blogger lelaki logo

10 Fakta Tentang LightSaber Star Wars

6 Komen
Antara perkara yang paling aku suka dalam Star Wars adalah LightSaber, kalau masa budak-budak dulu selalu berangan nak ada pedang macam ni, keluar cahaya.

Cara paling senang aku buat untuk meniru aksi Luke Skywalker adalah dengan bermain dengan laser dalam asap. Bakar daun kering sebab asap daripada daun kering agak tebal, selepas itu guna laser yang aku beli dekat pasal malam untuk dijadikan LigthSaber.

Star Wars antara filem yang ramai pengikut tersendiri, jikalau di negara barat siap ada mereka yang mendakwa memeluk agama Jediism. Punyalah kuat pengaruh filem Star Wars ini kepada penontonnya.

Pada aku tidaklah sampai terpengaruh dengan agama Jedi tu, cuma setakat kagum dengan teknologi dalam cerita itu, selain LightSaber aku suka pada Robot R2-D2 dan kereta terbang yang Luke pakai.

Kalau korang juga peminat Star Wars memang pasti tahu pasal LigthSaber ni. Pedang yang mengeluarkan cahaya yang selalu watak dalam Star Wars guna untuk bertarung.

Masa budak-budak dulu pun aku bukan faham sangat pasal jalan cerita filem ini, aku cuma nak tengok dorang berlawan guna LightSaber je...kah kah kah

10 Fakta Tentang LightSaber Star Wars

10 Fakta Tentang LightSaber Star Wars

1. Pada asalnya ia dipanggil sebagai pedang laser (Laser Swords). Sebab mereka rasa nama itu tak gempak, jadi Georde Lucas telah mencari nama yang lebih cantek ditukar nama kepada LighrSaber.

2. LightSaber direka oleh seorang designer British iaitu Roger Christian, dimana beliau jugalah yang mereka R2-D2. Beliau juga pernah menjadi pengarah kepada filem Battlefield Earth.

3. Pada peracangan awal skrip bilah pedang LightSaber hanya dicadangkan berwarna putih untuk semua watak termasuk Stormtroopers, namum akhirnya satu keputusan diambil membuat bilah pedang berwarna untuk watak Jedi dan Sith, untuk menampakkan gah watak tersebut.

10 Fakta Tentang LightSaber Star Wars
hulu pedang obi wan kenobi

4. Prop LightSaber yang digunakan dalam penggambaran trilogi asal, hulu pedang diperbuat daripada pemegang flash kamera antik. Luke's daripada Graflex, manakala Darth Vader diperbuat daripada MPP Microflash. Hulu pedang Obi-Wan pula diperbuat daripada Rolls-Royce Derwnet Mk.8 jet engine.

5. Bunyi LightSaber ( Whoomm...spshhhh ) pula ditemui secara tak sengaja oleh Ben Burt, yang juga pencipta bunyi untuk Star Wars. Bunyi itu terhasil daripada 2 motor projektor di pawagam lama. Beliau mendengar buzz daripada tiub televisyen lamanya, selepas itu dia meletakkan mikrofon lalu menghasilkan bunyi untuk LightSaber.

6. Warna LightSaber bergantung kepada kristal yang menfokuskan tenaga, mengikut tradisi Jedi. Ia adalah sebahagian daripada elektronik tetapi kena menggabungkan kristal semulajadi.

7. LightSaber milik Luke Skywalker pada asalnya adalah berwarna biru tetapi telah ditukar kepada warna hijau selepas pertarungan di Sarlaac dalam episod VI, dimana saber Luke telah hilang.

8. Kos untuk membuat 1 unit Lightsaber dalam siri pertama Star Wars hanyalah berjumlah £9.

9. Lightsaber yang sebenar semasa sesi di set penggambaran hanyalah sebatang kayu. Kayu tersebut akan dicat dengan projection khas untuk blue screen kerana ia akan reflektif dan menarik cahaya. Ia juga akan memudahkan crew special effect untuk menambah cahaya pada setiap bilah, frame-by-frame. Cuma kini sudah canggih dengan adanya teknologi CGI.

10. Para saintis pernah cuba untuk mencipta LightSaber untuk dunia realiti, namum segala usaha nampaknya gagal. Menurut seorang jurutera di General Electric, Matt Gluesenkamp menyatakan bahawa teknologi paling munasabah untuk hasilkan LightSaber adalah super-hot plasma. Namum sumber kuasa tidak cukup kuat untuk dimuatkan pada hulu pedang.

6 Komen untuk "10 Fakta Tentang LightSaber Star Wars"

avatar

best info ni, gigih baca sampai habis. thanks ya

avatar

tu la.

teringin nak ada satu lightsaber nih.

huhu

avatar

kat kedai toys banyak u.. hihih

avatar

Baca sampai habnis ni sebab peminat Star Wars juga..hihi

avatar

Baru habis tengok starwars, besok starwars 7 plak kat pawagam. hehee.

avatar

pergh. rare info pasal lightsaber ni!

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.