Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Donald Trump Haramkan Muslim Masuk Amerika

Aku perhati je mamat Donald Trump ni, sejak berniat nak bertanding jawatan Presiden Amerika semakin kuat dia hentam orang Islam.

Aku rasa kalau dia naik jadi presiden nanti akan jadi macam  sorang lagi bekas Presiden U.S yang juga daripada Parti Republikan, George W. Bush dan bapak dia yang suka berperang.

Sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan mahu menutup beberapa masjid, sekarang dia tak nak bagi Muslim masuk Amerika pulak. Memang betullah orang cakap mamat ni memang facist.

Dulu aku suka jugalah melayan program The Apprentice, suka dengar dia cakap 'You're Fired'.

Aku tak pastilah ini memang cara dia untuk meraih undi sokongan agar di tercalon untuk bertanding jawatan Presiden U.S mewakili Parti Republikan. Sudah banyak kali di mengeluar kenyataan yang kasar dan mengecam orang Islam.

Semoga dia tak terpilih..hahaha..belum apa-apa lagi dah tunjuk taring.

Donald Trump Haramkan Muslim Masuk Amerika


Donald Trump mempertahankan dasar baru yang akan mengharamkan orang Islam daripada memasuki Amerika Syarikat pada perhimpunan malam Isnin di South Carolina, dia memanggil polisi ini sebagai "common sense."

Lagi satu kalau Trump ni naik jadi Presiden memang dia lawan habis-habisan ISIS. Nak lawan pengganas ke nak minyak?

"Well you bomb the hell out of them and then you encircle it, and then you go in. And you let Mobil go in, and you let our great oil companies go in. Once you take that oil they have nothing left."
— Trump on The O'Reilly Factor June 15, 2015

"If I win, I would attack those oil sites that are controlled and owned -- they are controlled by ISIS. I wouldn't send many troops because you won't need 'em by the time I'm done."
— Trump on CNN July 10, 2015

Walaupun begitu disebelah parti lawan, iaitu calon bagi Parti Demokrat. Hillary Clinton mengecam kenyataan Trump di status twitter beliau.

hillary clinton vs trump


Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail