blogger lelaki logo

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

6 Komen
Sebelum ada yang kini, sudah tentunya ada asal yang lama. Begitulah juga kisahnya dengan tapak berdirinya mercu tanda pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, sebelum megahnya berdiri Menara Berkembar Petronas pada suatu masa dahulu di sini adalah tapak padang lumba kuda (Selangor Turf Club).

Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Pada 1 Mac 1993, menjadi sejarah buat negara apabila kerja-kerja mengali lubang diatas bekas padang lumba kuda ini bermula. Lebih kurang 500 buat trak mengangkut tanah keluar masuk siang dan malam, kerja mengorek tanah sehingga sedalam 30 meter (98 kaki) untuk dijadikan tapak yang kukuh buat KLCC.

Maka lenyaplah lagenda kelab lumba kuda, dan gah bangkit berdirinya Menara Berkembar Petronas yang pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia daripada tahun tahun 1998 hingga 2004. Walaupun kini tak lagi menjadi bangunan yang tertinggi, namum masih berbangga dengan rekod bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

Setinggi-tinggi bangunan berkembar ini, kita dapat lihat bertapa tingginya cita-cita Tun M pada masa itu untuk memajukan Malaysia. Pada masa itu projek mega ini telah melonjakkan nama Malaysia di mata dunia. Kini sayup-sayup kita dapat lihat harapan itu tergantung di puncak 451.9 m daripada aras laut.

Sebelum kau melalut panjang, mari kita layan gambar-gambar lama sebelum KLCC mengambil alih tumpuan kawasan ini.

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina


Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina


Ini pula video kenangan padang lumba kuda pada era tahun 80-an, dimana band rock yang dikenali sebagai Kafilah pada masa itu telah membuat pengambaran untuk rancangan televisyen Muzik-Muzik '89.

 

Peristiwa Menarik di Menara Berkembar Petronas

1. Pada 15 April 1999, Felix Baumgartner telah mendakwa memegang rekod dunia bagi lompatan payung terjun dari bangunan apabila dia melompat daripada Menara Berkembar Petronas.

2. Pada 12 September 2001 pula kisah yang agak mengusarkan, terkesan daripada tragedi 11 September yang menyaksikan menara berkembar World Trade Center musnah. Beribu-ribu orang di Menara Berkembar Petronas terpaksa mengosongkan bangunan selepas mendapat satu panggilan ugutan bom palsu.

3. 4 November 2005 pada sebelah malam, satu kebakaran di kompleks pawagam di pusat membeli-belah KLCC dibahagian bawah Menara Berkembar. Tiada laporan kecederaan dicatat.

4. Kisah manusia yang tak muda berputus asa tercata pada tanggal 1 September 2009. Alain "Spiderman" Robert, seorang pemanjat bangunan yang terkenal berasal daripada Perancis telah berjaya memanjat hingga ke puncak Bangunan Berkembar Petronas dengan hanya menggunakan tangan dan kaki tanpa menggunakan apa-apa alat keselamatan. Ini adalah pada percubaan beliau kali yang ke-3 selepas di dua kali ditangkap oleh pihak berkuasa pada tahun 1997 dan 2007, yang menariknya beliau diberjaya ditangkap pada tingkat yang sama iaitu tingkat 60, tetapi di menara yang berlainan.

6 Komen untuk "Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina"

avatar

Salam Aidiladha sahabat... teringat tapak tu masa kecil2 kebetulan lalu tengah ada race kuda... masa tengah bina sekitar 1995, tiap2 petang lalu berulang alik dari kolej... nostalgia. Sekarang dah sarat kawasan tu kan... :D

avatar

Dulu lapang dan suasana nyaman tetapi sekarang sesak lagi menyesakkan.
Dulu lumba kuda tapi kini lumba bina bangunan tinggi... :)

avatar

sesuatu yang kita kena korbankan untuk pembangunan...harap anak cucu kita nanti takkan marahkan kita...hehehe

avatar

tempat berlumba kuda rupanya..

kawasan lapang, sekarang dah jam

avatar

hoho...

seronok plak baca kisah dulu-dulu nih..

avatar

Nostalgia betul bila tengok gambar-gambar lama ni. Generasi sekarang dah tak akan dapat tengok lagi pemandangan yang macam tu

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.