blogger lelaki logo

Belajar Membaca Alquran dengan Iqra' Bina

7 Komen
Proses belajar membaca Al-Quran kini lebih mudah dan cepat dengan adanya Iqra' Bina. Dengan set lengkap alat bantuan pembelajaran dan mengajar Al-Quran ini dengan menggunakan pen digital.

Didatangkan dalam set pembelajaran ini adalah panduan pembelajaran daripada peringkat asas mengenal huruf dan membaca dengan betul, membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul serta juga panduan asas tarannum.

Belajar Membaca Alquran

Produk ini amat sesuai untuk para ibubapa yang inginkan panduan pembelajaran asas bacaan Al-Quran kepada anak-anak diperingkat awal. Selain itu sahaja Iqra' Bina ini juga sesuai sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur yang ingin bersungguh-sungguh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.

Ya, memang kita kena belajar membaca Al-Quran perlu ada guru. Set Iqra' Bina ini kita jadikan alat bantuan mengajar dirumah supaya anak-anak kita lebih cepat mahir dan menguasai bacaan Al-Quran. Mula-mula kita ajar kita guna set Iqra' Bina ini, kemudian selepas itu kita hantar anak kita untuk belajar dan perbaiki dengan guru Al-Quran.

Konsep pembelajaran menggunakan Iqra' Bina ini menggunakan kaedah melihat, mendengar dan menyebut/membaca. Dengan bantuan alat digital juga kita boleh mendengar bacaan ayat yang kita ingin belajar berulang kali.

Proses pembelajaran menjadi interaktif, mungkin akan menarik minat anak kita lebih lagi untuk istiqomah belajar membaca Al-Quran.

Lagipun dengan Iqra' Bina proses pembelajaran membaca Al-Quran boleh dilakukan dimana-mana asalkan kita rasa sesuai, kerana ia mudah dibawa kemana sahaja.

Proses Belajar Membaca Al-Quran Dengan Iqra' Bina

Bahan bantuan belajar dan mengajar ini telah disusun elok dengan dibahagi kepada 3 peringkat.

Peringkat Pertama adalah bab pengenalan huruf-huruf hijaiyyah sehingga membentuk kalimah. Akan berikan penekanan kaedah membunyikan baris yang betul dan tepat seperti yang terdapat didalam Al-Quran Rasm Uthmani.

Pada peringkat kedua pula adalah bab pengenalan hukum-hukum tajwid dengan ta'rif yang mudah serta ringkas untuk fahami namum berkesan untuk menguasai baccan Al-Quran dengan tajwid yang betul.

Dan akhir sekali, peringkat ketiga masuk pula bab pengenalan asas ilmu tarannum secara Murattal dan Mujawwa. Bab ini untuk untuk mereka yang telah mahir 2 peringkat yang sebelumnya. Dan juga diberikan panduan khatam Al-Quran.

Set Lengkap Pembelajaran Membaca Al-Quran

Belajar Membaca Alquran

Didalam set pembelajaran ini anda akan disediakan dengan 10 jilid buku serta Pen Digital.

Dimana 10 jilid buku tadi pula dibahagian mengikut bab supaya proses pembelajaran teratur dan lebih memudahkan untuk kita cepat menguasai membaca Al-Quran.

Antara yang terkandung di dalam 10 jilid buku itu adalah :
  1. Mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah ( Jilid 1,2 dan 3 )
  2. Rumusan tajwid
  3. Panduan bertarranum secara Murattal
  4. Riwayat Hafs An Asim & Toriq Syatibiyah
  5. Terjemahan surah-surah pilihan
  6. Asas tarannum
  7. Panduan khatam Al-Quran
  8. Surah Yasin & terjemahan

Pen digital pula akan mengandungi bacaan Al-Quran daripada A.F Tuan Hj. Radzi Bin Kamarul Hailan yang merupakan johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2000 dan 2004.

Dengan pen digital juga kita boleh membuat rakaman bacaan kita untuk diperdengarkan balik agar kita dapat membetulkan bacaan kita.

Video Ringkas Tentang Iqra' Bina

Sila tonton video dibawah ini untuk dapat penjelasan lebih jelas tentang penggunaan Iqra' Bina ini.



Testimoni Pengguna Iqra' Bina

Berikut pula beberapa testimoni atau komen mereka yang telah menggunakan Iqra' Bina untuk mengajar dan belajar membaca Al-Quran. Semuanya memberikan komen yang positif.

testimoni belajar membaca alquran dengan iqra bina testimoni belajar membaca alquran dengan iqra bina

testimoni belajar membaca alquran dengan iqra bina testimoni belajar membaca alquran dengan iqra bina




Sila hubungi Iqra' Bina untuk TEMPAHAN dan juga untuk dapatkan maklumat lanjut:

Website : www.iqrabina.com 
Instagram : https://instagram.com/iqrabina/
Youtube : Iqra' Bina
Facebook : https://www.facebook.com/iqrabinaofficial

Hubungi / WhatsApp : 0132519071 & 0195711985

Alamat Pejabat : No 12A & 12A-1, Jln Rampai Niaga 2, Rampai Business Park 53300 Kuala Lumpur

Disamping itu pihak Iqra' Bina juga membuka peluang kepada mereka yang berminat hendak mencari duit sampingan dengan mendaftar sebagai agen atau stokis. Sila hubungi pihak Iqra' Bina untuk maklumat lanjut.



7 Komen untuk "Belajar Membaca Alquran dengan Iqra' Bina"

avatar

makin byk bantuan utk anak2 kite..alhamdulillah

avatar

Alhamdulillah BL semakin memudahkan dengan adanya iqra bina ini..

avatar

wah bagus nie..sebagai alat bantu..namun belajar dengan guru tetap terbaik

avatar

wah ada alat bantu buat belajar, semoga makin banyak hafiz quran. makasi dah sharing ya

avatar

Produk yang bagus

avatar

zaman aku dulu nak mengaji, kena jalan kaki pergi rumah ustaz, dah lah jauh , ngaji malam, jalan sorang-sorang fuhhh memang cabaran.

Untungla anak-anak zaman sekarang

avatar

Terima kasih atas perkongsian

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.