blogger lelaki logo

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

12 Komen
Apabila kita buat blog, dalam kata yang lebih tepat kita menulis artikel untuk orang baca. Tapi adakah apa yang kita tulis itu ada orang baca?

Ada orang baca ke tidak? Itulah kayu pengukur sebenar yang adakah blog itu berjaya atau tidak.

Sebabnya, buat apa kita tulis panjang-pajang tapi kita sendiri tidak pasti adakah apa yang kita tulis itu berjaya menarik minat orang untuk membaca sehingga habis.

Kenapa nak suruh orang baca? Iyalah dah kita tulis artikel mestilah nak suruh orang baca. Jika kita buat blog untuk suka-suka, atau menulis blog untuk dijadikan diari mungkin perkara ini tersangatlah tidak penting.

Ia menjadi perkara penting apabila kita menulis entri untuk menjual atau untuk promosi sesuatu produk. Takkan kita nak tulis saja-saja, mestilah kita nak orang baca dan orang beli produk yang kita jual di artikel kita itu.

Disitulah pentingnya kita perlu mengenalpasti apa yang kita tulis itu sampai kepada pembaca. Lebih penting adalah ia dibaca oleh pembaca sasaran. Pembaca yang akan membeli produk kita jual.

Prospek !

Jikalau kita tidak menulis artikel promosi sekalipun, adakalanya kita mahu apa yang kita suarakan dalam artikel dibaca oleh pembaca.

Disitulah nikmatnya menjadi penulis apabila apa yang kita tulis dibaca oleh orang lain. Entahlah, sebab aku tak rasa tak 'syok' bila kita hanya mementingkan trafik semata-mata apabila menulis. Setiap orang ada pendapat masing-masing.

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

Macam aku sendiri ada beberapa cara dan data yang kita lihat untuk melihat adakah artikel yang aku tulis itu telah dibaca. Lebih-lebih lagi jika ia adalah artikel penting.

1. Melihat pada trafik. Ya trafik itulah pengunjung blog kita. Tapi trafik yang masuk itu tak menjaminkan bahawa artikel kita telah dibaca sepenuhnya. Sebab ada orang yang masuk, tapi terus keluar tanpa membaca (boleh baca pasal bounce rate), ada juga jenis pembaca yang mencari maklumat hanya akan "skimming" sahaja maklumat-maklumat penting.

2. Daripada komentar di artikel tersebut. Selalunya yang berikan komen berkualiti dia akan membaca artikel kita. Namum perlu diasingkan juga rakan-rakan blogger yang rajin blogwalking, kadang-kadang ada yang tak baca habis pun dah tinggalkan komen..hahaha. Namum tidak semua orang yang baca artikel di blog suka berikan komen.

3. Melihat statistik purata masa yang pembaca tadi berada di sesuatu artikel. Ini akan memberikan gambaran lebih tepat sebab sudah semestinya pembaca akan mengambil sedikit masa untuk membaca. Takkanlah cepat sangat otak dia scan apa yang kita tulis.

Itu adalah beberapa cara aku, mungkin korang ada cara lain yang lebih advance boleh kongsikan pendapat dengan aku yang baru nak belajar ni.



12 Komen untuk "Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?"

avatar

memang selalu tengok traffik blog and mostly dari negara mana yang datang.

avatar

Pergh sejak akhir - akhirni macam ada artikel lama - lama yang makin ramai dibaca je dekat blog saya

avatar

tengok trafik dan tengok jumlah komen.

itu je biasanya aku perhati. hoho..

avatar

Selalu tengok komen...kalau banyak jumlahnya memang banyak la entri tu dikunjungi...baca dengan tak baca tu subjektif,haha

avatar

saya suka tengok komen. makin banyak maknanya ramailah yang membaca

avatar

Entah la.. Kenkadang trafik tinggi-tinggi risau gak xde orang baca.

avatar

Betul... setuju... kita nk org dpt manfaat dr blog kita.
hi hi hi ...
ada yg x baca pun terus je tgl sembarangan komen....

avatar

Yang lucunya, kadang-kadang tu komen tak berkaitan langsung. Dia tak baca pun, tapi dia komen. Kita tuan blog ni pun terpinga-pinga :p

avatar

Setiap kali dtg pasti akan baca dan tinggal komen... salam berblogging... :)

avatar

bounce rate tu indikator yang bagus untuk tahu blog kita dibaca atau tidak.

avatar

Agreed. Baru puas actually kalau yakin yang orang baca sepenuhnya apa yang kite tulis. But dapat menulis tu jugak kepuasan bagi aku la?

avatar

tengok UV, PV dan komen..sebab tu tiga2 ni sangat saya utamakan..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.