Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Setiap hari dalam rumah kita menghasilkan sisa buangan, semuanya kita campakkan dalam plastik hitam dan sumbat dalam tong sampah. Selepas itu tanggungjawab diserahkan kepada pihak yang melakukan kerja-kerja mengutip sampah.

Mungkin ramai yang fikir setakat itu sahaja tanggungjawab kita berkenaan sampah, cukup sekadar memastikan rumah kediaman kita bersih.

Tapi pernah tak kita terfikir kemana destinasi terakhir sampah itu, kemana sisa buangan kita itu tadi dibuang?

Ke tapak pelupusan sampah! Ya ramai yang tahu. Akhirnya sampah kita akan dilonggokkan disana, kemudian ditimbus dengan tanah untuk dimampatkan.

Kita fikir perkara ini macam tak ada kena mengena dengan kita, tapi cuba bayangkan kita yang menjadi bumi. Apa perasaan kita setiap hari dihimpit dengan segala macam jenis sampah, bau busuk jangan ceritalah.

Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Sampai bila bumi mampu bertahan dengan sisa buangan hasil perbuatan manusia. Semakin hari bukannya semakin berkurangan sampah yang dilonggokkan di tapak pelupusan sampah.

Bayangkan satu rumah buang sampah, campur sampah satu taman, campur lagi satu daerah buang sampah. Dah berapa banyak sampah yang terkumpul?

Kita tahu proses di pusat pelupusan sampah dan pembuangan sampah ada prosedur yang perlu mereka lakukan untuk memastikan pencemaran tidak berlaku. Tetapi hasil daripada sampah-sampah yang dimampatkan tadi akan menghasilkan pula Leachate, cecair yang terhasil ini lama kelamaan akan mencemari air dibawah tanah.

Inilah masanya kita nak tunjukkan rasa tanggung jawab kita menjaga alam sekitar. Memang amanah kita pun untuk menjaga alam kan.

Mungkin kita fikir benda yang kita buat ini cukup kecil, tapi kita tak tahu impaknya amat besar kepada alam semujadi.

Kita cuma perlu asingkan sampah yang kita buang setiap hari.

Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Tak fahamlah bro, apa sumbangan yang dapat kita berikan jika kita asingkan sampah?

Aku pun bertanyakan soalan yang sama selepas mendapat notis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya sampah yang aku buang kena asingkan.

Sebab sebelum ini, aku memang ta pernah ambil kisah pasal nak asingkan sampah ni. Semuanya main campak sekali harung dalam satu beg plastik hitam. Sudah.

Waktu itu kesedaran aku belum ada kepentingan kenapa aku kena asingkan sampah-sampah semua ni?

Lecehlah bro.

Macam ni, anda tahu tak bahawa sampah dan sisa buangan yang setiap hari kita isi dalam plastik hitam atau tong sampah itu mampu menjana tenaga.

The waste-to-energy (WTE) facility consists of the refuse-derived fuel (RDF) plant, which prepares the fuel, and the steam power plant. The facility has the capacity to process approximately 1,100 U.S. tons of municipal solid waste (MSW) per day into RDF in fluff form and then use that fuel to produce approximately 8 MW of electricity daily. Electricity produced powers the RDF plant, and the remainder is sold to the national power grid. - www.powermag.com

Sekarang penting untuk kita tahu bahawa dengan asingkan sampah, dan sampah tadi akan diproses untuk menjana tenaga dengan projek Waste to Energy.

Sampah-sampah yang entah berapa ribu tan sehari dihasilkan, tidak lagi bertimbun di tapak pelupusan sampah.

Jadi dengan proses menjana tenaga daripada sisa buangan, sampah tidak lagi di longgok di tapak pelupusan sampah yang kotor, busuk, menyakitk pandangan mata.

Contohnya macam gambar dibawah ini, beberapa tapak pelupusan sampah yang telah berubah wajah menjadi kawasan hijau dan tida lagi buruk seperti dahulu.

Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?


Mungkin nampak kecil usaha kita ini untuk membantu menjaga alam sekitar, tapi dengan usaha kecil ini bermula daripada rumah kita dapat memberikan nafas baru kepada alam sekitar daripada berterusan dihimpit sampah sarap.

Jadi langkah mudah untuk menjaga alam sekitar, adalah dengan asingkan sampah di rumah. Mudah sahaja.

Mungkin dahulu kita tidak diajar begini, tapi mulai hari ini kita perlu untuk mendidik diri kita, anak-anak kita untuk asingkan sampah. Agar generasi seterusnya turut menjalankan tanggung jawab untuk menjaga alam sekitar.


Share this:

Disqus Comments