blogger lelaki logo

Saintis Cipta Cip Pintar Mampu Cas Telefon Kurang 10 Daripada Minit

1 Komen
Profesor Rachid Yazami, saintis daripada Nanyang Technological Univertsity (NTU) di Singapura telah menbangunkan cip baru yang mampu cas telefon pintar dalam masa kurang daripada 10 minit.

Cip Pintar ini sangat kecil, menbolehkan ia dimasukkan ke dalam kesemua jenis bateri.

Sebenarnya Profesor Yazami ini merupakan salah seorang daripada 3 pengasas kepada bateri lithium-ion, bateri telefon pintar yang kita gunakan sekarang

Buat masa sekarang, proses mengecas bateri Lithium-ion dengan tenaga eletrik yang dihadkan dalam jumlah yang kecil secara perlahan-lahan. Ia bertujuan bagi mengelakkan bateri daripada terlampau panas. Sebab itu proses mengecas telefon pintar buat masa sekarang mengambil masa yang agak lama.

Saintis Cipta Cip Pintar Mampu Cas Telefon Kurang 10 Daripada Minit

Namum jika sensor ditanam dalam bateri, bateri tadi boleh dicas pada kelajua penuh kerana algoritma pada cip akan mengira jumlah sebenar cas yang masih ada dalam bateri dengan mengukur voltan dan suhu bateri.

Sensor tadi akan menproses maklumat tadi dan hantar kepada cip sensor lain yang dipasang pada AC charger, jadi proses mengecas bateri telefon pintar dapat dikurangkan.

Saintis yang berasal daripada Morocco ini juga berharap semau jenis bateri akan menggunakan cip ini, sekaligus dapat mengurangkan risiko kebakaran berpunca daripada bateri di dalam peranti elektronik dan kenderaan elektrik.

1 Komen untuk "Saintis Cipta Cip Pintar Mampu Cas Telefon Kurang 10 Daripada Minit"

avatar

Wahhh.. bagus sangat nie.. xdela kena tunggu lama2

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.