blogger lelaki logo

Li-Fi Teknologi Terkini 100 Kali Ganda Kelajuan Berbanding Wi-Fi

9 Komen
Teknologi yang tak pernah berhenti berlari, kita pula yang penat mengejar. Selepas Wi-Fi kini teknologi Li-Fi pula bakal muncul.

Li-Fi adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk pemindahan data berkelajuan tinggi (High-speed) menerusi cahaya (visible light communication - VLC).

Kelajuan Li-Fi menurut saintis boleh mencecah 224 gigabits per second. Dijangkakan teknologi ini bakal merubah cara kita menggunakan internet dimasa akan datang.

Dalam satu ujikaji yang dijalankan di Tallinn, Estonia mendapati pemindahan data menggunakan Li-Fi adalah 1GB per second, bermakna ia 100 kali lebih pantas daripada kelajuan Wi-Fi.

Li-Fi Teknologi Terkini 100 Kali Ganda Kelajuan Berbanding Wi-Fi


Penemuan Li-Fi sebenarnya sudah lama oleh Harald Haas daripada University of Edinburgh, Scotland sekitar tahun 2011.

Dalam demonstrasinya yang pertama, beliau menunjukkan dengan kelipan cahaya dari LED tunggal, dia boleh menghantar lebih banyak data daripada sebuah menara selular. Rekod lab-based dihantar pada kelajuan 224 gigabit sesaat, dimana 18 buah filem - 1.5 GB setiap satu file berjaya dimuat turun setiap saat.

Teknologi ini menggunakan  Visible Light Communication (VLC), medium yang menggunakan cahaya yang boleh dilihat antara 400 dan 800 Terahertz (THz). Ia berfungsi pada dasarnya seperti bentuk kod Morse yang lebih maju.

Li-Fi Teknologi Terkini 100 Kali Ganda Kelajuan Berbanding Wi-Fi


Antara kelebihan Li-Fi berbanding Wi-Fi adalah :
  • Pemindahan data yang lebih pantas
  • Lebih selamat kerana cahaya tidak boleh menembusi dinding
  • Boleh mengurang ganguan antara peranti

Walaubagaimanapun, Li-Fi bukanlah penganti kepada Wi-Fi. kedua-dua teknologi boleh digunakan bersama-sama untuk mencapai rangkaian yang lebih cekap dan selamat.

9 Komen untuk "Li-Fi Teknologi Terkini 100 Kali Ganda Kelajuan Berbanding Wi-Fi"

avatar

first time dengar pasal light fi nih.

avatar

Li Fi ini pertama kali dengar.1.5G dalam beberpa saat. Dahsyat.

avatar

Wah hebatnya...ni nak try nanti ni..camane nak dapatkannya?

avatar

Walaupun aku orang IT, aku juga faham pasal morse code, tapi aku lom faham dengan jelas pasal Li-Fi ni, xpe... aku ada masa lebih kurang beberapa tahun lagi... mesti lambat lagi nak sampai malaysia kan? hehehehehe

avatar

wow.. kalau ada di malaysia ni.. fuhhh senang lah nak online... mantap ni..

avatar

baru aku tahu nama Li Fi ni..woowow

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.