Tips Asas Adsense, Menjana Duit Online

Tips Asas Adsense, Menjana Duit Online

Rasanya menjana duit melalui Adsense tak perlu diperkenalkan lagi. Sebab ini adalah salah satu cara blogger buat duit secara online yang popular. Cuma kini Adsense akan menjadi lebih meriah  di Malaysia kerana Adsense sudah menyokong penggunaan Bahasa Melayu.

Aku sebenarnya tak ada tips yang power untuk menjana duit melalui Adsense, ini cuma tips asas untuk pemula (newbies) macam aku. Artikel ini aku nak jadikan rujukan asas supaya blogger baru lebih mudah untuk faham, apa yang perlu dibuat untuk menjana duit dengan Adsense.

Baca Juga :

Tips Asas Adsense, Menjana Duit Online

Apa yang faham, konsep untuk menjana duit di adsense cukup simple - tarik trafik masuk ke blog dan click through rates (CTR). Nampak macam senang tapi tak mudah. Tapi jika teknik kita tak cukup 'power' tak ada 'Ummph!' jawabnya meter akaun Adsense kita tak jalan la. Jadi kena buat cara yang betul bukan main hentam kromo.

Tips Asas Adsense, Menjana Duit Online

Ini tips asas sahaja, aku pun masih baru dalam adsense. Aku kumpulkan beberapa tips yang aku rasa berguna untuk aku praktikkan. Jadi nak baca dah faham boleh, nak kritik pun boleh dan nak bagi tips pun boleh, aku terima seadanya.

1. Saiz Dan Lokasi Iklan

Mula-mula kita tengok saiz yang sesuai dan yang sering orang guna :-
  • 336 x 280 ( Large Rectangle )
  • 300 x 250 (boleh diletakkan pada Sidebar dan dalam Post )
  • 728 x 90 ( sesuai unutk diletakkan dibahagian header )
  • 160 x 600 ( sesuai untuk diletakkan pada side bar )

Dimana lokasi yang sesuai kita letakkan iklan untuk meningkatkan CTR? Ramai yang cadangkan iklan diletakkan pada konten / post dan juga di bahagian 'above the fold'. Agar iklan kita dapat diimbas oleh pembaca dengan cepat dan tepat.

Konsepnya sangat senang, letak iklan di tempat yang senang orang nampak. Rugilah kotak iklan kita jika orang tak nampak.

Above the fold adalah paparan yang pembaca mula-mula nampak pada blog kita. Jika kita selitkan iklan dibahagian itu, pembaca juga akan terus nampak iklan kita.

Iklan juga tak perlu terlalu serabut, ada yang cakap cukup sekadar 2 units iklan pada satu page.

Ada tak sesiapa yang nak kongsi dengan aku pasal Adsense Heatmap?


2. Iklan Tak Kelihatan Macam Iklan

Aku pun pening baca tajuk kecil aku ini. Lebih kurang macam nie, kalau boleh biarlah iklan kita itu tak kelihatan macam iklan. Jadikan ia sebati dengan theme/template blog kita.

Tip ini untuk iklan Adsense berjenis Text. Warna tulisan dan link iklan, kita customize ubah ikut warna theme blog kita. Jika iklan diletakkan di dalam, buangkan warna pada border iklan.

Kenapa iklan tak perlu nampak macam iklan?

Sebab orang masuk blog kita bukan nak tengok iklan, mereka nak baca entri.

3. Jangan Letak Banyak Sangat Unit Iklan (Ad Blocks)

Seperti aku tulis tadi, hadkan jumlah unit iklan Adsense yang dipaparkan pada blog anda. Ada yang cadangkan cuma 2 unit iklan pada satu page blog. 3 unit iklan juga mungkin masih boleh dipertimbangkan.

Malah ada yang menyatakan jika unit iklan adsense terlalu banyak ianya juga boleh menjatuhkan CTR.

Jadi disini, aku tekankan jagan tamak sangat sampai penuh satu blog anda isi dengan iklan adsense, mentang-mentanglah dah lulus akaun Adsense kan.


4. Dapatkan Organik Trafik

Organik trafik adalah trafik yang datang daripada enjin carian. Macam mana nak dapatkan trafik dari enjin carian, tak lain anda kena praktikkan teknik SEO. Sebab, jika kita nak iklan adsense kita menjana duit, ia perlu ada trafik dan ada orang klik.

Lebih-lebih lagi sekarang ini Adsense sudah menyokong penggunaan Bahasa Melayu, jadi kita kena target tarik trafik yang banyak dari Malaysia.

Apa kata baca dahulu netri aku sebelum ini yang bertajuk 40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP


5. Jangan Buat Perkara Terlarang

Aku dengar Google Adsense ini agak sensitif dan mudah 'sentap'. Jika kita melanggar peraturan yang mereka tetapkan tanpa rasa belas kasihan mereka akan 'ban' akaun kita atau ban blog kita.

Jadi jangan terlalu galak dan gelojoh dalam nak menjana duit di akaun Adsense, buat ikut jalan betul. Lagipun kita kena pastikan hasil yang kita dapat adalah halal.

Sudahlah nak apply akaun Adsense bukan main susah, nanti bila dah kena ban apa pun tak boleh. Sia-sia usaha selama ini.

Apa syarat-syarat yang Adsense tetapkan itu, boleh baca disini - AdSense program policies

Jika anda berminat untuk pelajari TEKNIK yang betul untuk buat duit online dengan Adsense saya cadangkan anda dapatkan Panduan Raja Adsense -Revive, disini  >> https://goo.gl/3uMl9b

Share this:

Disqus Comments