blogger lelaki logo

Tips Melegakan Sakit Belakang

28 Komen
Sakit belakang ini nampak remeh dan kita anggap ia cuma sakit yang tidak begitu teruk. Ala biasalah umur sudah meningkat, mestilah ada efek sikit, maklumlah barang lama kan biasalah tu kalau ada rasa lenguh-lenguh dan sakit belakang.

Tips Melegakan Sakit Belakang

Tapi jika sakit belakang ini berlarutan, ia akan jadi lebih serius dan mungkin buatkan kita merasa stress ditempat kerja sebab itu.

Ini Tips melegakan sakit belakang dari pemerhatian aku sahaja, ada yang aku selalu buat untuk. Jadi kalau korang nak tiru, itu diatas tanggungjawab diri korang sendiri. Jika sakit belakang korang serius aku nasihatkan pergilah jumpa doktor yang pakar, supaya hidup korang selesa tanpa sakit belakang.

Kalau bagi aku, punca lenguh/sakit belakang adlah disebabkan duduk terlalu lama. Duduk dikerusi empuk ofis, duduk di 'leather seat' kereta. Sampai di rumag. Rehat beberapa jam terus sambung duduk dikerusi balik mengadap blog.

Tips Melegakan Sakit Belakang


  1. Tidur diatas tilam yang keras, rumah aku ada tilam yang diperbuat daripada kekabu. Memang rasa selesa sangat tidur atas tilam ini untuk merehatkan tulang belakang.
  2. Letak kain/baju atau bantal kecil/nipis pada bahagian pinggan jka tidur telentang.
  3. Kalau bawa kereta, terutama untuk perjalanan yang jauh. Lapik batal untuk sokong bahagian belakang/pinggan kita. Dekat kerusi ofis pun boleh cuba tips ini.
  4. Jangan letak dompet kita yang tebal yang ada duit banyak tu di poket belakang. Sebab kalu kita duduk punggung kita jadi tidak sekata, senget sebelah. Jadi letak dompet itu di poket depan atau mungkin letak dalam beg sandang.
  5. Cari tukang urut tradisional yang bagus, manalah tahu ad aurat yang tersimpul atau terumbat. Bleh lancarkan perjalan darah dan melegakan sakit belakang kita.


Ini tips aku kongsikan cuma untuk melegakan sementara dan jika sakit belakang korang memang serius, sampai tak boleh nak duduk buat kerja itu memang sudah tahap yang serius dan akan bolgh mengurangkan kualit kerja dan kualiti hidup.

Jangan lupa baca entri aku sebelum ini Petua dan Herba Kongsibersamanora.

28 Komen untuk "Tips Melegakan Sakit Belakang"

avatar

Jangan main-main sakit pinggang ni, mau pakai lame bro... :)

avatar

kalau mengandung lagi senang sakit belakang bila kandungan sudah sarat :)

http://www.kakyongcun.com

avatar

Betul tu.mengadap komputer lama memang buat kita sakit belakang.semuanya jerana duduk sesedap rasa.hehe

avatar

umur tua-tua biasanya sakit belakang bro

avatar

sakit belakang ni memang bahaya.

nak pakai lama tulang belakang ni.

avatar

Terima kasih BL,memang saya akui mnghadap laptop n duduk saja mmg sakit bahu dan pinggang . .

avatar

Jenuh juga kalau sakit berlanjutan nie....buat kerja pun tak senang kan

avatar

Susah nak cari tukang urut yang bagus. Kalau ada pun siaplah kena interview sambil mengurut. Silap2 kena marah sekali.

avatar

bila dah sakit belakang, nak buat kerja pun susah...

avatar

Saya selalu juga sakit bahu.. pinggang alhamdulillah.. masih ok setakat ni. Mudah2an bertahanlah...

avatar

sakit belakang ni bukan lagi sakit untuk org tua..muda2 pun dah ade sakit belakang nie, jangan biarkan lama2 takut melarat nanti....

avatar

saya antara yang kerap juga sakit belakang bahagian belikat.
risau juga bila pk nak mengandung nanti

avatar

Saki belakang ni kena tau puncanya. Memang berjumpa dengan doktor itu yang trebaik sebab kita tak nak lah bila dah serius baru nak jumpa doktor. Kalau setakat lenguh je tak pe tapi kalau dah tak boleh buat kerja tu parah juga

avatar

Cara tidur kena periksa betul atau pun tak.
Cara pemakanan kita sebab badan makin meningka umur angin senang masuk.
Hehehe.

avatar

Orang perempuan lebih mudah kena sakit belakang
Orang lelaki pulak kalau selalu angkat benda berat dan buat aktiviti lasak mudah kena sakit belakang

avatar

sakit tulang belakang dan sakit leher boleh dikurangkan dengan tips diatas memang sepatutnya menghindari tidur di bed dulu tidur dilantai lebih bagus

avatar

eh sangat berguna ni, saya sakit blkg sebab tidak hati2 masa buat kerja. Kejap sakit kejap tak, Sampai ke tua macam ni le gamaknya.

avatar

terima kasih kerana kongsikannye..

avatar

saya kalau duduk tak betul je siaplah...belakang saya memang sakit sakit. pastu suruh adik pijak nak hilangkan sakit tu.

avatar

Postur badan yang salah ketika angkat barang pun boleh sebabkan sakit belakang.

avatar

Sakit belakang nih kalu menyerang memang tak senang di buatnya taw...

avatar

info yang sangat bagus, saya kadang suke juga sakit pinggang ni.....

avatar

yang nombo 5 tu... sejak pakcik yang selalu urut aku tu meninggal, aku dah sangat jarang pergi berurut, sebab aku macam tak serasi dengan orang lain yang urut tu

avatar

duduk lama bukan pinggang je sakit, punggung pun kebas. kalau salah urut boleh jadi makin serious.

avatar

MJ kalau stress mulalah jadi sakit belakang..itu yang sebolehnya nak elak stresss

avatar

Sangat bermanfaat sekali. kadang2 sakit belakang kita tak sedar langsung macam sakit2 biasa. tapi kalau biar lama2 jadi kronik nanti.

Ada terjumpa baju sokongan belakang ni. nampak macam best jer. .
Takperlu ubat, bukan makanan, bukan sapuan.

boleh tengok disini page dia >

https://www.facebook.com/BajuSokonganTulangBelakang

avatar

Ramai juga ada masalah sakit belakang ni.

Takpe jangan risau. InsyaAllah saya boleh membantu.

Boleh pergi ke http://bit.ly/zshealthcare untuk dapatkan bantuan saya :)

avatar

Video yang menarik. Terima kasih untuk maklumat. Kami dari wong medical centre menggunakan lima kaedah untuk masalah sakit belakang yang merupakan gabungan ubat herba, akupunktur, infrared (cahaya panas ), Urut (neuroflectic), MRT dan Orthorectic. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di +60124520077 .

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.