blogger lelaki logo

BolaSepak Sukan SEA 2015 - Jadual Keputusan Kedudukan

10 Komen
Jadual, keputusan dan kedudukan terkini perlawanan bola sepak Sukan SEA 2015, Singapura. Pingat emas acara bolasepak dianggap ibu segala pingat, jika menang Sukan SEA tapi tak menang pingat emas untuk bolasepak seperti hilang sedikit seri kontinjen yang menang.

BolaSepak Sukan SEA 2015 - Jadual Keputusan Kedudukan

Bagi sukan SEA, negara kita akan diwakili oleh skuad bolasepak Malaysia bawah 23 tahun. Pasukan Malaysia pernah memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA pada edisi tahun 2009 dan 2011. Dan kecundang pada edisi 2013, lebih teruk pasukan Malaysia B-23 dikalahkan pula oleh pasukan Singapura untuk penentuan pingat gangsa.

BolaSepak Sukan SEA 2015

Seperti biasa acara bolasepak akan bermula lebih awal berbanding acara lain. Pada edisi ke-28 kali ini pasukan Malasysia diundi di dalam kumpulan B bersama Thailand (juara bertahan), berikut adalah senarai penuh kumpulan dan pasukan yang bertanding.

Kumpulan A:

Singapura (Tuan rumah)
Indonesia
Myanmar
Cambodia
Filipina

Kumpulan B:

Thailand (Juara bertahan)
Malaysia
Vietnam
Laos
Brunei
Timor-Leste 

Jadual Melibatkan Pasukan Malaysia Sukan SEA 2015


Ini adalah jadual perlawanan dan info siaran langsung (live streaming) untuk perlawanan melibatkan pasukan Malaysia sahaja,

Peringkat Kumpulan: 

30 Mei 2015 - 8.30 malam (live @ TV9 / Astro Arena)
Malaysia (1) vs  (0) Timor Leste

2 Jun 2015 - 8.30 malam
Malaysia  (1)  vs  (5) Vietnam

4 Jun 2015 - 8.30 malam
Malaysia (0)  vs  (1) Thailand

8 Jun 2015 - 8.30 malam
Malaysia (2)  vs  (0) Brunei

11 Jun 2015 - 8.30 malam
Malaysia (3) vs  (1) Laos

Peringkat Separuh Akhir

13 Jun 2015
Myanmar  (2)  vs (1) Vietnam 
Thailand (5) vs (0) Indonesia 

Pingat Gangsa (Tempat ke-3 / ke-4)

15 Jun 2015
Vietnam (5) vs (0) Indonesia

Pingat Emas/Perak (Tempat pertama / ke-2)

15 Jun 2015
Myanmar (0) vs (3) Thailand

Kedudukan Carta Bolasepak Sukan SEA (Peringkat Kumpulan)

KUMPULAN A

#TeamMPWDLFADPLast 5 matches
14310147+710

24301115+69

3420254+16

44112813-54

54004211-90

Next Round

KUMPULAN B

#TeamMPWDLFADPLast 5 matches
15500161+1515

25401174+1312

353027709

45203613-76

55104410-63

65005217-150

Next Round
sumber : my.soccerway.com

Senarai Skuad Bolasepak Malaysia Bawah 23

Berikut adalah 20 nama pemain yang tersenarai dalam skuad Malaysia B-23 ke Sukan SEA 2015 di Singapura. Diharap anak muda ini akan berikan saingan sengit dan kembalikan pingat emas bolasepak Sukan SEA ke Malaysia.

Ketua Jurulatih : Ong Kim Swee

Penjaga Gol
1. Farhan Abu Bakar (GK) - 22 tahun - Harimau Muda
2. Firdaus Muhamad ((GK) - 21 tahun - Kedah FA

Pertahanan
3. Nazirul Naim Che Hashim - 22 tahun - Harimau Muda
4. Mohd Amer Saidin - 22 tahun - JDT FC
5. Shahrul Saad - 21 tahun - Felda United FC
6. Muhammad Syazwan Tajuddin - 20 tahun - Kedah FA
7. Ariff Farhan Isa - 18 tahun - Harimau Muda
8. Matthew Davies - 20 tahun - Pahang FA
9. Mohd Fandi Othman - 23 tahun - JDT FC (Captain)
10. Adam Nor Azlin - 19 tahun - Harimau Muda

Midfield
11. D. Saarvindran  22 tahun - Pahang FA
12. Muhammad Nurridzuan Abu Hassan - 23 tahun Perak FA
13. Gary Steven Robbat - 22 tahun - JDT FC (Vice Captain)
14. Nazmi Faiz Mansor - 20 tahun - Selangor FA
15. Saiful Ridzuan Selamat - 23 tahun - Selangor FA
16. Syahrul Azwari Ibrahim - 22 tahun - Harimau Muda
17. Amirul Hisyam Awang Kechik - 20 tahun - Harimau Muda
18. Mohd Faizat Ghazli - 20 tahun - Harimua Muda

Penyerang
19. S. Kumaahran - 18 tahun - Harimau Muda
20. Muhd Syafiq Ahmad - 19 tahun - Kedah FA

10 Komen untuk "BolaSepak Sukan SEA 2015 - Jadual Keputusan Kedudukan"

avatar

Tahniah ....Harimau Muda malaysia, walaupun bermain dengan 10 orang tetapi masih menang mengatasi Timur Leste. Malaysia perlu bermain dengan berdisplin dan penuh berpasukan jika mahu menang Emas dalam bola sepak SEA GAMES.

avatar

tahniah malaysia menang... tp x puas hati sebab pengadil dr singapore.. paham2 jela..

avatar

nazmi pun kena lebih profesional selepas ini

avatar

banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum bertemu lawanyg lebih kuat seperti vietnam dan Thailand

avatar

Good luck team Malaysia...hopefully dapat bawak balik pingat emas

avatar

Dah tgk ulang tayang. Nazmi meludah bukan atas muka player tu pun.. Tp selepas player tu berpaling.. Itu spt satu tindakan lpskn kemarahan iaitu Meludah atas padang slps air liur kekeringan. (Semua player meludah atas pdg kan). Nazmi marah sbb dgn sgaja player tu menghayunkn kaki dgn kuat seolah mahu mencederaknnya.. Kad merah?? X patut.. X patut..

avatar

Player Timur Leste tu yang asyik main kasar kat Nazmi. Kesian Nazmi, dia seorang yang penyabar.

avatar

Bukan Nazmi sengaja nak ludah. Pengadil yang kena provokasi jurulatih Timur Leste. Patutnya pengadil kenalah bijak buat keputusan.

avatar

Betul, pengadil kena provok sebab tu lambat buat keputusan. Bodxx betul...

avatar

pemain kena bermain dengan lebih bijak bila berada dlm padang. Perangkap spt itu seharusnya telah difahami oleh pemain dan jurulatih khasnya pemain pertahanan. Strategi conter attack vietnam bukan saja lagu tp boleh menghasilkan gol .Mereka lebih bijak menarik pemain negara kesatu lokasi sebelah kanan sedangkan sebelah kiri terbiar kosong disitula lorongan dihantar. Pemain negara asyik nak rebut bola yang mungkinterlepas dari kaki vietnm sedangkan kawalan mereka lebih kemas lebih tepat hantaranya dengan mudah mereka loop bola atau lambung dari kananke kiri tanpa kawalan .Dimana pertahanan yang fight bola itu.Jika ada mudah dikelecek pihak lawan.
jurulatih kena ambil pendekatan berbeza man to man marking pertahan sangat perlu memandang kelincahan mereka, jadi midfield tak sempat turn membantu .Oleh itu defence fight setiap inci bola dikaki lawan bukannya mengejar dr belakang.Lambat mereka dah lorongkan kpd kawan dan jaringan terhsil.S
Striker tak da strategi , tiada angle utk shoot pun sepak juga ,tak f
faham tak tahu bagaimana nak umpan kawan,pass bola 1 2 tak mengeliru asyik kedepan saja tiada lorongan tarik kebelakang.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.