blogger lelaki logo

Buat Duit Dengan URL Shortener

5 Komen
Cara buat duit online dengan pemendek URL / URL Shortener. Sememangnya begitu banyak cabang untuk kita menjana duit secara online. Terkini, URL Shortener Malaysia sedang menganjurkan contest SEO review lynk.my 2015, inipun peluang untuk buat duit.

Namum aku rasa tak semua orang mampu untuk kuasai kesemuanya sekaligus. Jadi kita perlu cari dan fokus pada perkara yang kita rasa sesuai dengan diri kita. Bagi aku, kita perlu buat benda yang kita minat, barulah kita boleh buat ia secara berterusan.

Jika anda seorang yang suka mengadap komputer, melayan media sosial atau menulis blog. Aku rasa URL Shortener mungkin boleh menjadi salah satu punca menjana duit secara online.

URL Shortening merupakan satu cara untuk merubah struktur URL agar ia menjadi lebih pendek/singkat agar mudah diuruskan dan di kongsikan di laman sosial.

Antara tujuan URL Shortening adalah untuk menjimatkan ruang apabila ada website yang menghadkan jumlah aksara seperti Twitter. Selain itu ia juga boleh berikan data analisis terhadap aktiviti link yang kita share.

Buat Duit Dengan URL Shortener

Buat Duit Dengan URL Shortener

Sebenarnya ada banyak URL Shortener yang telah diwujudkan untuk memudahkan kita, masing-masing menawarkan servis terbaik. Cuma terpulang pada diri kita untuk membuat pilihan.

Berikut adalah beberapa URL Shortner yang sering digunakan untuk membuat duit secara online.


1. AdF.ly - Salah satu URL Shortener yang popular. Menawarkan rate Adf.ly lebih kurang $4.00 untuk setiap 1000 uv (CPM) - ianya berbeza mengikut negara. Ada sistem referral dengan komisen 20%. Minimum payout pula adalah USD $5.00 melalui Paypal atau Payoneer.

Referral Earning Rate : 20% komisen.

2. bc.vc - Rate yang ditawarkan oleh Bc.vc juga lebih kurang $1.00 untuk setiap 1000 uv (CPM). Juga ada sistem referral, komisen sehingga 20%. Minimun Payout USD $5.00 melalui akaun Paypal.

Referral Earning Rate : 10% komisen.

3. linkbucks.com - Lama ini pula menawarkan rate sebanyak $0.39. Agak rendah berbanding yang lain. Dengan minium payouts USD $10.00, boleh transfer terus ke akaun Paypal, Payza, Payoneer serta Credit Card.

Referral Earning Rate : 20% komisen.

4. Shorte.st - Rate yang ditawarkan oleh Shorte.st adalah dalam anggaran $1.94 bagi setiap 1000uv (CPM). Pembayaran dibuat menggunakan akaun Paypal atau Payoneer. Minimum payout pula adalah USD $5.00 bagi Paypal dan USD $10.00 bagi Payoneer.

Referral Earning Rate : 20% komisen.

5. Lynk.My - Ini pula laman yang bertapak di Malaysia, jadi memang aku rekemen untuk orang Malaysia guna servis dari laman ini. Rate yang ditawarkan adalah RM5.00 untuk setiap 1000uv. Minimum payout pula adalah RM10.00, anda boleh memilih untuk menggunakan akaun bank utama di Malaysia.

*Rate yang aku tulis adalah berdasarkan rate semasa bagi negara Malaysia, tertakluk kepada perubahan.


Ini semua adalah pilihan kita, jika tidak mahu menjana duit online dengan URL Shortener kita boleh gunakan laman shortener lain seperti Goo.gl dan Bit.ly


5 Komen untuk "Buat Duit Dengan URL Shortener"

avatar

Ada saja cara nak buat side income.. Cuma terpulang pada diri.. Nak tak nak jer..

Thanks share info ni bro..

avatar

banyak juga adfly tu. patutlah banyak orang guna

avatar

masih setia dengan adf.ly dan linkbucks.

lynk.my masih baru lagi. tapi untuk market tempatan, not bad la.

avatar

barang lama juga tetap dihati kan bro

avatar

menarik info - 10q

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.