blogger lelaki logo

Penyelidik Cina Cipta Kereta Dikawal Kuasa Minda

1 Komen
Baru-baru ini pengeluar kereta seperti Volvo, Mercedes-Benz dan Tesla mendedahkan mereka sedang bertungkus lumus membina kereta tanpa pemandu, atau sistem autonomous yang menggunakan komputer.

Tetapi penyelidikan daripada China lain macam sikit, mereka nampaknya ingin maju selangkah kehadapan dengan merekacipta kereta yang dipandu menggunakan kuasa minda.

Penyelidik di Universiti Nankai di Tianjin, China sedang memnbangunkan kereta yang dikatakan boleh dipandu dengan hanya menggunakan 'kuasa minda', projek ini adalah dengan kerjasama pengeluar kereta China, Great Wall Motor.

Kereta tersebut boleh dipandu ke hadapan, ke belakang, berhenti dan juga boleh dikunci dan dibuka tanpa pemandu menggunakan tangan dan kaki.

 Penyelidik Cina Cipta Kereta Dikawal Kuasa Minda

Sistem ini dibina dengan 16 sensor yang 'membaca' signal EEG (electroencephalogram) daripada otak pemandu.

Sistem ini memerlukan pemandu memberikan perhatian. Bayangkan kalau kita tengah serabut, macam mana nak bawa kereta macam nie..hahaha...pergi kerja kena marah dengan bos, balik kerja nak hadap jalan jem...hmmmm

Mungkin rekaan ini nampak futuristik, canggih yang amat. Tetapi untuk melihat kereta dikawal oleh kuasa minda diatas jalan raya mungkin seperti kita mengimpikan memandu kereta terbang.

1 Komen untuk " Penyelidik Cina Cipta Kereta Dikawal Kuasa Minda"

avatar

not bad.

tak mustahil pada 10-20 tahun akan datang.

kereta guna minyak pun dah cukup ajaib bagi aku.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.