blogger lelaki logo

CaknaKPKT - Aplikasi Aduan Kerosakan Jalan Untuk Rakyat Malaysia

Sila Komen
CaknaKPKT merupakan satu aplikasi bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat aduan berkenaan kerosakkan jalan raya, atau berkaitan lampu isyarat, atau sampah dan lain-lain, yang dibawakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi aku ini adalah salah satu inisiatif yang bagus supaya segala aduan dapat dibuat dengan mudah terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), seterusnya segala tindakan susulan dapat dilakukan dengan segera yang mungkin.

Aplikasi CaknaKPKT buat masa ini hanya boleh digunakan oleh pengguna andriod, untuk pengguna iOS pula aplikasi ini masih dalam peringkat pengujian. Aplikasi ini sangat berguna, memang patut ada dalam setiap telefon pintar rakyat Malaysia, biar mudah kita nak buat aduan jika ada sebarang masalah yang berkaitan.

CaknaKPKT - Aplikasi Aduan Kerosakan Jalan Untuk Rakyat Malaysia

Melalui info yang aku dapat, aduan akan dihantar kepada PBT. Namum disebabkan perlaksanaan aplikasi ini masih baru , pada peringkat awal ini hanya melibatkan 7 PBT sahaja yang terlibat iaitu di PBT - Melaka Bersejarah, Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Majlis Bandaraya Johor Bahru (Johor), Majlis Daerah Tanjung Malim (Perak) dan Majlis Daerah Bentong (Pahang).

Manakala bagi aduan di kawasan yang lain, aduan akan dihantar kepada Jabatan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu kemudian barulah dipanjangkan aduan kepada PBT yang berkaitan.

Diharap dapat disegerakan biar PBT diseluruh negara dapat menerima aduan secara terus, mudahan tindakan susulan juga akan pantas untuk membaiki apa juga kerosakkan yang berlaku.

CaknaKPKT - Aplikasi Aduan Kerosakan Jalan Untuk Rakyat Malaysia


Muat-Turun di Android : CaknaKPKT

Ada satu lagi aplikasi yang fungsinya sama dengan Cakna KPKT ini adalah Aplikasi CitiAct, yang juga boleh dimuat turun di Play Store.

0 Komen untuk "CaknaKPKT - Aplikasi Aduan Kerosakan Jalan Untuk Rakyat Malaysia"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.