blogger lelaki logo

Bukit Gambang Safari Park

15 Komen
Semperna cuti panjang di Negeri Pahang, aku berkesempatan bawa anak dan isteri berkunjung ke Gambang Safari Park. Tempatnya terletak bersebelahan dengan Gambang Water Park.

Anak aku suka tengok binatang, selalu dapat tengok dalam televisyen sahaja. Jadi kali ini aku ingat nak bawa anak aku tengok binatang depan mata sendiri.

Nak masuk Gambang Safari Park kena tiket, dua dewasa dicas RM 80.00. Nasib baik anak aku boleh masuk percuma. Kalau tak lagi nipis dompet aku.

Masuk-masuk je terus pergi Simba Point, boleh tengok singa dua ekor. Tapi aku skip tempat ini, sebab aku naik bas terus pergi Eagle Point. Di sini ada dua simpang, satu nak ke Savanah Wild dan Taman Burung.

Disebabkan aku teruja nak tengok binatang liar jadi aku pergi ke Savanah Wild terlebih dahulu. Yang tak seronoknya, kita kena tunggu cukupkan korum untuk naik bas. Nak pusing Savanah Wild memang kena naik bas, sebab dekat dalam kawasan tersebut, haiwan dibiarkan hidup bebas dikawasan berpagar masing-masing.

Ada banyak juga haiwan-haiwan liar dekat dalam tu, tapi kebanyakkan dibela berpasangan. Ada badak air, harimau malaya, cheetah, genu, rusa, seladang, kambing gurun, buaya dan macam-macam lagi. Yang tak seronoknya apabila bas yang bawa kami tu cuma berhenti sekejap sahaja di setiap kawasan binatang tersebut. Tak puas nak tengok. Tapi mungkin sebab cuaca agak panas, ke banyakkan haiwan sedang tidur atau berehat sahaja ditempat berteduh mereka.

Yang seronoknya Savanah Wild ni adalah kita dapat tengok haiwan hidup di alam semulajadi. Tak seperti di zoo, kita tengok haiwan di dalam sangkar.

Bukit Gambang Safari Park

Selepas selesai pusing Savanah Wild, aku pergi ke Taman Burung pula. Ada macam-macam jenis burung. Aku sempat juga beri burung makan. Kalau tak silap aku, ada 3 tingkat bangun yang menempatkan pelbagai jenis burung. Dan ada juga burung dilepaskan bebas di dalam ruang legar bangunan yang besar.

Sebenarnya, taman burung ini agak besar. Kalau korang ada sakit lutut, rasanya tak sempat nak pusing habis keliling Taman Burung ini.

Ada juga pertunjukkan burung dekat bangunan itu juga. Tapi pertunjukkan hanya bermula pada pukul 3 petang.

Antara haiwan lain yang ada juga boleh di lihat disana adalah beruang, ular ada tapi tak banyak, ikan pun tak banyak, iguana, biawak dan ada banyak lagi.

Untuk haiwan yang aktif pada waktu malam pun ada, tapi aku tak sempat tengok sebab aku balik awal. Tempat haiwan malam dibuka pada pukul 7 malam kalau aku tak silap. Dan berdekatan tempat itu juga ada dibuat pertunjukkan Tarzan, ini pun bermula malam dan aku tak sempat tengok. Sebenarnya ada tiket untuk Night Safari, yang ini kita boleh masuk untuk waktu malam sahaja dengan kawasan yang terhad.

Bagi aku okey la tempat ini. Walaupun ia tak seperti apa yang aku harapkan pada awalnya. Bagi anak aku, dia memang seronok sebab boleh tengok banyak haiwan, boleh berlari, penat dia sampai tertidur dalam kereta.

15 Komen untuk "Bukit Gambang Safari Park"

avatar

belum pernah lagi sampai ke sini, pernah tengok dalam tv je yang sorang artis ni berkunjung ke sini

avatar

Pergh ~ tak tahu pun sal safari park ni.. huhu

avatar

Lorrrr... letak la gambar bebanyak, barula heksaited... cam natang genu, amende tu? 1st time dapat tahu ada binatang genu.

avatar

Terbaiklah... Saya ada simpan angan-angan nak stay kat sini buleh seminggu. Nak bawa keluarga bercuti.. Semoga apa yang saya rancang menjadi kenyataan..hehe

avatar

Kalao bro letak gambar banyak sikit mungkin menarik. hehe. Nak tengok juga suasana kat gambang safari.

avatar

wah menarik tempat nih..

avatar

Wah ada Night Safari, menarik ni :D

avatar

Semasa dulu asyik ulang alik ke Pekan, Pahang... Taman Tema ni belum dibuka... Tapi sekarang ni ntah bila lagi lah nak menjejakkan kaki ke sana...

avatar

Menarik.. bnyk cerita yg saya dngr dari rakan2 yg dah ke sini. Mmg teringin nak pergi klu ada kelapangan sekeluarga nanti. Thanks sharing bro.. :)

avatar

Budak-budak memang teruja ke tempat macam ni. Kita rasa biasa je.

avatar

gambang adaq safari park ehh?? baru tahuu

avatar

InsyaAllah bila ke Pahang lagi boleh la singgah nanti

avatar

best jugak ey. Boleh masukkan dalam list tempat melawat di cuti pertengahan tahun ni.

avatar

Mama dapat 2 tiket free masuk. Tak berkesempatan nak gi lagi ni. Macam best ja ni...

avatar

Mama dapat 2 tiket free masuk. Tak berkesempatan nak gi lagi ni. Macam best ja ni...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.