blogger lelaki logo

Isu Bauksit Di Kuantan

28 Komen
Sejak kebelakangan ini, pengeluaran bauksit di kawasan Kuantan meningkat dengan mendadak. Dan ia menjadi isu panas bagi penduduk setempat yang terkena tempiasnya secara langsung, terutama bagi penduduk di RTP Bukit Goh, Kuantan.

Isu Bauksit Di Kuantan

Bukan kita nak salahkan bauksit, sebab bauksit ini adalah antara bahan utama untuk hasilkan pelbagai barangan dan produk yang kita gunapakai setiap hari. Bauksit adalah bahan mentah untuk menhasilkan aluminium. Pada sebuah kereta kita hari ini paling kurang pun diperbuat daripada 160kg aluminium. Belum cerita barangan lain yang turut dihasilkan menggunakan aluminium.

Boleh dikatakan permintaan terhadap bauksit ini sentiasa ada sebab manusia memerlukan aluminium terus menghasilkan pelbagai produk.

Bauksit yang ditarah di Kuantan akan dieksport ke China. Antara negara lain yang turut membekalan bauksit ke China adalah Indonesia, Australia dan India.

Pada tahun 2014, Indonesia telah menghentikan pengeluaran eksport bauksit dan nikel ke negara China. Akibatnya bekalan bahan mentah untuk memenuhi permintaan aluminium berkurangan.

Antara sebab itulah juga, pengeluaran bauksit di Malaysia pula meningkat secara mendadak. Pada tahun 2013, China cuma mengimport 208,770 tan bauksit daripada Malaysia. Dan jauh berbeza pada tahun 2014, jumlah pengimportan tersebut meningkat lebih 400% menjadikan semuanya berjumlah 962,799 tan.

Jika dahulu antara pusat pengeluaran bauksit yang utama Di Malaysia adalah di kawasan Pengerang, Johor. Kini Bukit Goh, Kuantan serta kawasan sekitar pula menjadi antara pengeluar bauksit yang berskala besar juga.

Isu Bauksit Menjadi Parah Kepada Penduduk Kuantan

Pencemaran

Untuk menhasilkan 1 tan aluminium, ia memerlukan 4 atau 5 tan bauksit. Semasa kerja melombong bauksit pula akan menghasilkan 10 tan sisa batu serta  3 tan lumpur merah bertoksik.

Jadi daripada hasil itu kita boleh nampak berapa banyak pencemaran yang akan terhasil kesan daripada aktiviti perlombongan bauksit ini.

Kini pun sudah boleh dilihat kesannya, selain kawasan perlombongan yang sudah dirobek buminya. Kawasan sungai mulai mengalir kemerahan hingga membawa ke persisiran pantai.

Selain itu, ada juga kawasan kediaman yang terlibat menjadi laluan mengangkut bauksit. Akibatnya kawasan tersebut menjadi berdebu.

Akibat daripada pelombongan bauksit yang tidak terkawal akan menyebabkan pencemaran udara, pencemaran air serta boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada masyarakat disekitar.

Dalam satu kajian penyelidik Australia menyatakan lumpur merah bauksit boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Selain itu bahan Hidrosida Natrium (NaOH) yang terkandung dalam lumpur merah bauksit adalah berbahaya kepada manusia. Jika bahan ini terkena secara lansung kepada manusia boleh mengakibatkan kerengsaan kulit, radang pernafasan.

sumber : http://www.vlink.com/socialissues


Masalah Lalu Lintas dan Kemalangan

Menurut pihak yang bertanggungjawab, antara 2 April hingga 23 Mei lebih kurang 43,278 buah lori telah di periksa. Dan sebanyak 1,134 buah lori telah disita. Malah telah menghasilkan kutipan kompaun kesalahan yang dilakukan sehingga berjumlah RM 2.1 juta.

Disebabkan jumlah lori yang terlalu banyak, skala penguatkuasaan dilihat kurang berkesan. Mungkin anggota pihak berkuasa tidak mencukupi untuk memantau keadaan.

Sering dilihat lori-lori yang mengangkut bauksit melakukan kesalahan di jalan raya seperti :-

a) Membawa dan mengisi muatan secara berlebihan, sehingga boleh menganggu pemandu kenderaan yang lain. Kerana apabila bauksit diisi secara berlebihan banyak tumpahan bauksit ke atas jalan raya dan jalan menjadi kotor.

Jalan jadi berdebu apabila musim panas, dan berselut pada musim hujan.

Malah ada batu yang jatuh ke boleh terkena cermin kenderaan yang berada di belakan.

b) Lori yang tidak mengikut peraturan jalan raya, yang sering aku lihat adalah lori membuang pusing U (U-turn) di tempat yang tidak dibenarkan kepada kenderaan berat membuat pusingan U. Akibatnya akan menganggu pengguna jalan raya yang lain.

Ada juga lori yang dipandu dengan laju, terutama lori yang sudah kosong dengan muatan selepas bauksit di tuang di perlabuhan.

Ada disesetengah kawasan telah menyebabkan kesesakan lalulintas kepada penduduk setempat.

c) Munkgin ini isunya kecil, tapi macam mana penguatkuasaan hendak dijalankan jika ada sesetengah lori yang kotor sehingga no plate lori tersebut tidak nampak. Jika berlaku kemalangan, macam mana mangsa hendak membuat aduan kepada pihak polis.

Gambar Kesan Aktiviti Perlombongan Di Kuantan

Ini adalah gambar-gambar yang aku perolehi daripada kawan-kawan yang post di Group Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM).

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Isu Bauksit Di Kuantan

Pada aku aktiviti perlombongan bauksit ini tak salah, sebab ini juga menjadi salah satu sumber pendapatan kepada negeri ini serta menjadi sumber pendapatan bagi orang kita mencari rezeki. Cuma cara perlaksanaannya perlu mengikut prosedur yang betul agar tidak menganggu penduduk serta mengakibatkan masalah pencemaran yang teruk.

Diharap aktiviti kerja perlombongan bauksit ini dijalankan tidak terlampau gelojoh. Kini dapat kita lihat ia dilakukan secara besar-besaran, sudah pasti tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat.

Jangan hanya fikirkan keuntungan semata-mata fikirkan juga akibat yang akan berlaku nanti, apabila bumi dinodai dengan nafsu serakah pasti akan ada balasannya kelak.

28 Komen untuk "Isu Bauksit Di Kuantan"

avatar

Dari gambar nya udah jelas sangat merusak Alam
mampir di blog saya
http://situsmovies.blogspot.com
Blog download drama korea terbaik dengan size kecil tapi kualitas gambar HDTV

avatar

Sampai macam tu sekali warna kereta diselaputi tanah merah...macamanalah mereka bernafas dengan udara macam tu

avatar

Tak boleh bayangkan duduk dalam pencemaran udara yang berwarna merah. Sememangnya perlu diambil tindakan agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain

avatar

Mana pihak yang berwajib untuk memantu perkara ini...

avatar

Mana pihak yang berwajib untuk memantu perkara ini...

avatar

dahsyat.. macamanalah penduduk sana bernafas..

avatar

Bahaya bauksit kepada manusia

avatar

tangkap kepala bos dia. tangkap orang kecik ni..tak ke mana punya.

avatar

Mmg bhaya... Rumah sy,satu hari berpuluh Lori yg melintas.Mereka kejar trip...laju pula tu bawak. Sudah tidak selamat anak2 nak bermain diluar skrg

avatar

Assallammualaikum salam ukhuwah dari Indonesia..

avatar

Teruknya situasi kat sana. JAS kena pantau nie...

avatar

baru saya tahu tentang isu bauksit nih..... teruk betul kesannya... patutlah ramai orang yang marah....

avatar

pertambangan jka tidak dikelola dengan bijak lebih bnayak menghasilkan derita bagi penduduk lokal sekitar lokasi pertambangan

avatar

Begitu teruk sekali kesan yang dihasilkan dari perlombongan bauksit...Cuma tak diwar warkan oleh media massa.

avatar

Teropong kuman kat lautan, gajah depan mata tak nampak,
benda besar macam ni yang jelas memudaratkan orang tak bersalah, xnak diambil tindakan.
benda yang kecil yang sibuk nak diusik mereka.

avatar

Nasib org kuantan..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

avatar

kerana ketamakan pihak yg ada kuasa, rakyat marhaen yang menjadi mangsa...

avatar

Siannya lah penduduk setempat. Sistem pengurusan dia ni yang bermasalah dan tak teratur.. Kene kaji semula sepatutnya dari segi pengurusan untuk menjaga kepentingan semua pihak..

avatar

Ya inilah permandangan keadaan di sana. Saya tau kerana rumah mertua berhampiran dengan bukit goh. Banyak pro & cons nye isu bauksit ni. Pro : org kampung dpt byk peluang pekerjaan. Cons : yg terjejas dr segi kesihatan akibat pencemaran juga org kampung. Tokey eksport bauksit tak terjejas ape2 pon!!! Jemput singgah : http://mamaolin.blogspot.my

avatar

fuyooo... selamba je lombong. x peduli org dah. mayb klw saman 1-2 juta pun boleh bayar. nnti siapa nk baikpulih ni/// kesian penduduk terlibat. KESIHATAN, KEROSAKAN HARTA BENDA, KETENTERAMAN TERGANGGU. mayb klw negara maju celik undang2... sia2 je kena SAMAN dengan org awam.

avatar

SAngat. air laut pun dah warna merah. sian anak-anak tak dapat mandi laut. kang mcm2 penyakit pulak yg jadi

avatar

Saya nak Tanya...DOE buat apa? DOSH buat apa? SPAN buat apa? PDRM buat apa?? Tp apa yg dilihat... Ini lebih melibatkan DOE dan DOSH.. Dia agensi yg memantau isu keselamatan, kesihatan dan Alam sekitar...setakat menyaman Itu bukan penyelesaian.. Apa tindakan prokaktif dr mereka? Kalau industrial lain buat sure dh kena ttup premises...sekadar luahan.. Mungkin ada yg Sudi menjawap

avatar

yang menjadi isu adalah siapa penaung kepada semua projek2 ini bro...kuat kabel depa bro

avatar

alhamdulillah, jumpa blog saudara...sy tgh mencari isi mengenai bauksit...sy meminta halal ilmu yg saudara share disini utk digunakan pada Interview sy akan dtg...doakan sy..terima kasih skali lahi...:)

avatar

sangat merusak alam, dan mencemari lingkungan, peringatan untuk penduduk stempat. pemerintah harus cepat tanggap akan ini semua..

avatar

salam kak nor azlina nak tanya nama kawasan tempat duduk kak nor bagi membantu kajian tesis saya, terima kasih.

avatar

salam, kalau nak contact kak nor... boleh cuba hubungi dia facebook https://www.facebook.com/ina.norazlina

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.