Masalah Besar Seorang Blogger?

Masalah Besar Seorang Blogger?

Anda seorang blogger? Apa masalah besar anda sebagai seorang blogger? Jangan risau, aku disini bukan nak tambah lagi masalah hidup korang. Aku bukan pembawa masalah, aku cuma nak bincang. Ini entri untuk kita sembang-sembang pasal blogging.

Masalah Besar Seorang Blogger

Kita sebagai blogger pun juga adalah manusia, sudah pastinya kita akan hadapi masalah. Masalah dan manusia tiada pernah berpisah. Jika kita lari dari masalah, masalah akan kejar kita. Lainlah jika kita seorang robot, hidup 25 jam sehari memang hidup senang tak ada masalah.


Tidak Cukup Masa

Masa sentiasa bergerak, kita diperuntukkan cuma 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kita sentiasa berlari mengejar masa. Setiap detik yang bergerak takkan dapat kita ulang semula. Lingkaran umur hidup kita, setiap hari semakin suntuk. Untuk berjaya kita tidak ada alasan.

Pengurusan masa itu penting. Bagi seorang blogger masa itu kita guna untuk menulis entri, ping entri, blogwalking. Ini semua memang memakan masa. Terutamanya blogwalking, ini adalah masalah besar bagi aku blogger separuh masa. Tak cukup masa untuk berkunjungan ke blog rakan-rakan, menyemai benih backlink dan bibit-bibit silaturahim.


Tidak Konsisten

Aku sendiri tidak dapat menulis entri secara konsisten. Walaupun aku cuba tetapkan satu entri satu hari. Tapi kadang-kadang sampai 3-4 hari tak menulis entri baru. Puncanya adalah kita berbalik kepada point nombor 1 tadi, masalah masa serta sibuk dengan pelbagai urusan peribadi yang lain.

Untuk berjaya kita kena buat sesuatu dengan konsisten. Untuk bina blog yang stabil dan mantap. Aku tengok contoh blogger otai yang lain seperti blog HasrulHassan.com, blog beliau sentiasa ada entri terkini adakalanya sampai 5 entri untuk satu hari. Inilah salah satu Malaysia Best Blog 2015 bagi aku.

Apabila kita tak dapat berika komitmen dengan konsisten sedikit sebanyak akan merencatkan perkembangan blog kita. Bagi diri aku sendiri, apabila aku berhenti beberapa hari tidak menulis. Aku terpaksa bergelut untuk dapatkan rentak untuk kembali menulis, bak kata orang 'Mood ke laut'.


Aku bukannya nak suruh korang fikir sangat pasal masalah. Sebab cara aku adalah kita tak perlu fikirkan sangat pasal masalah, tetapi kita kena fikir cara untuk mengatasi masalah. Sekian dahulu, jangan biarkan hidup anda diselubungi masalah.

Share this:

Disqus Comments