blogger lelaki logo

Fungsi Instagram Yang Mungkin Jarang Kita Guna

13 Komen
Instagram kini antara media sosial yang popular dikalangan pengguna smartphone. Aplikasi ini khas buat mereka yang suka berkongsi gambar dan juga menjadi kegilaan kaki selfie.

Mungkin ramai yang guna tetapi ada ramai juga yang tidak tahu dan tak mengunakan sepenuh fungsi-fungsi yang ada pada aplikasi Instagram.

Aku sendiri pun baru tahu ada beberapa fungsi yang langsung aku tak pernah guna dan tak pernah aku tahu fungsi itu ada pada Instagram, jadi jom godek aplikasi Instagram kita sekarang untuk lihat apa fungsi yang jarang kita guna tersebut.

Eh! Jap..Jom follow Instagram @bloggerlelaki sekarang!!!

Fungsi Instagram Yang Mungkin Jarang Kita Guna


1. Manage Filter

Mungkin ramai yang gunakan filter apabila berkongsi gambar di IG. macma aku kadang-kadang guna filter, adakala memang tak nak guna filter. Ada lebih kurang 40 filter yang tersedia pada aplikasi IG.

Tahu tak? Sebenarnya kita boleh susun dan atur filter ini mengikut filter kegemaran kita.

Cuma perlu scroll sampai hujung pada fungsi filter, sehingga jumpa "Manage". Selepas itu kita boleh pilih filter yang kita suka, dan susun atur ikut suka hati kita.

Jadi tka perlulah kita scroll panjang unutk cari filter yang selalu kita guna.


2. Hantar post pada Feed Rakan-Rakan

Aplikasi IG juga memiliki sistem pesanannya sendiri iaitu Instagram Direct. Kalau anda perasan ada satu icon pada bucu dekat atas belah kanan. Tujuannya adalah untuk menghantar gambar terus kepada rakan-rakan IG kita.

Tetapi kita juga boleh menggunakannya untuk menghantar gambar yang ada di feed IG kita kepada rakan.


3. Straighten, adjust perspective, and rotate gambar

Fungis ini berfungsi jika gambar kita telah di'cropped' jadi empat segi sama (square 1:1). Cara unutk gunakan fungsi ini adalah dengan pergi ke wrench icon > tekan Adjust.

Selepas itu ada 3 fungsi tersebut akan muncul, kita boleh buat gambar kita jadi senget secara menegak atau mendatar, dan juga boleh putarkan gambar kita ikut suka hati kita.


4. Link kepada pelbagai akaun sosial kita

Media sosial yang sering aku sync bersama IG adalah Twitter dan Tumblr, yang popular orang guna juga adalah facebook. Tetapi jika korang ada akauan media sosial yang lain korang boleh juga sync dengan akaun IG ini seperti Flickr, Swarm, Weibo, Ameba, ミクシィ/Mixi, and VKontakte.

Cara nak setting, pergi ke gear icon pada profil, klik Settings > Linked Accounts > Selepas itu pilih akaun media sosial yang kita nak guna. Kena masukkan detail akaun dan password.


5. Penggunaan aplikasi Instagram

Mungkin ramai yang tak tahu IG ada beberapa 3 aplikasi standalone yang lain iaitu Hyperlapse, Layout dan Boomerang.

Hyperlapse adalah aplikasi untuk kita buat video time-lapse.

Layout pula untuk buat collaged gambar, yang ini aku pernah guna, kalau nak masukkan banyak gambar dalam satu post.

Boomerang pula kita boleh guna untuk buat looping short video.

Selepas korang guna aplikasi ini, kita boleh terus import post ke IG.


6. Tukar thumbnail video anda

Sebelum kita post video dekat IG, kita boleh pilih gambar thumbnail daripada frame video kita. Klik icon segi empat (Square) yang berada disebelah stabilization icon dan slide untuk mencari gambar yang sesuai untk dijadikan thumbnail.


7. Lihat gambar yang telah kita 'Like'

Jika kita rasa pernah tersalah like, atau rasa menyesal like satu-satu gamabr kita boleh cari balik gambar tersebut dan 'unlike'..hahaha

Caranya adalah, anda perlu klik gear icon pada profil anda, Klik "Account" > "Posts You've Liked." Selepas itu anda boleh susun semual gambar-gambar yang anda telah 'like'.


8. Lihat gambar-gambar yang orang dah tag nama kita

Jika korang ni popular tahap retis dan selalu kena tag dengan orang lain, inilah cara untk kornag lihat balik gambar-gamabr tersebut.

Pergi ke profil anda dan tekan pada "person-in-a-tag icon".


9. Lihat post pada peta dunia.

Jika setiap kali kita tambah lokasi pada gambar post kita, secara automatik ia akan dihantar ke peta foto kita. Kita akan dapat lihat peta dunia yang mempamerkan semua tempat yang pernah kita post gambar.

Cuma perlu pergi ke profil anda, tekan pada location tag icon. Dari sini kita boleh zoom in & out pada lokasi tertentu dan melihat goe-tagged tertentu.

Jika nak skodeng akun orang lain pun boleh, pergi ke profil orang yang kita nak lihat...hehehe..anda diperhatikan

13 Komen untuk "Fungsi Instagram Yang Mungkin Jarang Kita Guna"

avatar

haha..

aku tak tahu.

memang noob habis bab instagram ni.

avatar

Baru tau pasal filter tuh..boleh praktikkan lepas nih ;)

avatar

thanx for info. boleh apply pas ni...

avatar

Settingkan kepada low usage data..hehe

avatar

kena godek lagi ig ni rupanya. hehe tq BL

avatar

Banyak lagi yang tak tau tentang IG ni. Nanti share lagi ye entry tentang IG

avatar

saya rasa teknik instagram ni hebat . Salam perkenalan saya ingin menjemput anda berkunjung ke laman web jualan saya iaitu http://www.gerobokbuku.com/

avatar

haha.nampak sangat saya memang noob main instagram ni, tahu fungsi no 8 tu je.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.