Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Melalui e-Qurban

Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Melalui e-Qurban

Zaman kini serba canggih, semua perkara kita boleh lakukan secara online. Teknologi serba canggih dan pantas. Semuanya dihujung jari kita, jika perkara kebaikkan yang kita lakukan sesungguhnya ia takkan sia-sia.

Jika kita sudah terbiasa dengan membeli belah secara online, maka rasanya kita juga akan takkan kekok untuk melaksanakan ibadah sunat secara online juga.

qurban aqiqah di kemboja equrban

Antara ibadah sunat yang boleh kita lakukan secara online adalah ibadah qurban dan juga aqiqah. Ibadah qurban dan aqiqah itu sendiri adalah salah satu ibadah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam.

Kepada yang masih belum tahu, melalui E-Qurban kita boleh membuat tempahan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah. Anda boleh memilih samaada untuk membuat tempahan bahagian daging lembu atau kambing.

Ya, semuanya boleh dilakukan secara online, semuanya dihujung jari kita.

Qurban & Aqiqah Lebih Mudah Melalui e-Qurban

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U) sudah beroperasi sejak 10 Oktober 2008, mereka cukup berpengalaman dalam menguruskan amanah dalam melaksanakan sembelihan dan membuat agihan daging qurban dan aqiqah.

Dibawah kendalian eQurban Resources, segala urusan dilakukan secara sistematik. Malah pembahagian daging qurban dan aqiqah sampai kepada golongan sasar yang memang sangat memerlukan bantuan, terutamanya masyarakat Islam di Kemboja.

Selain daripada Kemboja ada juga lembu dari negara seperti Bangladesh, Kazakhstan, Filipina, Turkimenistan, Tajikistan, Kyrgzstan, Mongolia dan Thailand. Manakala bagi kambing pula dari negara Kemboja, Filipina dan Indonesia.


Bagi anda yang ingin melakukan aqiqah untuk anak anda, tempahan untuk aqiqah dibuka sepanjang tahun. Selepas kita membuat tempahan, pihak e-Qurban akan menjalankan sembelihan lembu atau kambing bagi pihak diri kita dalam masa 60 hari.

Begitu juga kepada yang berniat untuk melakukan ibadah qurban, anda boleh membuat tempahan bila-bila masa sebelum menjelangnya Hari Raya Qurban.

  • Harga satu bahagian lembu adalah RM295. 
  • Harga untuk seekor kambing qurban adalah RM550.

Ini juga adalah salah satu usaha murni bagi membantu meningkatkan sosio ekonomi umat Islam di Kemboja dan juga di beberapa tempat lain yang lebih memerlukan sumbangan ikhlas daripada golongan kita yang mampu ini.

tempahan e-qurban aqiqah
Klik banner ini untuk membuat tempahan.

Share this:

Disqus Comments