Menang iPhone 5s : Terima Kasih DenaiHati.com

Menang iPhone 5s : Terima Kasih DenaiHati.com

Pemenang Cabaran iPhone 5s anjuran blog Denai Hati sudah lama diumumkan. Pemenang hadiah utama yang lain pun sudah mendapatkan hadiah mereka. Kini barulah tiba giliran aku untuk merasa menggenggam "iPhone 5s gajet impian setiap blogger".

Menang iPhone 5s : Terima Kasih DenaiHati.com


Biar lambat asal cepat. Dikesempatan yang ada pada cuti hujung minggu. Aku pecut ke Shah Alam untuk dapatkan hadiah aku ini. Lagipun aku memang ada beberapa perkara untuk dilunaskan di Rawang dan Seksyen 25. Jadi aku menyelam sambil minum air, singgah seketika di Seksyen 13 untuk sambar hadiah iPhone aku.

Dalam pertemuan singkat di sebuah stesen minyak, rasanya tak puas untuk melayan wakil team DenaiHati Network. Namum bersyukur mereka sanggup korban hari cuti semata-mata untuk sampaikan hadiah aku ini. Terima kasih banyak-banyak.

Pada awalnya niat aku nak belanja Shakiddo, perancangan tak menjadi sebab beliau baru pulang dari Tanah Suci menunaikan umrah. Badan masih penat dan kesihatan beliau tak mengizinkan. Biarlah dia berehat dahulu. Ada rezeki dilain hari, boleh dia belanja aku pula.

Cuma Bro Framestone salah seorang penaja, sempat aku belanja makan ikan patin masak tempoyak, ketika dia datang bercuti di Kuantan. Itupun sempat bertemu mata dalam jangka masa yang teramat singkat. Jika ada masa Bro turun sini, boleh berjumpa lagi. Mungkin dia nak belanja aku makan pula..hehehe

Dengan rasa berbesar hati, sekali agi  aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Team Denaihati Network dan semua penaja cabaran contest ini. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki sesisi keluarga.

Senarai Penaja:
http://amariman.com
http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Share this:

Disqus Comments