blogger lelaki logo

Tunaikan Kewajipan Mengeluarkan Zakat

4 Komen
Zakat adalah salah satu rukun Islam, wajib keatas setiap orang Islam yang mampu atau memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menunaikan zakat menjadi sebahagian daripada perintah Allah Azza wa Jalla, selain itu hikmah berzakat juga adalah untuk saling menbantu umat Islam yang berada didalam kesusahan yang memerlukan bantuan.

Disamping itu dengan berzakat dapat melahirkan rasa syukur terhadap segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita serta menzahirkan ketaatan dan menghambakan diri kepada Allah Azza Wa Jalla dengan melaksanakan perintah-Nya.

Tunaikan Kewajipan Mengeluarkan Zakat

Syarat Wajib Zakat

Golongan yang wajib mengeluarkan zakat adalah setelah mereka memenuhi syarat-syarat berikut :-

1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.


Menurut jumhur ulama zakat mula di syariatkan pada tahun ke-2 hijrah. Pada tahun itu zakat fitrah telah wajib dibayar pada bulan Ramadhan, manakala zakat mal (kekayaan) pula wajib dibayar pada bulan-bulan berikutnya.

Zakat ada 2 bahagian iaitu :-

1. Zakat Fitrah
2. Zakat Harta yang merangkumi :
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Emas Dan Perak
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Wang Simpanan
** Untuk membuat kiraan kadar zakat boleh ke laman web www.Zakat2u.com.my, dan klik pada 'Taksir".


Bagi mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan, pengurusan zakat adalah dibawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (MAIWP).

Pusat Pungutan Zakat ( PPZ MAIWP ) diamanahkan untuk memungut zakat. Manakala tugas agihan zakat adalah dibawah tanggungjawab Baitulmal MAIWP.

Ramai yang sering tersilap diantara kedua-dua badan ini PPZ-MAIWP dan Baitulmal MAIWP. Kedua-duanya menpunyai tugas yang berbeza

Selain itu, masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan peranan KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia. Sedangkan PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab melakukan KUTIPAN hanya di Wilayah Persekutuan.

Pengagihan zakat bukan boleh dibuat main-main, bukan semua orang layak. Zakat hanya layak untuk 8 asnaf iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan ibunu sabil.

Untuk kefahaman lebih lanjut boleh baca Perincian Tentang Tafsiran Asnaf Lapan.

Kepada mereka yang merasa diri layak untuk menerima zakat boleh merujuk di laman Agihan Zakat MAIWP

Jom Bayar Zakat

Zaman serba canggih jadi urusan zakat juga semakin mudah dan senang, hanya dihujung jari. Pembayaran zakat kini boleh dibuat melalui kaunter zakat, potongan gaji dan portal zakat2u.

1. Portal www.zakat.com.my

2. Aplikasi i-zakat. Boleh dimuat turun dari Google Play

3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP. Rujuk disini untuk mencari Kaunter zakat berdekatan

4. Melalui Perbankan Internet.

  • www.maybank2u.com.my
  • www.rhb.com.my
  • www.bankislam.biz
  • www.cimbclick.com.my
  • www.ambg.com.my
  • www.hsbc.com.my
  • www.publicbank.com.my
  • www.standardchartered.com.my
  • www.irakyat.com.my
  • www.ocbc.com.my
  • www.affinonline.com.my
  • www.hlisb.com.my
  • www.kfh.com.my

5. Melalui Skim Thohir iaitu pemotongan zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB).

6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP. Ada 2 buah yang bergerak disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.


4 Komen untuk "Tunaikan Kewajipan Mengeluarkan Zakat"

avatar

Sekarang sangat mudah untuk membayar zakat. Cuma klik2 di internet dan bank2 anda pun blh terus buat bayaran. Mulakannya walaupun sedikit keran aitu kewajipan kita :)

avatar

Assalammualaikum... BL,

bagus berzakat, dapat menyucikan wang simpanan dan pendapatan.

mselim3

avatar

zakat mesti bayar, saya bayar hujung tahun biasanya

avatar

sy sudah :) alhamdulillah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.