blogger lelaki logo

BlogRetis.Com - Cerita Pasal Blogger Malaysia

9 Komen
Aku rasa ramai yang dah tahu kewujudan blogretis.com ini yang dibawah kendalian blogger otai, Bro Framestone (BroFramestone.com). Aku buat review blog dia ni bukan saja-saja, kalau boleh biarlah ada hasil. Dapat makan percuma sepinggan Bro Char Kuey Teow Ketam jadilah...ehemmm...

BlogRetis.com adalah blog khas yang menceritakan seputar kisah blogger-blogger Malaysia. Macam-macam cerita pasal blogger kita boleh baca dalam blog ini. Kepada blogger baru yang nak kenal dengan blogger yang glamour bolehlah lepak dekat blog ini untuk tambah kenalan blogger, manalah tahu boleh dijadikan sumber inspirasi dan tempat mencari jodoh...

Selain itu, Blog Retis ini juga boleh menjadi salah satu medium untuk blogger menperkenalkan lagi blog mereka. Ada cerita bagus boleh contact Bro Framestone suruh buat entri pasal blog kita. Jangan risaulah Bro memang peramah orangnya, sempoi bak hang.

blogretis.com


Blog Retis pada aku adalah blog bahan bacaan yang santai, dan ia bukan blog gosip semata-mata atau menjadi tempat untuk menghentam blogger-blogger lain. Semuanya cerita yang baik-baik sahaja. bro kan baik orangnya (puji ada makna tu).

Selain cerita pasal blogger, ada juga info-info terkini yang berguna kepada blogger dipaparkan. Jadi apa sahaja aktiviti dan program terkini untuk blogger juga ada dikhabarkan disini.

BlogRetis.com dari segi design blog memang tip top. Maklumlah hasil tangan otai (orang sudah berumur) jadi kita rasa selesa untuk membaca dengan susun atur blog yang kemas dan tak menyakitkan mata, iklan pun tak bersepah. Sedap mata memandanglah orang kata.

Itu salah satu faktor penting pada aku untuk ada sebuah blog, biar pembaca selesa untuk membaca.

Nak komen banyak pun rasa segan sebab Bro ni orang lama. Tapi aku harap Blog Retis akan terus 'hidup' untuk bercerita pasal blogger-blogger dekat Malaysia ni, dan semoga Bro terus maju dengan bisnes Char Kuey Teow beliau.

Kalau nak tahu, blog aku pun pernah Bro tulis dalam Blog retis walaupun aku bukanlah retis tapi Bro sudi juga buat entri pasal aku. Boleh baca disini, Kuchalana open table ikan patin.

9 Komen untuk "BlogRetis.Com - Cerita Pasal Blogger Malaysia"

avatar

Bro Framestone memang blogger otai.

avatar

Rupanya dah ramai blogger yang telah tersiar kisah mereka di blogretis. Mantap blog beliau, tahniah BRO.

avatar

blog dah ada nama, buat blog apa pun senang nak naik..:D

avatar

Otai ke? Xde la... Anggap je saya blogger yang juga sedang cuba bertapak dari bawah :)

avatar

Nama dah makin dilupakan.

avatar

wahh..

untunglah ada orang promosikan dia.

avatar

kiranyta retis ni merujuk kepada blogger yang status selebriti la kan, yang ada ramai follower and reader..selalu blogger perempuan la.hehe

avatar

otai yang sudah berumur... hehehehehe

avatar

Wuish ramai dok awek2 situ bro :P ?

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.