blogger lelaki logo

Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

12 Komen
Salam bulan kemerdekaan. Masih adakah orang merasakan semangat kemerdekaan yang berkobar-kobar apabila tibanya bulan Ogos? atau semuanya hanya mahu meraikan 31 haribulan Ogos sekadar sebagai hari cuti untuk berehat.
Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

Baiklah, aku bukan mahu menberi ceramah pasal sejarah, tapi ia ada kaitan dengan sejarah. Aku malas nak tulis pasal certia sejarah sebab tak ramai orang kita yang suka baca panjang-pajang pasal sejarah, mengantuk katanya.

Kalau ada yang rasa nak baca pasal sejarah boleh baca entri yang aku tulis tahun lalu, itupun kalau engkau orang belum baca dan ada niat nak baca...hehehe
  1. Perjuangan Tok Janggut
  2. Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57
  3. Sejarah Penampar Jepun
  4. Serangan Subuh 1981
  5. Pengorbanan Dalam Kenangan Lebuhraya Timur Barat
  6. Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

Kita juga tahu ada banyak filem patriotik yang pernah diterbitkan di negera kita, tak lain tujuannya adalah untuk memupuk semangat patriotik dikalangan rakyat agar terus mekar mencintai negara ini. Ada juga yang boleh dianggap sebagai agenda propaganda.

Antara filem patriotik yang popular adalah filem Sarjan Hassan yang lakonkan oleh legenda P.Ramlee. Filem ini telah ditayangkan pada 28 Ogos 1958. Mesti ramai yang ingat inilah filem berunsurkan patriotik yang pertama dihasilkan. Namum filem Sarjan Hassan ini adalah filem selepas kemerdekaan.

Sebenarnya sudah ada Filem Melayu yang berunsurkan patriotik pernah dihasilkan sebelum itu iaitu pada tahun 1947. Selepas perang dunia ke-2.

Filem tersebut berjudul Seruan Merdeka. Filem ini telah dibintangi oleh Salleh Ghany yang memegang watak Leftenan Rashid serta heroinnya Rokiah Hanaffi sebagai Zaharah.

Sinopsis filem Seruan Merdeka

filem seruan merdeka

Filem ini berlatar belakangkan kisah hidup dizaman pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua. Leftenan Rashid telah memimpin sepasukan gerila bagi melawan Jepun pada waktu itu.

Leftenan Rashid mengalas tugas di unit semboyan telah ditangkap kerana didapati menjadi perisik rahsia kepada pihak tentera Bersekutu. Kemudiannya dia berjaya melepaskan diri dan terus menjadi buruan.

Diselitkan juga kisah percintaan antara Leftenan Rashid dengan Zaharah di dalam filem ini.

Fakta Filem Seruan Merdeka

salleh ghany dan rokiah hanaffi

  1. Salleh Ghany dan Rokiah Hanaffi boleh dianggap sebagai hero dan heroin pertama filem Melayu selepaa tamatnya perang dunia ke-2. 
  2. Salleh Ghany meninggal dunia pada 28 Ogos 1986 di Kuala Lumpur manakala Rokiah Hanaffi pula meninggal dunia di Singapura pada 5 Julai 1994.
  3. Inilah satu-satunya filem keluaran Malayan Arts Productions.
  4. Filem ini juga sebenarnya diadaptasi daripada novel yang berjuga berjudul 'Seruan Merdeka' yang diterbitkan oleh Sentosa Press pada tahun 1947.
  5. Fielm ini telah ditayangkan buat pertama kalinya pada 16 Ogos 1947 di Queen Theatre Geylang. dan kemudiannya ditayangkan serentak di di Broadway, Johor Bahru dan Windsor, Pulau Pinang. 


Produksi : MALAYAN ARTS PRODUCTIONS
Produser : S.M.A.H. CHISHTY
Pengarah : B.S. RAJHANS
Jurugambar : TSIU MENG CHIN
Cerita : SALLEH GHANY
Pelakon : SALLEH GHANY (Salleh Ghani) ROKIAH HANAFFI (Rokiah Wandah) SYED ALI AL-ATTAS BACHTIAR EFFENDI SUHARA EFFENDI D. HARRIS SITI TG. PERAK JAFFAR WIRYO JOHAR P.S. GOH MOHAMMAD PILUS HENG GEOK CHEE LAILA
Mula ditayangkan : 16 OGOS 1947
Masa tayangan : TIDAK DIKETAHUI 

Namum sayang beribu kali sayang, filem ini mungkin kita takkan dapat menontonnya lagi. Sebab buat masa ini filem ini tiada dalam simpana rekod mana-mana pihak.

Walaupun aku tidak pernah menonton filem ini, tapi aku dapat mengagak kenapa filem ini tidak disimpan atau ia mungkin telah dimusnahkan/disembunyikan...jeng..jeng..jeng

Untuk baca lebih lanjut pasal filem Seruan Merdeka ini, anda boleh pergi ke blog Filem Klasik Melayu dan juga di Lagenda Filem Melayu.

12 Komen untuk "Filem Patriotik Melayu Yang Pertama"

avatar

Mesti ada unsur 'motivasi' yang mendalam dalam cerita ni yang dikhuatiri akan membangkitkan semangat anak muda hari ni kan? hehehehe

avatar

Memang terbaek lah. Sayangnya kita tak dapat tengok ceritanya. Huhu. Dulu masa sekolah tak minat sejarah. la ni dah tua-tua sangat minat nak tau pasal sejarah. Ada masa nanti saya baca artikel sejarah yang tuan tulis.

avatar

uiks. pelik betul tak ada di simpan mana mana pihak.

aku suka cerita lama lama sebab penyampaian mesej lebih genuine tanpa fikirkan keuntungan semata mata

avatar

huhu.. baik untuk kita semua dalam menilai semula atok moyang kita dalam mempertahankan Melayu...

avatar

mungkin sebab tak lawak macam p ramlee

avatar

Takda simpanan? Sayangnya..kalau tak boleh jadi nilai sejarah

avatar

baru tahu rupanya ada filem pertama yang lain. tq bagi info..tapi kenapa tak ada salinan filem ini ye..Teringin jugak nak tengok..

avatar

Sayangnya, kalau ada simpanan lagi, boleh tengok cerita ni untuk generasi sekarang

avatar

Sayang kalau filem lama dimusnahkan. Rugi sangat.

avatar

Mungkin kah sebenarnya cerita ini dah kena gam ni

avatar

Baru tahu ada lagi filem patriotik yang tak pernah ditonton

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.