blogger lelaki logo

Selamat Hari Raya AidilAdha 1436 H ( 2015 M )

3 Komen
BlogerLelaki.com pada kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 1436 H (2015). Ada orang sebut hari raya haji, ada juga yang panggil hari raya korban, kalau 'orang putih' dia panggil Eid Al-Adha.

Selamat Hari Raya AidilAdha 1436 H ( 2015 M )

Seperti biasa, setiap tahun takkan tertangguh atau terlewat pada tanggal 10 Zulhijjah akan tetap dirai oleh seluruh umat Islam sebagai salah satu hari perayaan yang besar selain daripada Hari Raya Aidil Fitri.

Ada orang yang meraikan hari ini seteleh mereka berjaya menunaikan ibadah haji. Satu kemenangan yang besar, setiap umat Islam sudah pastinya bercita-cita ingin menunaikan ibadah haji dengan sempurna.

Namum tahun ini, tragedi tak disangka berlaku di Masjidil Haram. Tragedi kren tumbang akbat ribut pasir telah meragut korban yang melibatkan 7 jemaah haji daripada Malaysia. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Bagi mereka yang menlaksanakan ibadah korban pula, sudah semestinya mahu mempersembahkan hadiah yang terbaik yang mampu di persembahkan bukan untuk manusia tetapi untuk Allah S.W.T.

Itulah hakikat ibadah qurban. Bukan gemuk atau kurus lembu diambil kira, bukannya banyak atau sikit daging menjadi ukuran atau mahal atau murah nilai binatang korban menjadi hitungan. 

Ingatlah ibadah yang terbaik adalah kerna keikhlasan hasil daripada ketaqwaan yang mendalam kepada Allah S.W.T. Semoga setiap amalan kita akan diterima sebaiknya untuk dijadika bekalan kita kelak.

3 Komen untuk "Selamat Hari Raya AidilAdha 1436 H ( 2015 M )"

avatar

salam aidiladha.. :)

avatar

salam aidiladha kepada semua muslim

avatar

Masih tak terlewat kan... Selamat menyambut Aidiladha walaupun hanya di perantauan. Itu pun satu pengorbanan, bro!

p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah dipilih tersenarai di My Bloglist. :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.