelaki atau perempuan. Tempoh hari sudah scan tapi tak dapat pastikan jantina. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Lego ni semua budak-budak boleh main. Kalau anak-anak tak nak main, biar bapa dia yang main...hehehe...aku sendiri pun dah lama tak main Lego ni.


7. Women's and Maternity's 3 in 1 Postpartum Support - Recovery Belly/Waist/Pelvis Belt (Strip)

Women's and Maternity's 3 in 1 Postpartum Support
Tak payah nak cerita banyak, selepas isteri aku bersalin. Memang kena pakai bengkung, masa bersalin anak pertama, pernah sekali aku pakaikan bengkung untuk isteri aku. Punyalah berbelit, susah bebenor nak pakaikan bengkung tu. Aku tengok bengkung yang dijual dekat Lazada ni macam bagus dan senang untuk dipakaikan, cuma perlu strip aje tak perlu berbelit-belit tali nak ikat bagai.


8. Elba Egh-8022-BK Gas Stove Glass with 3 Hobs

Elba Egh-8022-BK Gas Stove Glass with 3 Hobs
Selepas naik rumah baru tempoh hari lagi memang aku dan isteri bercadang nak beli Gas Stove Glass, 'table top' dah siap tapi masih belum lagi dapat beli dapur yang sesuai untuk diletakkan dekat table top tu, rasanya ini bini aku mesti suka. Makin sedap kot dia masak selepas ini.


9. GoPro Hero4 Black

GoPro Hero4 Black
Sudah lama sebenarnya aku duk berangan nak beli Gp Pro Hero4 ni, mesti gempak kalau aku dapat ambil gambar guna kamera action ni.


10. Apple Watch Sport 42mm

Apple Watch Sport 42mm
Okey, aku sebenarnya ada satu lagi benda yang aku nak sangat. Apple Watch ni memang dah lama aku usha, tapi belum ada kemampuan untuk beli, maklumlah nak kena utamakan untuk perkara-perkara yang lebih penting. Mesti makin handsome selepas pakai jam tangan canggih ni.

Okey dah cukup, mata aku pun nak berpinar dari tadi duk 'window shopping' dekat Lazada. Silap gaya, boleh tergugat poket aku nanti. Sebelum keadaan melarat baik aku berhenti dulu.


Kalau korang yang suka shopping online, jangan ketinggalan untuk melayari Lazada sampai lebam 15 hingga 18 Mac nanti, tawaran hebat diskaun 90% Birthday Sale memang gempak.

lazada birthday sale


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

1 Komen untuk "10 Produk Lazada Yang Aku Nak Beli"

avatar

amboi menarik semuanya tu.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.