blogger lelaki logo

Filem Ola Bola - Cerita Kegemilangan Bola Sepak Negara

3 Komen
Dalam suasana bolasepak kita yang sedang meriah di peringkat liga walaupun prestasi hambar bagi skuad kebangsaan, hadirnya filem Ola Bola sudah pasti akan turut memeriahkan fenomena bolasepak negara.

Jika dahulu sudah ada beberapa filem yang berkaitan bolasepak dalam filem seperti Gila Bola, Gol dan Gincu, Bola kampung (animasi 3D) dan Jejak Warrior. Namum aku sangat yakin filem Ola Bola jauh berbeza dengan filem-filem bolasepak sebelum ini, dan sudahpasti sangat berbeza dengan filem-filem Malaysia yang pernah dihasilkan.

Menurut pengarah filem ini, Chiu Keng Guna 'Ola Bola' berinspirasikan kisah benar pemain bolasepak negara pada era 80-an yang menggambarkan semangat juang pemain bolasepak negara yang menaikkan nama Malaysia sehingga layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia 1980.

Ola Bola

Chui Keng Guan juga adalah pengarah filem box-office 'The Journey' yang berjaya mencatat sebanyak RM17.6 juta. Ramai yang ternanti-nanti hasil air tangan pengarah ini, adakah sekali lagi bakal pecah panggung dengan filem terbaru ini.

Filem Ola Bola diterbitkan oleh penerbit yang sama untuk filem 'Polis Evo' yang mencatat kutipan RM17.47 juta iaitu Astro Shaw. Malah sebelum itu mereka pernah mencatat kutipan tinggi dengan RM 10.90 juta untuk filem Ombak Rindu.

Sudah tentu untuk filem Ola Bola ini tinggi juga harapan Astro Shaw dan produksi Woo Hoo Pictures untuk membuat kutipan besar. Lagipun Astro Shaw cukup hebat dalam promosi mereka disamping kualiti filem yang mereka hasilkan.

Chui Keng Guan juga menjanjikan kualiti terbaik ditampilkan dalam filem Ola Bola. Dengan berlatarkan suasana tahun 70-an dan 80-an sudah pastinya akan mengamit memori perjalanan arena bolasepak negara.

Antara barisan pelakon yang menbintangi Ola Bola adalah JC Chee,Luqman Hafidz,Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan,Katrina Ho,Bront Palarae dan Frankie Lee.

Sinopsis

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.
Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.
Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan juga menyukarkan skuad itu, namun, segala rintangan dapat diatasi terutamanya dengan kehadiran ‘pemain no. 12’ iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat pada waktu itu.

Filem ini akn ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2016. Bagi aku filem ini akan mengembalikan memori zaman kehebatan bolasepak negara.

Diharap juga bakal menyemarakkan semangat anak muda untuk bermain bolasepak dan mengharumkan nama negara kita.

Tak dapat masuk Piala Dunia atau Olimpik pun tak mengapa, tawan dahulu Piala Asia....dan Piala AFF Suzuki...dan Pingat Emas Sukan SEA juga....hmmmm..Ranking FIFA kasi up sikit...jangan main bola lambung lagi..bla..bla..tanduk bola jangan pejam mata.

Kutipan Filam Ola Bola

Nampaknya seperti yang dijangka filem "Ola Bola" mendapat sambutan hangat daripada penonton. Sejak ditayangkan pada 28 Jan di 126 pawagam, filem ini telah berjaya mengutip RM 8 juta dalam masa 13 hari tayangan.

Adakah filem ini bakal menjadi box office pada tahun ini?


Baca Juga :

3 Komen untuk "Filem Ola Bola - Cerita Kegemilangan Bola Sepak Negara"

avatar

malam ni jom ec mall bro hahaha

avatar

tak sabar nak tengok esokkkkkkkkkkk dari awal dah jangka filem nih mesti best

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.