Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tips Berjimat : Hari Raya Jangan Balik Kampung

Salam Ramadhan, sedar tak sedar tak dah separuh perjalanan puasa kita tahun ini. Apabila sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan, dah menjadi tradisi lagu-lagu raya akan mula kedengaran di corong radio. Dan pasti takkan terlepas akan turut diputarkan lagu nyanyian Sudirman - Balik Kampung.

Apabila dengar lagu ini, masing-masing sudah mula ambil 'mood' raya, semua dah rasa  bergelojak gelora ingin pulang ke kampung halaman. Maklumlah mungkin ada yang tinggal berjauhan, jarang-jarang sekali dapat pulang ke kampung bertemu mata dengan ahli keluarga tersayang.

Jangan Balik Kampung

Aku sebenarnya nak tergelak besar apabila melihat satu wawancara dikaca televisyen yang menjadi viral sekarang di laman sosial.

"Cuba sekali tahun nie kita jangan balik kampung..."

Katanya seorang professor,  'pakar kewangan' itu ada berikan saranan jika kita mahu berjimat jangan balik kampung, sebab harga minyak dah naik, nak bayar tol lagi, belum tolak campur persiapan baju raya, kuih muih, anak-anak suadara pula duk tadah tangan nak minta duit raya.

Rabak poket, kering gusi tak sampai raya ketiga la jawabnya.

Sekali dengar memang buat berderau darah aku, tapi lebih baik kita ambil dari sudut yang positif. Ada betulnya cadangan atau nasihat prof ini. Memang kita akan guna banyak duit apabila balik kampung. Duit minyak, duit tol, nak servis kereta, dan macam-macma kos sampingan yang lain.

Tips Berjimat : Hari Raya Jangan Balik Kampung

Jadi macam mana kita nak berjimat? Takkanlah kita nak jadi lurus bendul ikut cakap prof tadi, dah tak cukup duit tak payah baik kampung la kita. Tak payahlah jumpa mak ayah kita.


1. Pada pendapat aku, jika kita rasa 'balik kampung' itu membebankan ekonomi kita, sudah tiba masanya kita ambil langkah terbaik iaitu menabung.

Simpan duit yang secukupnya beberapa bulan sebelum tiba hari raya. Kiranya ini kita anggap sebagai simpanan jangka pendek kita. Apabila tiba musim raya, jadi kita takkan rasa terbeban. Nak balik kampung duit kita simpan sudah ada untuk menampung kos unutk kita belanjakan ketika balik kampung.


2. Kalau korang rasa malas nak menabung, altenatif lain adlaah kita kena cari duit lebih di bulan puasa. Sebab kita tiada alasan untuk mencari duit lebih, segala kemudahan kita ada. Dah ramai orang buat duit secara online. Orang lain boleh buat takkan kita tak boleh buat.

Jadi jawapan dia, kalau tak nak menabung, kita kena cari duit lebih agar perbelanjaan kita tidak tersekat di skala 6, menyebabkan kita tak boleh balik kampung.


Mungkin ini cadangan tak seberapa yang aku boleh kongsikan, tapi percayalah ini sedikit akan membantu kita dalam merancang kewangan kita. Mungkin kepada mereka yang 'ada-ada' tak menjadi masalah soal perbelanjaan nak balik kampung, tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah ia mungkin sedikit sebanyak menjadi beban.

Lagipun aku rasa 'balik kampung' sudah menjadi tradisi masyarakat kita saban tahun, tak meriah raya rasanya kalau tak balik kampung.

Takkan kita nak hapuskan tradisi ini disebbkan kekangan ekonomi. Lagipun ini adalh amalan mulia, kita dapat mengeratkan silaturahim, balik menatap wajah mak ayah kita, saling menziarahi ahli keluarga yang lama tak jumpa.

Jom Layan Lagu Balik Kampung, biar sejuk sikit hati kit ayang tengah marah tue, tak baik marah-marah inikan puasa.

 

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail