blogger lelaki logo

Penghinaan Terhadap Islam : Apa Tindakan Kita?

3 Komen
Penghinaan terhadap Islam, agama yang kita sayang bukanlah perkara yang baru. Zaman nabi dahulu pun sudah wujud manusia spesies 'Alvin' ini. Mereka provoke umat Islam dengan pelbagai cara, tapi apakah tindakan terhadapa golongan seperti ini?

Islam, agama yang sungguh murni, penuh kesejahteraan. Apabila berlaku situasi begini, kita perlu banyakkan bersabar. Jangan terhasut dengan bisikan yang mendidihkan emosi.

Sebab golongan penentang Islam takkan pernah berhenti daripada cuba menganggu dan merobek keharmonian umat Islam.

"Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, Maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), Maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)". (Qs. Al An'am [6]: 68)

Apa yang kita diajar adalah untuk menjauhkan diri daripada golongan manusia sebegini. Mereka hentam kita dengan penghinaan, tetapi jangan kita balas balik dengan perbuatan yang sama.

Jika caci maki kita balas, apa bezanya kita dengan 'dia'?

Kita lihat setakat semalam sudah lebih 5000 like dan 15000 shares yang Alvin Tan dapat daripada gambar menghina Al-Quran yang diupload ke facebook. Dia sudah dapat publisiti yang meluas dalam masa singkat.

Jadi kita perlu waras bertindak, jangan pedulikan orang seperti ini, jangan cepat melatah. Makin kita marah, makin menjadi-jadi pula perbuatan dia kemudian hari.

Penghinaan Terhadap Islam : Apa Tindakan Kita?


1. Bagi kes yang berlaku di media sosial ini, pertamanya aku rasa kita tak perlu like atau berikan sebarang komen.

2. Shares pun tak payah. Nanti makin melarat. Makin dia suka orang sebarkan gambar penghinaan dia itu.

3. Usah balas dengan cacian dan makian, jaga akhlak kita. Biarlah dia dengan cara dia, kita ada cara kita.

4. Kita buat report kepada pihak facebook, biar gambar yang melampau tadi di buang daripada laman media sosial.



alvin-tan-hina-islam-apa-tindakan-kita


Inilah salah satu bahayanya internet. Dunia maya yang tiada sempadan. Berita dan cerita sampai dalam masa sesaat, pantas. Cuma kita kena pandai gunakan internet agar tidak terikut dengan cara yang tidak betul.

Update: Facebook buang laman sosial Alvin Tan

Nampknya akaun facebook Alvin Tan yang dia guna untuk menghina Al-Quran telah diambik tindakan oleh pihak Facebook. Aku sudah semak, aku cuba buka link akaun facebook dia yang viral tu memang dah kena remove.

“My VERIFIED BADGE Facebook Page has been permanently banned...." status yang diupdate oleh Alvin menggunakan akaun Facebook dia yang satu lagi.

Facebook buang laman sosial Alvin Tan

3 Komen untuk "Penghinaan Terhadap Islam : Apa Tindakan Kita?"

avatar

Langkah yang bijak jangan pedulikan dia, kita terus report supaya beliau kena banned ��

avatar

Semoga Alvin Tan dapat hidayah daripada Allah Taala. Moga dibuka pintu hati beliau terhadap agama Islam yang suci ini.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.