blogger lelaki logo

Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

26 Komen
Setelah berhempas pula selama 3 bulan, pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 akhirnya telah dinobatkan tepat jam 10 malam 31/3/2015. Dan contest SEO kali ini telah dimenangi oleh sahabat blogger bro Saimi Ramlan melalui blog beliau BlogInspired.com sekaligus membawa pulang wang tunai RM1500.

Dalam penyertaan aku dalam contest SEO 2015 kali ini, blog aku cuma mampu bertahan di tempat ke-2. Mungkin ada faktor nasib juga disitu yang membuatkan entri penyertaan aku sempat buat pendakian satu anak tangga memotong bro Hasrul Hassan di saat-saat akhir.

Di dalam contest kali ini aku dapat aku fahamkan backlinks masih penting menjadi salah satu faktor SEO untuk menaikkan ranking di SERP. Sebab sebelum ini ada juga yang cakap faktor backlinks sudah tak penting. Tapi backlink itu perlulah dalam "kuantiti yang berkualiti".

Faktor lain yang aku nampak adalah kekerapan kemaskini artikel. Boleh aku katakan peserta yang berada di TOP 10 ada membuat kemaskini entri. Dan aku tunggu dan lihat dengan kekalkan entri sejak dari mula sehingga ke garisan penamat, tanpa ada perubahan pada entri. Dari sini aku faham, Google juga menyukai entri yang ada kemaskini terbaru, biar entri lama sentiasa "segar".

Pemenang Contest SEO

Senarai Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Pemenang Utama Wang Tunai RM1500:

1.  http://www.blogginspired.com/malaysia-best-blog-2015.html

Pemenang Wang Tunai RM50:

2.  http://www.bloggerlelaki.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

3. http://www.hasrulhassan.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

4. http://calrasepatrick.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

5. http://syahrilhafiz.com/blog/malaysia-best-blog.html

6. http://rahsiakuasaminda.com/yang-mana-satu-malaysia-best-blog-2015/

7. http://lamansesawang.com/contest/malaysia-best-blog-2015.html

8. http://www.bloggerwanita.com/malaysia-best-blog-2015/

9. http://panduanpercuma.info/malaysia-best-blog-2015/6619/malaysia-best-blog-2015/

10. http://www.sensasi2020.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


Tahniah diucapkan kepada pemenag hadiah utama dan pemenang Top 10 yang lain. Jutaan terima kasih juga kepada tuan penganjur OhDuit.com, semoga lain kali tak serik lagi nak anjurkan contest besar seperti ini.

26 Komen untuk "Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015"

avatar

Tahniah BL... Saya betul2 harapkan anda menang, tapi mungkin rezeki tak ada. Cuba lagi bro... Tempat kedua pun dah sangat hebat krn persaingan kali ini sgt sengit!

avatar

Awal2 dulu saya ingat kan awak yang akan menang..Apa pun tahniah ye..

avatar

terlalu jauh perbezaan hadiah nombor satu dengan yang kedua

avatar

wahhhh tahniah BL! Walau tempat kedua itu pun dah kira terbaik Syabas!

avatar

Wowwww..
Tempat kedua tue BL.
Tahniah.

avatar

Tahniah BL dan yg lain2....

avatar

Kan.. banyak Teknik SEO sebelum ni tahun 2012 punya masih lagi boleh apply, cuma kena make sure twist sikit bagi power. tengok bro Saimi Ramlan sudah la. Tanpa image, text saja..memang fokus untuk GoogleRobot sungguh tu..haha

Banyak benda boleh belajar kalau join contest SEO WIN WIN ni, terutama Blogger Lelaki, ada tips nak 100% user experience..Power weh! :D

avatar

tahniah..moga kalau ada SBB lagi buleh la jumpe..:D

avatar

Alhamdulillah.. tahniah bro BL. Semoga sentiasa terus sukses... aamiin.. :)

avatar

BL ni kalau masuk apa-apa contest memang menang eh hehehe..ada luck tu

avatar

Haha,, Tak letak image bukan bermaksud fokus untuk robot semata-mata tetapi saya kurang berminat nak tampal gambar. Apabila masukkan gambar nanti, nak kena optimis kan image tu pulak. Jadi kalau tak nak optimis image, baik jangan letak gambar..

avatar

Tahniah BL, Blog and sinonim dengan contest seo di Malaysia.

avatar

bro bro bro, bile ebook seo nak keluar ni.

avatar

wah dapat tips baru bila baca entri ni..lepasni kena selalu rajin2kan diri update entri2 lama...

avatar

tahniah BL..Menang tempat kedua tu..:) cuma lain kali harapnya penganjur bagi hadiah ikut kedudukan..baru bersemangat sikit..ye tak?hehheh..

avatar

Tahniah bro... no 2 tu dah amat hebat berbanding tak ada no langsung... teringin juga nak masuk contest macam ni tapi tak ada daya pushing yg mencukupi... apapun sekali lagi tahniah.

avatar

Tahniah BL..tempat kedua tu...

avatar

Wow abang BL berjaya naik podium aaa...tahniah2

Akan mula dikenali dengan gelaran pakar seo malaysia juga.

Semoga akan terus dengan perkongsian hebat dalam rujukan seo di masa akan datang.

Tahniah bro!

avatar

Tahniah kepada semua otai2..kalian sebenarnya menjadi inspirasi kami..

avatar

selamat yang sudah menang,,, yang kalah jangan berkecil hati,, terus semangat dan terus mengasah kemampuannya

avatar

seronok tengok orang menang macam-macam, dulu kan taktau yang blog pun ada contest jugak, kini dah nampak memang banyak je peluang spt ni..

avatar

No.2 pun dah di kira sesangat habat tuh bro.Tahniah ya...

avatar

Alhamdulillah BL,walau tmpt kedua masih top 3 tu hehe. .
Tahniah ya dari OhPilihanku..

avatar

Apakan daya.
Tapi tetap hebat juga.

avatar

untuk sahabat blogger malaysia tetap semangat ..
keep post..
dan semoga blog kalian makin sukses
salam dari saya blogger indonesia =)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.