blogger lelaki logo

Kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

2 Komen
Kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2). Mungkin ramai yang baca, ada yang pernah dengar pelbagai cerita. Ada kisah seram yang dibawa dari mulut ke mulut, di kongsikan dari group-group whastapp mak cik kutu.

Sememangnya dunia kita dicipta bukan kita sahaja, ada 'jiran' kita yang turut sama menghuni alam ini. Alam ghaib itu wujud, kita kena percaya. Cuma kita dan 'dia' hidup di alam yang berbeza, ada 'hijab' diantara kedua-duanya.

Aku selalu juga menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Aku guna sejak daripada awal ia dibukanya iaitu laluan Exit Bukit Besi hingga ke Exit Kuala Terengganu (Bukit Gemuruh) sekitar tahun 2011. Pada masa itu tak ramai yang menggunakan lebuhraya baru ini.

Selepas setahun kemudian, orang ramai mula sedar akan kewujudan lebuhraya ini. Jadi membuatkan laluan ini sesak teruk dimusim perayaan. Aku pernah tersangkut dalam kesesakan di lebuhraya ini sehingga 2 jam kereta tak bergerak langsung.

Selepas itu ia mula dibuka dari Exit Paka hingga ke Exit Kuala Terengganu (Bukit Gemuruh). Secara berperingkat sehingga tahun lepas laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sudah boleh diakses terus dengan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Sejak itu laluan ini semakin ramai digunakan oleh pemandu yang mahu ke Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan). Dan semakin kerap kita dengar kes kemalangan maut yang berlaku di LPT2.

Statistik kemlangan di LPT2 sejak Januari hingga 8 Nov 2015 telah mencatat 803 kes kemalangan dengan 32 kes melibatkan kemalangan maut serta telah meragut 45 nyawa.

Malah ia semakin menjadi-jadi apabila disertakan dengan kisah-kisah seram, cerita mistik, misteri dan hantu yang sering menjadi perbualan di kedai kopi, whatsapp dan facebook.

Aku tak nafikan memang ada alam ghaib, dan kita sebagai orang Islam kena percaya akan wujudnya alam lain selain alam kita.

Tetapi tahukah anda, ada kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang selalu sangat orang kita tak ambik kisah.


Kisah seram #1 

Ada seorang pemandu yang berangan nak jadi Toretto. Bawa kereta pecut laju-laju, macam dia seorang sahaja nak cepat sampai, macam kereta dia laju sangat. Pernah aku pandu kereta mencecah 110km/j tapi terpaksa kena memandu disebelah lorong kiri, sebab kereta di lorong kanan lebih laju, melebihi had laju 110km/j.

Macam mana aku tak seram, bayangkan jikalau berlaku kemalangan pada kelajuan yang tinggi. Silap-silap hantu LPT2 pun rasa seram tengok kau bawa kereta laju sangat. Bagi aku ini adalah cerita yang paling seram di LPT2. Sikap orang kita yang tak sedar diri memandu kereta.

Dalam satu operasi yang baru dijalankan pihak Polis, selama 3 hari operasi (5 Nov - 8 Nov 2015) sebanyak 802 saman melebihi had laju dicatat oleh pemandu kenderaan LPT2, manakala 748 saman bagi kesalahan lain.

Untuk 3 hari operasi sahaja sudah mencatat 1550 saman, dan apabila dikira sejak ia dibuka pada tahu 2011 sehingga sekarang, ia sudah mencatat lebih 41,000 saman.

Betul tak, aku cakap pemandu LPT2 memang bawa kereta laju-laju. Malah didalam operasi terbabit ada merekodkan pemandu yang memandu pada kelajaun 210km/j.

Pergh mau tak seram beb.

Faktor kecuaian manusia inilah sebenarnya yang seram, sebab kita boleh memilih untuk memandu laju atau perlahan.

Mungkin faktor lain boleh juga menyebabkan kemalangan di LPT2 seperti haiwan-haiwan yang melintas diatas lebuhraya, permukaan jalan yang tidak rata, keadaan berkabus apabila waktu malam dan juga gangguan...dot..dot..dot

Sumber Statistik : Bernama

2 Komen untuk "Kisah paling seram di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)"

avatar

ingatkan seram hantu td. baca 2 kali baru paham bukan ..

avatar

amacam seram tak bro

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.