Terima Kasih Blogr.My : Hadiah Kontest Teroka Perspektif

Terima Kasih Blogr.My : Hadiah Kontest Teroka Perspektif

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan. Hadiah Kontest Teroka Perspektif dah selamat aku terima, kiranya hadiah ini duit raya daripada Blogr.My untuk aku dan seisi keluarga.

Terima Kasih Blogr.My : Hadiah Kontest Teroka Perspektif

Rasanya korang mesti tahukan apa itu Blogr. Bagi mereka yang ada blog laman ini sudah tidak asing lagi sebab inilah salah satu tempat yang praktikal untuk para blogger 'ping' entri terbaru mereka.

Dan memang menjadi tabiat aku juga apabila siap entri baru terus ping dekat Blogr.my, dan inilah satu-satunya laman ping tempatan yang aku guna setakat ini. Kalau yang luar negara aku selalu guna Pingler.

Terima Kasih Blogr.My : Hadiah Kontest Teroka Perspektif

Cerita pasal hadiah tadi ada hadiah sampingan iaitu tajaan Momenthis Still & Motion berupa Baucer fotografi dan videografi perkahwinan bernilai RM500. Hampeh, aku yakin memang bini aku takkan kasi punya aku kahwin satu lagi. Jadi, aku takkan dapat guna baucer ini. Kepada pembaca aku yang berminat nak guna baucher ini boleh pm aku.

Satu lagi hadiahnya adalah berupa Penginapan percuma selama satu (1) malam Deluxe Queen dan sarapan untuk dua (2) orang di Bustani Hotel, Jitra, Kedah. Rasanya memang jauh aku nak pergi bercuti ke Kedah dalam masa terdekat ini. Sekali lagi kepada mereka yang duduk dekat Kedah atau ada perancangan nak bercuti di Kedah, boleh pm aku untuk dapatkan baucer hotel ini.

Dan hadiah terakhir pula adalah t-shirt Blogr.my. Hadiah ini aku takkan kasi free punya, jadi jangan pm nak tanya pasal tshirt ini. Aku dah lama mengidam nak pakai t-shirt Blogr ni sejak tengok bro Maha dan Bro Framestone pakai t-shirt ni.

Akhir kata terima kasih buat Blogr.My yang sudi menganjurkan kontest gempak ini, dan tak lupa kepada penaja lain. Semoga kalian terus maju di masa akan datang.

Share this:

Disqus Comments