blogger lelaki logo

Blog Retis Terlampau, Suka Sebar Cerita Blogger Malaysia

13 Komen
Tajuk bukan main ganas, ala-ala berita sensasi gitu. Aku rasa rata-rata blogger Malaysia sudah tahu akan kewujudan blogretis.com, ini adalah blog terbaru milik +Bro Framestone yang lebih mesra disapa dengan panggilan 'Bro'.

Bro juga sekarang boleh dijadikan singkatan kepada Blog Retis Official (BRO).

Blog ini aku anggap seperti "Buletin Utama Blog Malaysia", sebab ia diwujudkan untuk menceritakan seputar kisah-kisah yang berlaku di dalam dunia blogging Malaysia.

Jangan salah faham pula, Bro bukan main sebarangan je nak sebar semua cerita tu. Dia ada beritahu aku, sebelum artikel di'publish' dia akan minta kebenaran daripada tuan empunya badan terlebih dahulu

blog retis official

Bro memang rajin duk korek cerita pasal blogger-blogger Malaysia, ada saja cerita terkini yang terbit di BlogRetis.

Ada cerita blogger bersalin, blogger jadi duta produk, blogger jadi pelakon, dan blogger menang hadiah. Pendek kata ada macam cerita kisah blogger Malaysia. Dah jadi macam portal berita.

Mula-mula aku ingat blog ini cuma untuk blogger-blogger yang terkenal sahaja. Dan Bro duk cerita pasal gosip awek blogger, tapi ternyata aku silap.

Blog ini bagus sebenarnya, sebab ia boleh jadi tempat untuk promosikan blog suam kuku macam blog aku. Dah dua kali blog aku masuk BlogRetis, walaupun tak femes tapi Bro sanggup cover cerita pasal aku. Itu pun sebab aku Menang iPhone 5s...kalau tak jangan haraplah muka aku nak masuk Blog Retis.

Aku ada satu lagi cara, kalau korang nak blog korang masuk juga dalam Blog Retis ini. Kena pandai lobi Bro. Macam aku buat, belanja Bro makan ikan patin masak tempoyak. Tak sampai 24 jam dia masukkan muka aku dalam Blog Retis tu.

Ini 2 entri pasal blog aku di blog tersebut. Terima kasih bro sebab sudi promosikan blog aku yang tak seberapa ini, siap beri backlink tuh.

Aku harap blog ini akan terus kekal lama, sebab ianya bagus untuk jadi ruang promosikan blog-blog lain. Dan aku harap ia takkan jadi blog gosip macam "Melodi", yang menjaja cerita buruk semata-mata untuk trafik. Semoga BlogRetis.com terus maju dan akhir kata "Majulah Blogging Untuk Negara"

p/s: Aku apply Google Adsense dah 4 kali masih belum approve lagi nie...hurmmm

13 Komen untuk "Blog Retis Terlampau, Suka Sebar Cerita Blogger Malaysia"

avatar

Tak semua cerita pasal blogger gua boleh kupas dekat Blog Retis Official beb. If ada bahan diberikan. maybe memudahkan kerja gua.

avatar

wahh .. apa pun tahniah ye menang i phone... rezeki dari ALLAH..hebat !!

avatar

tahniah menang iphone..juling mata kami jeles melihatnya..hihi
teringat kat blogger yg sebelum ni ada buat blog macam tu, kisah gosip panas pasal blogger..lupa pulak nama..masa tu byk yg hentam dia, last2 dia tutup blog tu
aah blog retis bro tu mmg pasal gosip positif blogger, bila la pulak turn nak masuk. lagi la x glemer. suam2 sejuk je. hikhik

avatar

mamat tu memang retis..ehem..:D

avatar

Tahniah utk semua kejayaan bro BL.. semoga terus sukses!!.. :)

avatar

ya... akak akui keretisan Bro mmg retis. Tp akak malu la nk sowh enter pramekan blog akak...

Eh, nape blog ni makin ensem ek?

avatar

wahhh ada gak blog ala-ala retis ye..

avatar

Bro... Kalau nak cepat approved AdSense saya sarankan apply guna blog ber "niche"...

Pengalaman saya dulu, apply guna blog blogspot je. Dalam beberapa hari lulus. Lagi mudah apply guna blog bahasa inggeris.

avatar

blog aku tak berapa nak retis..haha...

avatar

Bro Framestone ada buat blog baru lagi wah nak visit kesana juga

avatar

Ohhh inilah dia singkatan kepada perkataan BRO yer..hahaha..bagus2...nak sign.................

avatar

First time tau psl BlogRetis ni..pasni nak singgah la..mana tau Mama Olin plak leh masuk blog mcm retis..hehehehhe

Jom singgah blog saya
http://mamaolin.blogspot.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.