blogger lelaki logo

Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Anda Bermasalah?

11 Komen
Bagi blogger yang sering buka Google Analytics, antara statistik yang kita lihat adalah kadar Bounce Rate. Mungkin ramai yang tak ambil kisah, dan ada juga yang ambil berat untuk merendahkan Bounce Rate blog.

Bounce Rate ini secara ringkasnya adalah kadar ratio pengunjung yang masuk ke website/blog kita dan pergi ke halaman/entri lain pada website/blog kita.

Macam ni contohnya, jika Bounce Rate blog kita adalah 75%. Maknanya 75% pengunjung masuk ke blog kita dah terus keluar tanpa pergi ke halaman/entri blog kita yang lain.

Dan ada baki 25% lagi sahaja yang terus berminat untuk pergi ke halaman/entri blog kita yang lain-lain.

Mungkin ada blogger yang risau akan kadar Bounce Rate yang tinggi, sebab seolah ia menggambarkan pembaca tidak berminat untuk terus membaca entri-entri blog kita yang lain. Tunggu dulu,  Adakah ini bermakna blog kita bermasalah?

Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Saya Bermasalah

Analisis Data Bounce Rate Ikut Keperluan

Dalam ebook Panduan Asas Google Analytics PERCUMA yang bro Eizil.com berikan, beliau ada menjelaskan dengan ringkas bagaimana kaedah untuk kita menganalisis data Bounce Rate.

Menurut Bro Eizil keperluan Bounce Rate rendah adalah bergantung pada tujuan blog/website kita.




Contoh #1 - bounce rate vs laman jualan:

Lazimnya, ramai yang akan menyatakan bounce rate yang tinggi adalah tidak baik, namun begitu, ini adalah tidak benar sekiranya halaman yang mereka lawat itu adalah halaman jualan yang tidak memerlukan mereka ke halaman lain.
Dalam skop ini, kita perlu menilai conversion rate berbanding melihat bounce rate tersebut.



Contoh #2 - bounce rate vs avg. session duration:

Dalam kes berlainan, bounce rate mungkin sangat rendah, namun begitu, purata tempoh seseorang pelawat yang hadir hanya kurang 10 saat. Ini bermaksud pelawat hanya klik pelbagai link dalam blog tersebut, tanpa mengambil masa untuk membaca setiap halaman yang mereka klik.
Dalam analisa keseluruhan, ini bukanlah kesan yang baik untuk bounce rate yang rendah tersebut.



Contoh #3 - avg. session duration vs content:

Kes seterusnya melibatkan avg. session duration yang sangat lama tempohnya, namun begitu artikel yang mereka lawati itu hanyalah artikel pendek yang tidak memerlukan tempoh yang lama untuk di baca.
Ada kemungkinan mereka buka halaman tersebut tanpa berbuat apa-apa tindakan lanjutan.



Jadi berdasarkan info diatas kita faham bahawa cara untuk kita menganalisis Bounce Rate bukanlah kita hanya melihat pada kadar peratusan Bounce Rate tinggi atau rendah semata-mata.

Kita perlu semak Bounce rate di entri blog kita kita menganalisa data yang lebih tepat.


Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Saya Bermasalah


Perhatikan 2 entri diatas, satu entri dengan kadar Bounce Rate yang rendah (5.23%) dan satu lagi entri kadar Bounce Rate yang tinggi (88.48%).

Namum ada entri kedua itu walaupun Bounce Rate yang tinggi tetapi Avarage Time On Page pula lama (00:03:46) berbanding entri pertama cuma 00:00:43. Ini memberi makna, pembaca berada disitu membaca entri kedua tadi lebih lama.

Disebabkan itu kita perlu bezakan cara analisis Bounce Rate untuk setiap entri blog kita, bergantung kepada tujuan entri tersebut diterbit. Adakah untuk menjual, memberi maklumat, memberi kesedaran dan sebagainya.

Sekian dahulu perkongsian kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk bertukar-tukar pendapat.

11 Komen untuk "Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Anda Bermasalah?"

avatar

normal kalau ada artikel bounce rate dia tinggi atau rendah.

biasalah tu beb.

pokok pun ada tinggi dan rendah.

kalau semua pokok tinggi..

susah nak nampak bulan dan bintang.

avatar

pernah dapat bounce rate bawah 5% . punyalah gembira..last-last , baru tahu tak sedar letak dua kali analytic code dalam blog..hehe..hampeh.

avatar

Baru check tadi dekat panel Google Analytic yang dipasang pada blog. 8.13% ye ke?

avatar

Bounce rate ni mmg kena ikut situasi sesuatu artikel atau blog tu kan... tak boleh bantai sama rata je...

avatar

oo baru faham apakah bounce rate tu

avatar

dulu tahu ape tu bounce rate. lepas tu tak tau dah.

avatar

dulu kesah juga pasal bounce rate ni..tapi sekarang..lantak kat dia la..hehehh

avatar

huhu...bergantung kepada keperluan...kalau banyak artikel kita buat untuk menjual...analisi bounce rate ini perlu juga untuk menilai prestasi artikel kita...ada orang baca ke tak... lama ke orang baca artikel promosi kit...kalau setajat artikel biasa tak perlu pun kita nak risau pasal bounce rate

avatar

Bpunce rate ni penting untuk kita nilai prestasi blog kita. Yalah dah tulis penat2 mesti nak orang baca. kita bukan tulis diari.

avatar

kita akan dapat nilai entri blog kita..adakah orang masuk baca sampai habsi atau masuk-masuk je terus keluar...

avatar

Risau juga kalau bounce rate tinggi, masuk dan lalu macam tu ja...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.