Jom Mengundi MSMW2015, Undi adalah Rahsia

Jom Mengundi MSMW2015, Undi adalah Rahsia

Baiklah, musim untuk mengundi blog pula tiba. Tahun lepas aku tak sempat mengundi rakan-rakan di Malaysia Social Media Week (MSMW), tahun ini sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Aku laksanakan tugas aku demi untuk memeriahkan dunia blogging Malaysia.

Jom Mengundi MSMW2015


Aku undi blog mana? Jangan banyak tanya aku takkan beritahu, undi adalah rahsia. Aku nie pengundi atas pagar, mana-mana waibi yang sudi hulur sehelai Gajah Duduk sudah memadai untuk beli undi aku..hahaha

Gurau-gurau je bro, gua tak makan rasuah. Aku tak undi blogger tapi aku undi blog. Yang mana blog aku rasa bagus aku undi. Kalau dah menang tu nanti. Sebagai wakil rakyat, aku berharap mereka yang melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Minta tolong selesaikan masalah lubang-lubang jalan raya dekat kampung aku nie.

Semua blog yang tercalon dan mencalonkan memang blog yang best. Ada yang pernah merangkul anugerah pada tahun lepas. Sudah pasti mana calon yang bertanding akan berkempen habis-habisan bagi meraih hati pengundi.

Ada 10 kategori blog terbaik yang akan dipertandingkan, antaranya:-

  1. Best News Blog
  2. Best Foodie Blog
  3. Best Gadget & Technology Blog
  4. Best Gossip & Entertainment Blog
  5. Best Lifestyle Blog
  6. Best Comics Blog
  7. Best Photography Blog
  8. Best Shopping Blog
  9. Best Sports Blog
  10. Best Travel Blog
Memang pening nak undi blog mana satu. Ada beberapa kategori yang aku rasa was-was unutk berikan undi, jadi aku terpaksa gunakan sistem "Dadu" untuk membantu aku memilih. Yang mana tak terpilih tu jangan kecik hati naaa.


Bagus juga ada program macam nie. Selain menang trofi aku nampak award seperti ini juga sebagai salah satu cara untuk blogger menperkenalkan dan mengukuhkan jenama blog mereka. Semoga berjaya dan selamat berkempen kepada rakan-rakan blogger yang bertanding.

Share this:

Disqus Comments