blogger lelaki logo

Harga Samsung Galaxy S6 Di Malaysia

14 Komen
Pengemar Telefon Pintar (Smartphone) Samsung rasanya sudah tidak sabar lagi untuk menunggu Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge dijual di Malaysia pada 17 April 2015 nanti. Kedua-dua model terbaru ini tampil dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang terbaru buat pengguna tegarnya lebih teruja.

Harga Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge Di Malaysia


Sudah pasti ramai yang mahu lihat apa pembaharuan yang Samsung bawa berbanding model terdahulu iaitu Galaxy S5. Adakah pembelian model terbaru ini berbaloi dengan harga serta pembaharuan yang dibuat?

Samsung Galaxy S6 kali ini direka lebih eksklusif dengan rekaan bingkai berasaskan logam dan kerangka berasaskan kaca. Skrin hadapan pula ditambahbaik dengan Gorilla Glass 4, anti-calar. Galaxy S6 juga dilengkapi dengan fingerprint scanner.

Yang menarik untuk diperhatikan juga pada model Galaxy S6 adalah fungsi Wireless Charging, menurut Samsung proses mengecas telefon ini akan lebih pantas. Disamping itu  turut dipertingkatkan adalah kualiti gambar beresolusi tinggi yang mampu dirakam oleh camera Galaxy S6 16 megapixel dengan bukaan kanta 1.9 aperture.

Antara ciri-ciri yang ad apada Galaxy S6 adalah S-Health, S-Voice, intergrasi aplikasi Microsoft dan juga Samsung KNOX. Dan tiada lagi ruang slot untuk Micro-SD card.

Dalam pada itu, Galaxy s6 Edge turut diperkenalkan pada perlancaran ini. Galaxy S6 Edge direka dengan sedikit unik, dimana pada bahagian tepi melengkung di kedua-dua bahagian. Namum ia sedikit berbeza daripada model Note Edge yang dikeluarkan sebelum ini.

Penampilan Galaxy S6 Edge yang melengkung dibahagian tepi menunjukkan kepakaran teknikal Samsung. Serta aplikasi yang diselitkan pada bahagia tepi itu mungkin akan menjadi gaya baru kita menggunakan telefon.

Harga Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge Di Malaysia

Mungkin ramai yang ternanti-nanti model ini berada di pasaran Malaysia. Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan mula dijual  pada 17 April. Berikut adalah harga bagi kedua-dua jenis model terbaru ini.
  • Samsung Galaxy S6 dijual dengan harga RM 2599.00 (Termasuk GST).
  • Samsung Galaxy S6 Edge berharga RM 3099.00 (Termasuk GST).
Harga Samsung Galaxy S6 Di Malaysia termasuk GST
Sumber Gambar dari Amanz.my

14 Komen untuk "Harga Samsung Galaxy S6 Di Malaysia"

avatar

assalamualaikum
singgah pagi isnin :)

avatar

boleh tahan sebenarnya spec samsung ni..cuma rata2 meluahkan kekecewaan dengan non removable battery dan tak ada slot memory card.. apa pun, kalau dah minat, boleh ketepikan je dua perkara ni...
nice sharing tuan.

avatar

masih belum mampu nak beli..lagipun bukan keperluan utama nak dapatkan gajet gajet gini..:D

avatar

model terbaru..memang menarik cuma keinginan tidak ada ke situ

avatar

Fungsi wireless charging tu memang menarik perhatian. Setahu saya tak banyak smartphone yang ada feature tu.

avatar

Huhuhu..entah bila la boleh pakai ini barang baik..haha

avatar

Menarik ni.. tunggu harga turun sikit, lagipun hp yg ada masih ok lagi.. :)

avatar

Assalammualaikum.. BL,

wahh.. menarik nie...cuma harga nyer ermmm...

mselim3

avatar

Dah tgk s6 edge ni kat kedai samsung. Mmg cantikkk sgt..tp tengok harga, emmmm xpela byk lg benda bermanfaat lain bole beli dgn harga mcmtu..hehe..pakai jela iphone 5 sy ni selagi tak rosak😊

Jom singgah blog saya
http://mamaolin.blogspot.com

avatar

fuhhh bila tah dapat merasa pakai samsung 6 edge ni.

avatar

Mahalnya.. tak mampu nak pakai. Duit nak makan pun tak cukup lagi nih

avatar

do you want SAMSUNG GALAXY S6 for FREE?

Visit here
http://galaxys6indonesia.blogspot.com/2015/05/samsung-galaxy-s6-galaxy-s6-edge-2.html

avatar

Mahalnya �� tak mampuu ..

avatar

tq for the review..bole pilih nak beli yg mane satu

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.