blogger lelaki logo

Apa Masalah Anak Genius Malaysia?

17 Komen
Terkedu apabila terpapar di headline media kisah anak muda Malaysia ditangkap kerana didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.

Nur Fitri Azmeer Nordin juga adalah salah serang genius matematik, menuntut dalam jurusan Matematik di Kolej Imperial London.

Genius Matematik Malaysia

Ini bukan cerita baru kita dengar pasal masalah yang menimpa pelajar pintar dari malaysia. Ada yang digelar genius matematik, namum di penghujungnya diselubungi kisah hitam yang memilukan.

Apa masalah anak Genius Malaysia jadi sebegini? Sepatutnya kepintaran luarbiasa mereka digunakan untuk memajukan negara.

Anak Genius Malaysia

Mari kita singkap kembali beberapa nama anak genius Malaysia yang pernah heboh diperkatakan di suatu masa dahulu oleh media massa.

1. Mohd. Shukri Hadafi - Boleh membaca surat khabar seawal usia 3 tahun, diambil berlakon dalam filem Menanti Hari Esok. Dan dijadikan anak angkat oleh Prof. Diraja Ungku Aziz.

2. Sufiah Yusof - Diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

3. Chiang Ti Ming - Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Selepas itu dia melanjutkan dan berkelulusan doktor falsafah dalam fizik zarah di Cornell Universiti di New York.

4. Chan Yao-ban - Pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne.

5. Ady Putra - Berkebolehan menyelesaikan soalan matematik peringkat universiti dengan formulanya sendiri, ketika beliau berusia 6 tahun.

17 Komen untuk "Apa Masalah Anak Genius Malaysia?"

avatar

dia genius tapi tak bijak..hehehe.. budak genius kena banyak juga buat aktiviti luar untuk elakkan masalah ni

avatar

Diorang ni nak kena seimbang antara ilmu dunia dgn ilmu akhirat. Baru betul.

avatar

Ya terkejut juga mengenai berita pelajar Genius Malaysia dipenjara 5 tahun, kemudian akan terus dihantar pulang ke Malaysia.. Genius saja tidak memadai.. Sebagai orang Islam, perlu juga seimbangkan antara kepintaran dan akhlak sakhsiah diri.. InsyaAllah akan terpelihara dari sebarang perkara yang tidak senonoh..

avatar

harapan tinggi untuk adik Ady putra..rasanya ilmu akhirat yang mak ayahnya terapkan pun cukup banyak..semoga dia tak sia2 kan kebolehan nya..

avatar

Perlu seimbang antara ilmu dunia dan akhirat. Jelas nanti nampak do and donts

avatar

Memang sedih bila jadi begini. Kesian mak ayah yang menaruh harapan tinggi.

avatar

Teringat dengan kisah Sufiah sewaktu belajar di Manchester dulu. Nilah jadinya bila genius dengan ilmu dunia tapi bukan ilmu rohani.

avatar

Otak genius memang akan menyebabkan terpaksa fikir di luar kotak pemikiran normal.
Kasihan sebenarnya.
Bila otak mereka ini ditekan sebelum waktunya.
Dan terpaksa menggunakan saluran lain untuk lepaskan tekanan.

avatar

Saya mula2 baca mmg rasa kecewa dan sedih tapi bila fikir-fikir semula adakah ianya suatu konspirasi menjatuhkan bijak pandai melayu muslim malaysia? Siapa pencetusnya. Betapa ramainya mat salleh di luar sana yang mengamalkan seks luar tabii tetapi kenapa cerita ini dikatakan paling teruk dalam sejarah UK?

avatar

sebab itu aku ada mention kan "media massa" ...luar negara atau dalam negara hanya mahu sensasi

avatar

aku rasa nilah entri terpendek dari blog ko yang aku pnh baca hahahaha...

avatar

sedih bila dgr budak genius ni tak berkembang..

avatar

Budak genius tak semestinya maksum dari berbuat salah. rasanya lebih baik negara approach dan bantu mereka untuk berubah dari menjaja nama mereka.

avatar

Semua orang ada salah silap. Yang penting dah salah, jangan ulangi lagi salah silap tu. Orang lain pun, kena la belajar memaafi. Kita pun tak lari dari buat salah.

avatar

Semua orang ada salah silap. Yang penting dah salah, jangan ulangi lagi salah silap tu. Orang lain pun, kena la belajar memaafi. Kita pun tak lari dari buat salah.

avatar

kat malaysia ni sebenarnya ramai genius..yang diceritakan tu cuma sedikit sahaja..bukan apa, kalo dihebohkan nanti jadi bala so lebih baik didiamkan sahaja..contonya seorang gadis melayu genius sejarah yg mampu mentafsir sejarah dan tulisan purba ketika beliau masih kanak2...tapi x tau dia kat mana...

avatar

kat malaysia ni sebenarnya ramai genius..yang diceritakan tu cuma sedikit sahaja..bukan apa, kalo dihebohkan nanti jadi bala so lebih baik didiamkan sahaja..contonya seorang gadis melayu genius sejarah yg mampu mentafsir sejarah dan tulisan purba ketika beliau masih kanak2...tapi x tau dia kat mana...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.