blogger lelaki logo

Selamat Tinggal 2015

14 Komen
Sedar tak sedar hari ini adalah hari terakhir 2015. Banyak pengalaman dalam tahun ini yang dapat aku belajar dan harap dapat diteruskan jadi lebih baik untuk tahun hadapan.

Blog ini juga agak cemerlang pada tahun ini disamping pengalaman hidup. Banyak benda ynag aku dapat melalui blogging tahun ini. Jadi harap dapat diteruskan untuk tahun hadapan.

Dalam kehidupan pula, aku sudah duduk rumah baru, jadi itu salah satu titik penting dalam kehidupan. Jadi untuk seterusnya, terus fokus target lain pula.

Memang adat dia sebuah kehidupan ada suka dan duka. Kalau boleh kita ambil cuma yang positif untuk dibawa masuk akaun tahun hadapan.

Satu anjakkan perlu dilakukan untuk tahun hadapan, nak jadi yang lebih baik...semua orang nak macam tu kan.

Maklumlah kita telah diseru untuk buat #2kerja. Dalam keadaan yang tak menentu zaman sekarang ni, macam-macam boleh berlaku. Jadi nak sediakan payung yang lebih besar sikitlah.

Selamat Tinggal 2015

Tahun hadapan tak ada azam baru kot, cuma nak buat penambahbaikkan apa yang sudah dibuat. Ada yang tak sempurna lagi tuh.

Tahun 2016, sebenarnya tahun cabaran bagi aku. Sebab akan bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga baru. Tak sabar nak sambut orang baru.

Semoga yang terbaik sahaja akan singgah pada tahun hadapan, dan jadi orang yang semakin kuat menempuh dugaan.

Ujian tetap ada, mana boleh kita nak lari macam tu aje. Dah lumrah kehidupan macam tu.

Nak atau tidak kita rempuh saja dinding itu.

Selamat tahun baru buat semua pembaca BloggerLelaki.com. Semoga tahun hadapan korang semua akan lebih cemerlang dan padu.


14 Komen untuk "Selamat Tinggal 2015"

avatar

Selamat menyambut tahun 2016 bro! dan InsyaAllah...didoakan semoga dapat menyambut kehadiran orang baru dengan selamat.
Semoga tahun 2016 akan lebih cemerlang dalam apa jua yg anda lakukan. Bahagialah anda sekeluarga di dunia dan akhirat hendaknya...ameen

avatar

Selamat Tahun Baru 2016 !! Yeah Selamat menempuh fasa yang baru yang lebih dahsyat.

avatar

Banyak cabaran pada tahun 2015. Kita semua berharap dapat menjalani kehidupan di tahun 2016 dengan lebih meraih kejayaan dalam setiap usaha yang kita rancangkan..

avatar

Selamat tinggal 2015. Selamat datang 2016. Harap 2016 lebih baik berbanding tahun tahun sebelumnya.

avatar

Salam 2016 BL. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya... aamiin. :)

avatar

selamat menyambut kehadiran orang baru dan semoga berjaya untuk tahun ini. salam 2016 :)

avatar

Alhamdulillah nak dapat ahli baru lagi, Tahniah BL

avatar

Selamat tahun baru 2016 bro BL. Moga ia lebih baik daripada tahun 2015. Moga azam yang lepas boleh diperbaiki pada tahun ini.

avatar

Selamat tinggal 2015. Selamat datang 2016.

avatar

Tahun 2015 sudah berlalu sekarang ini memulakan strategi serba baharu untuk mencapai azam yang ditanam pada tahun 2016.

avatar

Selamat tahun baru..
Orang muslim sepatutnya setiap hari kena berazam baru..
semoga tercapai semua impian..

avatar

Selamat Tahun Baru BL!Semoga terus suksess sepanajang tahun 2016 nih...

avatar

semoga tahun ini memberi sukses yang lebih lagi

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.