Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Aku nak cerita sikit pasal pengalaman bersama Onexox yang aku sudah guna sejak satu tahun lebih, apa kelebihan yang ada pada simkad jimat ini sehingga aku sanggup bertukar daripada telco yang lama.

Selepas aku teliti pasal simkad Onexox, aku terus ambil keputusan untuk tukar nombor lama (MNP) kepada Onexox. Pada mulanya aku hanya niat untuk mencuba, tapi tak sangka pula aku boleh melekat terus dengan telco baru ini.

Semua berpunca daripada 3 sebab utama. Masalah yang selalu menbelenggu aku semasa menggunakan simkad telco lama.

  • Setiap minggu kredit hilang tiba-tiba.
  • Kena caj voicemail yang mahal, padahal aku tak sempat bercakap pun dah kena caj.
  • Pay-Per-Used. Beberapa kali kredit habis sebab terlupa nak melanggan data, sekali on data terus lesap kredit.

Dah asyik aku sahaja yang terkena, mana nak tahan. Jadi selepas berkenalan dengan Onexox, aku mula rasa tertarik dan terus buat keputusan drastik. Memang aku jenis yang tak suka banyak telefon dan banyak nombor telefon. Itulah satu-satunya nombor telefon yang aku guna sejak awal lagi.

Pada mulanya aku pening juga, sebab selepas MNP nombor lama kepada Onexox aku terlupa nak pergi update nombor telefon dekat ATM. Sebab pada masa itu aku tak boleh nak dapat TAC untuk urusan Online Banking.

Tetapi itu perkara kecil sahaja. Sebab TIGA masalah utama aku tadi sudah selesai.

Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Dalam kesempatan ini, biarlah aku bongkarkan pengalaman bersama Onexox yang membuat aku terus kekal bersama simkad terbaik ini.

Sebab utama sudah tentulah jimat. Apa benda pun kita nak belanja hari ini yang kita utamakan adalah penjimatan, dan itu yang ada pada Onexox.

Kedua apa yang sering kita mahukan adalah kelebihan buat pengguna. Kita sebagai pengguna sudah semestinya mahukan apa-apa ganjaran atau tawaran yang bagus untuk kita. Sebab kita keluarkan duit.



Pakej Internet ONEXOX Berkelajuan Tinggi

Salah satu kelebihan Onexox adalah pakej internet berkelajuan tinggi. Kalau nak layan video dekat youtube memang lancar.

Malah ada juga pakej data internet yang jimat bagi aku. Sebab setakat ini tak ada lagi telco yang buat pakej sama macam Onexox iaitu pakej internet 1.5 GB, dengan harga cuma RM 29.90/sebulan.

Aku memang akan melanggan pakej internet ini, memang sudah cukup untuk aku guna selama sebulan. Lagipun dekat rumah aku ada wifi.

MNP Nombor Lama, Tempoh Sah Sehingga 28 Bulan

Macam aku cakap tadi, sebelum ini pengguna simkad telco lain. Selepas itu aku bertukar kepada telco ONEXOX. Sebab masih sayangkan nombor telefon lama aku, jadi aku pilih untuk MNP.

Lagi satu sebab utama kenapa aku pilih untuk MNP, kekalkan nombor lama aku adalah kerana tempoh sah kedit akaun aku akan dilanjutkan sehingga 28 bulan.

Bukan itu sahaja, setiap kali aku topup tempoh sah akan dilanjutkan lagi. Jika aku topup RM10 maka akan bertambah lagi 10 hari tempah sah.

Jadi walaupun aku tidak topup bulan depan, aku tidak lagi risau akan tarikh luput setiap bulan.

Kepada mereka yang tak mahu MNP, jangan risau, anda juga boleh menikmati tempah saha dilanjutkan sehingga 28 bulan. Dengan syarat anda perlu tambah nilai sekaligus rm50 dalam masa 30 hari selepas pengaktifan nombor baru.

Untung bukan?

Liputan Talian Yang Meluas

Dan juga coverage Onexox juga cukup meluas, setakat ini aku masih belum ada masalah dengan liputan talian, di setiap tempat yang aku pergi.

Jadi tak perlu risaukan soal tak ada line kalau dengan Onexox, kalau dah pendalaman sangat memanglah. Dekat kampung aku pun ada line Onexox ni, jadi aku memang tak pernah risau pasal hal ini.

Menjana Keuntungan, User Get User (UGU)

Satu lagi kelebihan simkad ONEXOX ini adalah anda boleh berjimat sambil menjana duit secara mudah.

Caranya cukup mudah, anada cuma perlu membawa kawan-kawan, datang bawa dokumen pengenalan terus pergi kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.

Pastikan pengedar tadi masukkan nombor telefon anda ketika proses pendaftaran.

Ganjarannya, anda akan dapar 6% daripada nilai topup kawan anda tadi.


Kelebihan Simkad ONEXOX Yang Lain

Ada banyak lagi kelebihan simkad Onexox ini, pengalaman aku semasa menggunakan simkad lama adalah seringkali kredit aku kena tolak. Aku pun tak pasti kenapa, seminggu dalam RM 1 - RM 2 kerdit hilang, walaupun aku tak melanggan apa-apa promo daripada SMS.

Tapi dengan simkad Onexox, jiwa sangat tenang sebab aku dah tak lagi terima SMS mengarut suruh langgan itu langgan ini, kredit pula tak pernah lagi kena potong tanpa pengetahuan aku.

Onexox menawarkan caj 7 sen untuk panggilan sesama Onexox. Manakala caj 6 sen untuk panggilan dalam senarai Family & Friends dan untuk lain-lain telco caj panggilan adalah 9 sen.

Family & Friends ini membolehkan anda mendaftar 10 nombor favourite untuk semua telco.

Ganjaran 150 SMS percuma untuk sesama rangkaian diberikan setiap bulan, setahun jadi 1800 SMS percuma diberikan. Zaman sekarang rasanya keperluan SMS tidaklah sama seperti dahulu yang aman kini ramai orang lebih suka menggunakan Whatsapp dan sebagainya.

Pelan internet yang murah dengan kadar kelajuan yang tinggi serta liputan yang meluas. Dan tiada juga Pay-Per-Used yang sering menjadi jerat kepada pengguna apabila lupa untuk melanggan Plan Internet.

Dalam pada itu Onexox ini diusahakan oleh 100% milik Bumiputera.


Jadi apa kita nak tunggu lagi, jom rasai pengalaman bersama Onexox.

Jom dapatkan simkad ONEXOX sekarang --->> Klik Sini


Penaja Contest SEO OneXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Share this:

Disqus Comments