Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Kapasiti Bateri 3,600mAh

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Kapasiti Bateri 3,600mAh

Model telefon pintar terbaru, Samsung Galaxy S7 Edge dijangka akan diumumkan pada MWC 2016 di Barcelona. Galaxy S7 dikatakan akan didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,600mAh.

Sumber ini diperolehi daripada dokumen yang di failkan oleh Samsung kepada US Federal Communications Commission (FCC). FCC filing menjadi salah satu syarat perlu dipatuhi oleh syarikat untuk menjual telefon di Amerika Syarikat.

Dalam model sebelum ini iaitu Samsung Galaxy S6 Edge, kapasiti bateri hanya 2,600mAh sahaja. Dengan ini Samsung telah membuat peningkatan sebanyak 72% terhadapa kapasiti bateri dalam model Galaxy S7 Edge kali ini.

Dengan ini S7 Edge akan menjadi salah satu telefon pintar yang memiliki bateri kapasiti tertinggi dipasaran setakat ini, dengan Galaxy S6 Edge dengan kapasiti bateri 3,000mAh, Nexus 6P 3,450mAh dan juga iPhone 6S Plus hanya 2,750mAh.

Samsung Galaxy S7 Edge Dengan Kapasiti Bateri 3,600mAh


Namum dengan kapasiti bateri yang tinggi tidaklah bermakna jangka hayat bateri boleh bertahan lebih lama, jika processor perlu membuat kerja lebih makan cepatlah juga bateri habis. Ditambah pula dengan serba aneka applikasi yang kerjanya menghabiskan bateri.

Rumours yang tersebar, Galaxy S7 Edge akan tampil dengan paparan skrin 5.5 inci, lebih besar sedikit berbanding skrin Galaxy S6 Edge yang hanya 5.1 inci.

Penggemar tegar model Galaxy sudah pastinya ternanti-nanti apakah ciri dan teknologi terkini yang akan dibawa oleh Samsung nanti.

Share this:

Disqus Comments