Tips Rendahkan Bounce Rate

Tips Rendahkan Bounce Rate

Antara azam 2015 aku adalah untuk rendahkan Bounce Rate blog. Beberapa tips daripada rakan blogger telah aku praktik dan aku kongsikan dekat entri ini.

Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2015. Masuk pertengahan bulan aku mulai kecewa sebab segala usaha aku untuk rendahkan Bounce Rate macam sia-sia, sebab langsung tak ada perubahan, pening aku fikirkan cara apa yang patut aku buat.

Tanpa aku sangka, pada bulan November, segalanya berubah sekelip mata. Bounce Rate blog aku turun secara mendadak. Aku sendiri tak pasti apa yang telah aku buat dan teknik mana yang benar-benar berkesan yang telah aku lakukan.

Kini aku berharap Bounce Rate blog aku akan terus bertahan, lagi bagus jika dapat diturunkan lagi. Sudah pasti lebih banyak usaha yang perlu untuk mengekalkan tahap sekarang.

Tips Rendahkan Bounce Rate

Apa itu Bounce Rate?

Setiap hari blog kita ada visitor baru yang bertandang orang biasa panggil sebagai trafik. Ada yang datang dari 'search engine' daripada link di laman sosial atau referral lain. Namum ada sejumlah 'visitors' itu masuk ke blog kita dan terus keluar, samaada tekan butang 'X' atau klik butang 'back'

Bounce Rate = Jumlah 'single page view visits / Jumlah 'number of visits'

Mesti ada sebab 'visitors' blog kita jadi begitu.

Antara punca Bounce Rate tinggi.

  1. Isi kandungan entri kita tidak relevan atau isinya lain dari apa yang 'visitor' harapkan daripada isi penulisan kita.
  2. Informasi yang kita tulis tidak bermanfaat kepada mereka.
  3. Penampilan dan gaya penulisan blog tidak menarik minat 'visitor' untuk terus membaca lebih lama atau klik di entri yang lain.
  4. 'Loading' blog yang terlalu berat, 'visitor' tepaksa menunggu lama.

Punca utama Bounce Rate tinggi adalah jumlah 'visitor yang keluar dari blog kita atau mereka hanya masuk sekejap sahaja ke blog kita.

Jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah untuk menggoda 'visitor' tadi untuk berada di blog kita lebih lama. Cuba menarik minat mereka untuk pergi ke entri blog kita yang lain.

Tips Rendahkan Bounce Rate

Berikut adalah beberapa tips yang blogger lain kongsikan dan aku cuba praktikkan, mungkin salah satu daripada teknik ini benar-benar berkesan untuk menurunkan Bounce Rate.

1. Letak Video Dalam Entri

Tips ini antara yang popular digunakan para blogger untuk menrendahkan Bounce Rate Blog mereka. Logiknya adalah pembaca akan kekal lama diblog kita apabila dia menonton video yang kita masukkan dalam entri tadi.

Jadi jika nak masukkan video, pastikan ia menarik dan ada kaitan dengan artikel serta tajuk yang kita tulis.


2. Buat Artikel Yang Bermanfaat Kepada Pembaca

Tulis artikel yang bermanfaat sebanyak yang mungkin, sebab apabila blog kita bermanfaat orang akan suka dan datang lagi. Jikalau tajuk itu terlalu besar, mungkin anda boleh olah artikel kemudian bahagikan kepada beberapa entri. Seperti artikel aku ini 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1) aku pecahkan kepada 4 entri.


3. Tulis Artikel Panjang

Artikel yang panjang, tulis sehingga 300 patah perkataan atau lebih, lagi panjang lagi bagus. Namum harus diingat. Biarpun artikel panjang ia harus padat dengan maklumat, jika artikel panjang tapi melalut tiada gunanya juga.


4. Interlinking

Interlinking, buat pautan ke artikel-artikel yang lain. Sebolehnya cuba buat artikel yang berkaitan dalam beberapa entri, kemudian buat pautan diantaranya. Selain itu interlinking juga bagus untuk SEO.


5. Pasang Widget Related Post

Pasang widget 'related post', selalunya orang letak di bahagian bawah (footer) setiap artikel. Lebih bagus jika 'related post' di 'setting' mengikut kategori artikel, biar ia saling berkaitan dengan tajuk artikel.

Ada juga blogger yang sarankan supaya letak PDF dalam entri, tips ini aku belum cuba lagi aku tidak pasti sejauh mana keberkesanannya.


Berikut pula antara faktor-faktor teknikal yang aku rasa sedikit banyak menbantu seperti 
  • Pastikan loading blog ringan.
  • Navigasi blog yang teratur.
  • Blog kita tiada iklan yang melampau sehingga orang nak baca artikel terpaksa klik bermacam-macam

Sebenarnya para blogger tidak perlulah terlalu risau pasal Bounce Rate ini sebab keperluanya bergantung kepada tujuan blog kita. Ada blog yang memang tak kisah jika bounce rate tinggi sebab yang penting adalah conversion (tukar trafik kepada pelanggan), manakala ada blog yang perlu kekalkan Bounce Rate rendah agar mendapat kepercayaan para pengiklan. Jadi semuanya bergantung kepada keperluan blog masing-masing.

Ini adalah screenshot Google Analytic bagi blog aku yang menunjukkan statitik Bounce Rate.

Tips Rendahkan Bounce Rate

Share this:

Disqus Comments