blogger lelaki logo

Bahaya Kereta Klon

8 Komen
Rasanya sudah kerap kali kita terbaca dan mendengar berita pasal kereta klon ini baik di media masa ataupun di media sosial. Banyak sangat kes ini berlaku sejak akhir-akhir ini. Apakah akibatnya jika kereta klon ini jika dibiar berterusan?

Sejak November 2014 sehingga disember 2015 sebanyak 371 kereta klon yang berjaya dirampas dan ia didapati dibawa masuk dari negara jiran dan dijual kepada orang ramai. - Datuk Seri Ismail Ahmad, Ketua Pegarah JPJ.

Mondus operandi sindiket kereta klon ini mudah sahaja untuk kita tahu sebagai pembeli, kerana selalunya kereta kon akan dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga kereta dipasaran. 

Ada harga kereta klon yang dijual dengan harga 50% lebih murah.

Antara model kereta yang popular menjadi mangsa 'klon'adalah  jenis Honda Jazz, Oddysey, Stream, Civic, Alphard selain Mercedes Benz dan BMW.

Bahaya Kereta Klon


Dalam banyak kes JPJ berjaya mengesan ada dua jenis kenderaan yang sama tetapi memiliki nombor casis serupa tetapi mempunyai nombor pendaftaran berbeza. Ada banyak juga kes dimana 2 kereta memiliki nombor plate yang sama.

Kereta klon ini bukan sahaja melibatkan kereta yang dibawa masuk secara 'haram' (tanpa membayar cukai) daripda negara jiran. Ada juga kereta yang di'klon' oleh 'tukang tarik kereta' yang dilantik oleh bank, mereka tidak membawa kenderaan yang ditarik ke stor dan kenderaan tersebut terus dijual kepada pembeli lain. Boleh juga berlaku kepada kereta yang dicuri dan juga kereta yang terlibat dengan kemalangan 'total loss'.

Bahaya Kereta Klon

Jadi apa bahayanya kereta klon ini jika ia berleluasa digunakan di negara kita?

Bahaya Kereta Klon

1. Apa akan jadi jika kereta 'klon' tadi dipandu laju dan kena kantoi saman perangkap had laju. Surat saman akan sampai kepada pemilik kereta yang membuat pendaftaran yang sah.

2. Bertambah serius jika kereta yang di'klon' nombor pendaftaran digunakan untuk melakukan jenayah. Menjadi maslah kepada pendaftar yang original dan juga menyusahkan proses siasatan oleh pihak berkuasa.

3. Jika berlaku kemalangan, pemilik kereta 'klon' tidak akan dapat membuat apa-apa tuntutan insurans.

4. Hasil kutipan cukai pihak Kastam juga akan berkurang disebabkan kereta yang dibawa masuk daripada negara jiran secara salah.


Tidakkah semua ini akan memberikan masalah kepada mereka yang tidak bersalah.

Jadi jangan terpengaruh atau bercita-cita hendak beli kereta klon. Jangan juga terpedaya apabila ditawarkan kereta yang mahal dijual pada harga yang murah.

Lagipun pihak berkuasa kini sedang giat mengesan kereta-kereta klon yang mungkin dipandu tanpa rasa bersalah diatas jalanraya.

8 Komen untuk "Bahaya Kereta Klon"

avatar

memang bahaya,s ebelum beli eloklah semak betul2

avatar

tak berani nak beli kereta klon. sebab tetap mahal dan melibatkan nyawa

avatar

Ada kereta klon rupanya ye??ingatkan enpon je yang klon..hehehe

avatar

kalau boleh elakkan beli kereta klon, membahayakan sedangkan kita bayar bukan murah juga

avatar

kereta klon menyusahkan ramai pengguna, harap hati-hati semua

avatar

kereta klon ni tak boleh daftar jadi sah ke ?

avatar

kereta klon ni tak boleh daftar jadi sah ke ?

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.