blogger lelaki logo

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

Sila Komen
Terkini Samsung telah mengumumkan telefon pintar terbaru iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge. Kedua-dua model didatangkan dalam reka bentuk yang sama seperti modle sebelum ini iaitu Galaxy S6 dan S6 Edge.

Model terbaru ini dilancarkan di Barcelona beberapa jam selepas LG mengumumkan telefon pintar model terbaru mereka iaitu G5.

Samsung masih mengekalkan saiz skrin 5.1 inci Quad HD pada Galaxy S7 sama seperti S6 sebelum ini. S7 tampil dengan resolusi 2560 x 1440 dengan kepadatan 576 pixel per inci. Namum S7 Edge pula didatangkan dengan paparan skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci, dengan resolusinya sama seperti S7. Bentuknya masih sama dengan S6, dengan lekuk pada skrin dibahagian sisi kiri dan kanan.

Model terbaui Galaxy S7 dan S7 Edge akan berada dipasaran dalam versi warna hitam, perak, emas dan putih.

Walaupun nampak sama, sisi yang melengkung S7 Edge telah ditambahbaik daripada model sebelumnya. Kini pengguna  boleh menambah custom shortcut pada lekungan tersebut.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

Ciri Terbaru Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

Ciri baru yang diperkenalkan adalah 'always-on display' ia akan mempamerkan masa, tarikh, kalendar dan unread notifications akan sentiasa dipaparkan pada skrin, walaupun semasa telefon telah dikunsi. Menurut Samsung telefon pintar ini juga tahu apabila ia menghadap ke bawah atau di dalam poket dan hanya akan memaparkan maklumat apabila ia dilihat sahaja.

Kamera belakang didatangkan dengan sensor 12 megapixel, rendah berbanding Galaxy S6 dengan 16 megapixel. Namum S7 mempunyai pixel yang lebih besar dan lebih cekap untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge


Kamera pada S7 juga lebih baik kerana ia mampu mengambil gambar lebih baik pada kadar cahaya yang rendah. Bukaan aperture dengan F1.7, ia lebih besar berbanding model kamera telefon pintar Samsung yang lain. Dengan itu ia akan membolehkan lebih banyak cahaya.

Malah pixelnya dikatakan 30% lebih besar iPhones 6s Plus.

Samsung juga akan menjual  kanta 'wide angle' yang boleh dilekatkan pada bahagian belakang Galaxy S7 untuk pengguna mengambil gambar nampak lebih profesional. Namum harga kanta tambahan ini masih belum diumumkan.


Stamina Bateri Bertahan Lebih Lama

Seperti dalam khabar angin sebelum ini, Samsung menyatakan Galaxy S7 kini tampil dengan 60% lebih berkuasa daripada S6 dari cuma 2,550mAh kepada 3,000 mAh pada S7.

Samsung Galaxy S7 Edge ditingkatkan baterinya daripada 2,600 mAh ( Galaxy S6 Edge ) kepada 3,600 mAh pada S7 Edge.

Model baru ini akan menggunakan Android 6.0 Marshmallow. Dipadukan dengan RAM 4GB. Apa yang baru pada kedua-dua model ini adalah IP68 waterproofing, dimana telefon ini mampu bertahan dalam air bersih selama 30 minit dengan kedalaman 1.5 meter dan juga microSD card slot. Serta ia juga menggunakan USB Type-C.

Masih belum dapat info bila model terbaru Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan memasuki pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge

0 Komen untuk "Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.