blogger lelaki logo

Sakit Lutut

43 Komen
Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.

Lutut adalah merupakan sendi yang menjadi penghubung antara paha dan kaki serta ia ada dua persendian, iaitu :-
Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

sakit lutut


Apakah simptom atau tanda-tanda sakit lutut?

Simptom setiap orang mungkin berbeza bergantung kepada struktur badan yang terlibat. Ada yang selaput di tulang rawan sudah kering, meniskus koyak, lutut bengkak atau patah/retak tulang. Kesan sakit sendi lutut adalah berbeza-beza, ada orang cuma mendapat sakit ringan, ada juga yang mendapat sakit yang teruk dan ada peringkat yang boleh membawa kepada kelumpuhan,

Antara gejala atau simptom lain adalah:-
  • Kesukaran berjalan kaki akibat daripada ketidakstabilan lutut. 
  • Tempang kerana merasa tidak selesa. 
  • Tidak mampu membengkokkan lutut. 
  • Kemerahan dan bengkak.

Sakit lutut boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama.

  1. Kecederaan akut - seperti patah tulang, ligamen koyak.
  2. Keadaan Perubatan - artritis, jangkitan.
  3. Keadaan Kronik - Osteoartritis, sindrom patella, teninitis dan bursitis. Berikut adalah senarai beberapa punca yang boleh mengakibatkan berlakunya sakit lutut kepada seseorang. 

Ini adalah senarai umum punca sakit lutut yang berkaitan 3 kategori yang saya sebutkan diatas.

Kecederaan Akut

Patah - Trauma kepada struktir bertulang yang boleh menyebabkan salah satu tulang di bahagian lutut pecah. Patang/retak tulang dibahagian lutut bukan sahaja menyakitkan tetapi juga akan menjejaskan fungsi lutut (seperti retak tempurung lutut) atau ia juga akan memberi kesan menyakitkan untuk menanggung berat badan (seperti Tibial Plateau patah). Kecederaan Ligamen - Kecederaan yang sering berlaku adalah kecederaan ACL (anterior cruciate ligamen). Kecederaan ini sering berlaku kepada ahli sukan.

Keadaan Perubatan

Rheumatoid arthritis - dimana keadaan autoimun yang boleh menjejaskan mana-mana bahagian sendi dalam badan. Ia akan membawa rasa sakit yang teruk dan hilang keupayaan.

Gout - merupakan salah satu athritis yang sering terjadi pada ibu jari kaki, namum begitu ia juga boleh memberi kesan kepada lutut.

Athritis septik (Arthritis berjangkit) - sakit sendi lutut boleh dijangkiti penyakit, lalu ia membawa kesan rasa sakit, bengkak serta demam. Keadaan ini memerlukan rawatan antibiotik secepat mungkin.

Keadaan Kronik

Patellar Tendinitis - merupakan radang tendon, dimana ia menghubungkan lutut (patella). Patella Tendinitis adalah keadaan kronik yang sering berlaku kepada individu yang membuat pergerkan berulang (seperti pelari dan penunggang basikal)

Osteoartritis - sakit sendi lutut ini disebabkan kehausan rawan berpunca daripada faktor usia dan juga berat badan berlebihan atau aktiviti lasak yang berlebihan.

Antara faktor-faktor risiko untuk mendapat sakit lutut

Biomekanik - operasi anggota badan pada bahagian sendi lutut adalah rumit. Sendi lutut digunakan dengan kerap pada sepanjang hari. Apabila kita berjalan, berlari, duduk dan menaiki tangga.

Berat badan yang berlebihan atau Obesiti - Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis, tulanag rawan akan rosak leboh cepat.

Pergerakan berulang secara berlebihan - seperti ketika melakukan sesi latihan (jogging, berlari) atau keadaan kerja (melutut dalam jangka masa panjang) boleh juga mengakibatkan kerosakkan pada tulang rawan dan menyebabkan rasa sakit.

Apabila sakit di bahagian lutut anda berlarutan dalam masa beberapa hari, anda perlu segera pergi berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Langkah Mengubati Sakit Lutut - Osteoartritis (OA)

Osteoartritis (OA) ini kebiasaannya melanda warga tua yang berusia 60 tahun keatas. Jangan anda keliru antara Osteoartritis dengan Osteoporosis. Osteoartritis melibatkan sendi pada bahagian lutut, manakala Osteoporosis pula adalah berkaitan tulang.

Secara tepatnya Osteoartritis adalah trauma pada sendi lutut apabila tulang rawan semakin berkurang atau haus. Dan mengakibatkan antara tulang dipermukaan sendi berlaga atau bergeser antara satu sama lain, ini yang akan menimbulkan rasa sakit.

Berikut pula adalah antara faktor yang boleh menyebabkan Osteoartritis :-

a). Otot - Ini berpunca apabila otot yang lemah dan akan berikan kesan kepada tendon.

b). Kartilago - Sakit ini berlaku apabila kartilago rosak dan tulang saling bergeser dan berlaga antara satu sama lain. Keadaan ini selalunya boleh berpunca daripada kemalangan, usia serta faktor lain yang menyebabkan kartilago rosak.

c). Tulang - Apabila berlaku perubahan kepada struktur tulang.

d). Radang - selalunya akan menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada bahagian lutut.

e). Tendon dan Ligamen - Apabila kedua-dua struktur yang menjadi pengikat antara tulang dan otot di bahagian lutut mulai lemah dan tidak lagi kuat.

Berikut adalah antara prosedur untuk mengubati Osteoartritis :-

Jika anda mengalami Osteoartritis (OA) doktor akan nasihatkan anda untuk mencuba beberapa rawatan sebelum jalan terakhir diambil iaitu terpaksa dirawati melalui suntikkan seperti Euflexxa (1% sodium hyaluronate), Synvisc (Hylan G-F20) dan sebagainya. Tujuan suntikkan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakkan pesakit lebih lancar.

Berikut adalah rawatan awal yang dilakukan untuk mengubati sakit lutut Osteoartritis melalui suntikkan :-

• Fisioterapi dan senaman
• Mengekalkan berat badan yang ideal
• Rawatan menggunakan haba atau suhu sejuk
• Ubat NSAID iaitu ubat anti radang dan penahan sakit seperti Ponstan, Voltaren, Cerebrex dll
• Suplemen yang membantu membina tulang rawan seperti Chondroitin dan Glucosamine.


Melegakan dan mengubati sakit lutut dengan Pro Kas.

pro kas - melegakan sakit lutut

Pro Kas - Muscle Pain Relief . Satu produk terbaru dipasaran bagi melegakan sakit lutut terutamanya. Selain itu itu produk ini juga sesuai untuk masalah sengal sendi, kebas serta lenguh-lenguh.

Ramuan yang terkandung di dalam Pro Kas adalah Aloe Vera, Soya, Vitamin dan Mineral, Delima, DMSO dan menthol.

Pro Kas juga mampu memberi kesegaran kepada tubuh badan yang lesu, lemah tidak bermaya menjadi kembali segar dan bertenaga.

Kegunaan dan Manfaat PRO Kas

  • TULANG - Jika anda mengalami masalah dalaman berkaitan tulang anda boleh mencuba PRO Kas.
  • SENGAL SENDI - Jika bahagian sendi anda sering merasa lenguh, kebas dan sengal-sengal.
  • SAKIT LUTUT - Jika lutut anda sering sakit apabila berdiri lama, sukar untuk berjalan, solat dan pergerakan seharian anda terbatas.
  • KESEGARAN - Apabila badan terasa lesu, lemah dan tidak bermaya. Kembalikan kesegaran badan serta bertenaga dengan PRO Kas.

Pro Kas adalah hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan kenakan Pro Kas pada luka atau mana-mana rongga badan. Simpan Pro Kas jauh dari kanak-kanak dan baik disimpan pada suhu bilik.

Sumber : Medicinenet.Com - Knee Pain , Prokas.my

Baca Juga :

43 Komen untuk "Sakit Lutut"

avatar

Terbaik, dah ada penyelesaian dah kalau sakit lutut.

avatar

orang yang mempunyai berat badan berlebihan berpotensi untuk mendapat sakit lutut

avatar

berapa harga pro kas nih?

avatar

Sakit lutut ni bukan memang susah bila kena.. sebab pergerakan akan jadi terbatas,pro KAS di dapat membantu mereka yang mengalami masalah lutut ni..
Good Luck BL :)Good Luck Pro KAS

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Kalau dah sakit lutut, jangan dibiarkan lama. Kalau biar akan melarat.

avatar

Biasanya orang lelaki yang selalu sakit lutut..kan?/kalau perempuan sakit lutut sah la sebab tua....:p

avatar

sakit lutut ni mmg x selesa lebih2 lagi bila nak b'sukan @ bkerja.

avatar

Ini produk baru ke bro? Sakit lutut memang menyeksakan...

avatar

Dulu waktu sekolah lutut saya pernah beralih sbb kemalangan bersukan. Selepas berpuluh2 tahun baru mula ada kesan beberapa tahun kebelakangan ni. Tak boleh terlalu sejuk.. pasti sengal sgt. Boleh cuba ni.. thanks bro.. :)

avatar

Tak dapat harga lagi bro? Saya pun malas nak tanya sendiri.

avatar

Hebat. Rajin bro translate. :)

Susah jugak nak dapat ranking yang baik dalam google.com.

Insya-Allah nanti saya pun akan tulis artikel susulan.

avatar

betul tu bro memang ada pontensi

avatar

selalunya payah nak sembuh...

avatar

produk baru ni bro

avatar

pelan2 kayuh bro...tapi dalam masa sebulan sebenarnya xcukup nak ranking di Serp...paling kurang pun nak kena ambil masa 3 bulan

avatar

orang aktif bersukan ni memang berisiko... kena hati2 sikit la nak bersukan selepas ini

avatar

tapi kalau perempuan muda yg obesiti ada kemungkinan juga nak kena sakit lutut...hahaha

avatar

salah satu cara untuk kita berikhtiar

avatar

kesian benar dekat orang yang sakit lutut nih

avatar

Terbaiklah artikel berkaitan sakit lutut ini.

avatar

walaupun bukan sakit kronik tapi memang tak selesa hidup

avatar

bro pun terbaik jugak

avatar

baru ni aku berurut, macam-macam penyakit wak tu detect ada pada aku, siap dia kata aku ni dah ada petanda sakit lutut... huhuhu

avatar

mak saya pernah sakit lutut sampaikan nak solat pun duduk atas kerusi aje..maybe faktor berat badan jugak kot...

avatar

Ingat nak cuba jugak produk pro kas nie, nak bagi pada emak saya yang selalu sakit lutut.

avatar

Sakit lutut memang menyeksakan.
Kalau kena pada penyelesaian memang rasa bahagia hidup kan.

avatar

mak sedara kata, kos untuk injection kasi hilangkan sakit lutut adalah RM800..huwaaa..mahalnye, baru sebelah lutut tu..

avatar

teringat arwah makcik dulu memang kena sakit lutut kronik..

avatar

Sangat bermanfaat. Ada tidak ya di Indonesia obat itu. :)

avatar

sakit lutut memang seksa jika tgh bersukan..

avatar

sakiy lutut ni jika tak dirawat awal boleh jadi makin teruk, juga kadang sebab berat badan berlebihan menyumbang pada sakit lutut juga

avatar

bole rekemen kat mak ni.. Dr. kata gel lutut dah abis..

avatar

Dengan adanya Pro Kas, harap orang yang sakit lutut boleh sembuh

avatar

payah bila dh sakit lutut.. nak sujud pun payah tau..

avatar

Sakit lutut nak bangun ke nak duduk ke memang sakit berdenyut-denyut...kesian tengok kepada mereka yang menderita sakit lutut

avatar

gemuk dan sakit lutut. patut orang beriya nak kurus.

avatar

Nak solat susah kalau kena sakit lutut ni. Tapi ada pro kas ni macam membantu ja ni.

avatar

Nak solat susah kalau kena sakit lutut ni. Tapi ada pro kas ni macam membantu ja ni.

avatar

hehe aku dah pakai produk ni. memang betul kurang sakitnya

avatar

Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan 4 kaedah untuk masalah sakit lutut yang merupakan gabungan ubat herba , urut, akupunktur dan infraray. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077 .

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.