blogger lelaki logo

'Find My Phone' Cari Lokasi Telefon Hilang di Google

24 Komen
Google telah menperkenalkan fungsi baru di enjin carian, dimana membolehkan pengguna Android cuma menaip 'find my phone' di Google search box untuk mencari telefon yang hilang atau dicuri.

'Find My Phone' Cari Lokasi Telefon Hilang di Google

Ini adalah hasil penambahbaikkan terhadap program Android Device Manager. Dimana ia diperkenalkan sejak tahun 2013, namum kini ia diperkembangkan lagi untuk satu fungsi yang lebih bermanfaat dan lebih memudahkan kepada pengguna.

Pengguna Adroid tadi perlu log in dengan akaun Google yang sama telah didaftar pada telefon pintar mereka. Buka  enjin carian Google dan taip 'Find My Phone'. Selepas itu pengguna yang kehilangan telefon pintar akan dipaparkan 'peta' yang menunjukkan lokasi terkini dimana telefon pintar tadi berada.

'Find My Phone' Cari Lokasi Telefon Hilang di Google

Jika ia berada dikawasan yang berdekatan, ada fungsi untuk buat panggilan terus ke telefon yang hilang tadi. Tapi sayang, 'Find My Phone' tidak berfungsi untuk 'lock' yang hilang tadi - anda perlukan juga Android Device Manager untuk lakukan fungsi ini.

Untuk pengguna iPhone juga ada servis mencari telefon hilang seperti ini, ia dipanggil 'Find My iPhone' yang akaunnya sync dengan iCloud.

Sudah pasti kemudahan dan servis seperti ini akan bermanfaat kepada pengguna. Jadi ingat,  jika telefon anda tiba-tiba hilang, hanya perlu taip 'find my phone'. Lagi satu, sila jaga baik-baik e-mail serta 'password' akaun Google anda yang sync dengan telefon pintar...

24 Komen untuk "'Find My Phone' Cari Lokasi Telefon Hilang di Google"

avatar

handpon sapa kat london tu?

avatar

menarik nie.. saya guna iphone, tapi tak pandai nak guna find my iphone.. hehe

avatar

owh macam tuh... senang lah macam tuh ..kalau kena curi atau hilang...

avatar

Bila hilang nak taip di mana? Kita hanya ada satu phone. Hang hilang itulah. Pinjam phone kawan?

avatar

sebenarnya fungsi ini akan sync dengan akaun google..jadi apabila kita login akaun google di browser kita akan dapat guna fungsi 'Find My Phone"

avatar

gile best ni..kalau orang tahu ID kita..tahu juga ye kita kat mana?haha

avatar

ada baik dan buruknya

avatar

bagus! semakin banyak kesenangan :)

avatar

Macam Find My iPhone untuk iPhone je.

avatar

Telefon android hilang guna fungsi "Find My Phone", jika iPhone guna fungsi "Find My iPhone" dan jika hilang bini pula, cari fungsi apa pulak? "Find My Wife"......

avatar

macam lagi memudahkan la pasni.

avatar

android dah semakin canggih manggih sekarang...

avatar

Terbaiklah bro..memang menarik ni..terima kasih kongsikan..hehe

avatar

Woww menarik.. Best la kan gini. Baru berbaloi dengan hrga beli android..^_^

avatar

bagus ni..handfon kalau dah tertinggal kat mana2 sekelip mata je mesti xde dah kat tempat tu..kalau dapat semula atau ada insan baik pulangkan memang rezekilah..

avatar

agaknya kalau bini hilang,boleh tak dicari dengan find my wife ?

avatar

Semakin canggih teknologi android.
Ada pro and kontra nya juga teknologinya.
Janji kita gunakan kearah kebaikan.

avatar

Wah bagus ni. tak yah gagau lagi kalau hp hilang, find my phone dah ada :)

avatar

Wah baru tau ni.. memang sangat memerlukan aplikasi yang macam ni.

avatar

Bagus-bagus..dah makin canggih

avatar

bagus juga ada benda macam ni, harap teknologi ni makin bagus masa akan dtg

avatar

kemudahan teknologi yang makin canggih memang bagus jika digunakan dengan betul, namun ada juga yang mengambil kesempatan. apa pun sentiasa hati-hati :)

avatar

google yg mmudahkan smua org..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.